Air Nabeez bukanlah resepi baru, tetapi masih ramai yang belum amalkan air sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Untuk memastikan badan kekal sihat sepanjang hari, anda boleh amalkan pengambilan minuman air nabeez ini.
Rasa air bergantung pada kurma yang kita guna. Kalau kurma tu manis, manis la airnya tu. Boleh guna apa-apa jenis kurma pun.
Menurut Puan Leha Yusuf, air nabeez boleh dibuat sama ada daripada kurma atau kismis. Minuman ini adalah pemakanan Nabi Muhammad SAW dan mampu membuatkan perut bertahan sehingga waktu berbuka.
Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur nanti minum. Insyaallah, perut mampu bertahan. Buat ni untuk sekali minum je. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.
Ads
Cara-cara :
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.
2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.
Ads
3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.
4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadan. Amalkan masa perut kosong.
Kuku pun kena bersih dan cantik, jangan sesekali pandang remeh! Haaa… memang benarlah kata orang, nak jadi cantik ini tidak senang dan nak mengekalkan kecantikan itu juga tidak mudah.
Sebenarnya cara penjagaan kuku juga sama pentingnya dengan tips kulit wajah, badan dan rambut. Walaupun banyak salun penjagaan kuku diluar sana, di rumah juga kita masih boleh memilikki kuku sihat dan cantik.
Antara tabiat yang boleh dihentikan ialah buang tabiat suka mengigit kuku. Tabiat ini jika tidak dihentikan lebih awal sudah pasti akan menjadi perkara yang sangat buruk bagi seseorang.
Tabiat mengigit kuku ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan kerana kawasan kuku yang digigit itu kemungkinan besar akan mudah terdedah dengan kuman-kuman dan bakteria.
Selain itu ramai yang tidak tahu kuku juga ada pelembab khas setiap hari. Cara penjagaannya sangat mudah dan anda boleh lakukan dirumah. Anda hanya perlu memcuci kuku dengan mengunakan air suam, sabun dan berus kecil khas untuk kuku. Jadikan ia sebagai rutin anda setiap hari.
1. Caranya, tangan dan kuku direndam di dalam bekas yang berisi air lemon selama beberapa minit. Setelah itu, kuku akan digosok dengan hampas kelapa untuk membuang sel kulit mati. Kemudian, kotoran di bawah kuku akan dibersihkan sebelum minyak kelapa dan minyak aroma terapi disapu.
Atau nak guna limau pun boleh:
Buah limau ini akan digosok pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci. Kemudian rendam dalam air yang hangat dan hasilnya kuku anda akan kelihatan cantik.
2. Kaki akan direndam dengan air limau dan garam bukit bagi membuang sel kulit mati di kuku kaki. Kemudian, keseluruhan kaki akan digosok dengan kelapa parut dengan menggunakan sintok. Sintok ialah bahan orang zaman dulu yang digunakan untuk membersih dan menyental seluruh kaki dan kuku yang keras, berkerak atau kasar. Bahagian kuku akan direndam dengan air suam selama lima minit. Kemudian sapu minyak aroma terapi.
3. Bahagian kaki yang keras akan dikikir. Sapu minyak aroma terapi dan balut daun pisang di kedua belah kaki supaya minyak diserap pada keseluruhan bahagian kaki dan kuku.
Jadi jangan sesekali abai bab penjagaan kuku ya, sebaiknya bersihkan dan biar selari dengan wajah anda yang molek.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak mengubah gaya berpakaian kepada lebih santun, penampilan penyanyi, pengacara dan usahawan Nana Mahazan, 39 tahun dilihat semakin cantik dan anggun.
Namun disebalik sikapnya yang sentiasa ceria dan aktif, rupanya Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, juga sebenarnya pernah berdepan dengan masalah kulit wajah berjerawat hingga breakout.
Menurut Nana dia mengalami masalah ini beberapa tahun lalu disebabkan masalah stress, perubahan hormon dan masa rehat yang tidak mencukupi.
“Waktu ini, nana Memang terus sibuk dengan kedja. Lepas dapat anak kedua, Nana terus shooting dan tiara masa retat dan tidur mencukupi.
“Malah waktu itu Nana rasa pemakaian skincare tidak begitu penting. Apatah lagi terpaksa gunakan mekap untuk tempoh lama bila ada shooting. Ini antara sebab wajah Nana alami breakout,” ujar Nana yang memberitahu agak lama berdepan masalah ini, sejak tahun 2017.
Tambahnya dalam masa setahun diambil untuk proses penyembuhan. Dia hanya bergantung pada penggunaan concealer pada seluruh wajah bagi menutupi cela ini.
“Memang Nana tak Aaan keluar tanpa mekap. Waktu itu memang Nana rasa sangat sedih dan down sangat.
“Makumlah kerja kita bergantung semata-mata pada penggunaan wajah. Hari-hari Nana tengok cermin dan menangis.
“Nana bersyukur suami ada di sisi waktu ini dan dia cadangkan Nana back to basic. Pakai skincare yang basic dan jangan terlalu over do guna produk.
“Memanglah waktu ini macam-macam dah Nana lakukan untuk pulihkan wajah, termasuk rawatan laser tetapi semuanya tak berhasil,” katanya yang tidak sampai diejek disebabkan masalah breakout dialami ini.
Walaupun ada rasa down tetapi dengan bakat yang ada, boleh menutup segala kelemahan yang ada dan diri jadi lebih selamat dan terjamin.
Tidak terus menoleh kebelakang, Nana cuba mencari penyelesaian dan kini berbangga mampu mengeluarkan produk penjagaan kulit wajah sendiri.
Kata Nana lagi, setahun lebih juga dia bangkit daripada fasa ‘breakout’ itu dengan mencuba pelbagai jenis produk kulit.
Malah selepas ramai melihat perubahan wajahnya, Nana terlintas memasarkan rangkaian jenama produk penjagaan kulit sendiri pada tahun 2020.
“Akhirnya saya bertemu dengan produk yang serasi dengan kulit wajah. Itupun selepas mencuba pelbagai produk. Selepas bertemu yang serasi, saya tidak lagi culas soal menjaga muka. Masalahnya produk itu harganya sangat mahal.
“Situasi itu (harga produk mahal)menjadi titik tolak untuk saya cuba hasilkan produk seumpama dengan harga berpatutan. Saya memilih buah kiwi yang dianggap sebagai ‘superfood’ dengan banyak khasiat dan nutrisi. Ia mempunyai sumber vitamin C lebih bagus berbanding oren.
“Ia jugabagus untuk merawat kulit muka. Tambahan pula ia menjadi buah kegemaran saya dan keluarga. Rangkaian produk ini mempunyai sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),lulus Kementerian Kesihatan (KKM) dan harga ‘rakyat’,” katanya.
Usaha Nana menghasilkan produk berkualiti taraf antarabangsa dengan harga mampu milik memberi justifikasi cukup membahagiakannya.
“Ini antara sekecil kecil usaha saya menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan paksi mahu menolong rakyat Malaysia merasai ramuan bahan berkualiti dan menyamai taraf antarabangsa dengan harga mampu milik.
“Saya mahu semua rakyat Malaysia tahu produk ini sangat bagus dan terbukti sudah menolong ramai orang. Sudah ribuan testimoni yang berjaya mendapatkan kembali kulit sihat.
“Malah ada testimoni daripada seorang lelaki yang daripada kulit teruk, tapi kini bersih dan sihat. Perubahan itu buat saya teruja, gembira bercampur tangisan kerana usaha diteroka membuah hasil.
“Ramai juga ejen saya berjaya keluar daripada zon selesa mereka dan mula menjana pendapatan. Itulah yang saya harapkan dengan perniagaan ini yakni sama sama berkongsi rezeki. Ada di kalangan stokis meraih RM100,000 sebulan. Itu kejayaan yang sangat ‘wow’,” katanya.
Di akhir bicara,wanita yang kekal ‘stailo’ sekalipun bertudung itu sedar perjuangan sebagai usahawan takkan pernah terhenti.
“Setiap hari akan jadi ruang belajar dan terus memperbaiki diri. Saya mahu terus menginspirasi dan membantu golongan wanita khususnya seramai mungkin. Ia sama ada membina keyakinan diri dengan menggunakan produk atau menjana pendapatan.Boleh tekanhttps://linktr.ee/nanamahazanhq untuk info lanjut.
“Saya mahu mewujudkan lebih ramai pemimpin dan wanita berdikari. Begitu juga keinginan mengubah mereka yang sentiasa rasa rendah diri. Saya nak tanam dalam diri mereka ini semangat atau jati diri yang kuat.
“Kalau mereka tak pandai menjaga diri sendiri, bagaimananak menyelia atau memimpin orang lain. Kesedaran perlu ada dalam diri.
“Insya-Allah lagi dua tahun dan jangka masa panjang, saya mahu Nana Mahazan Beauty tembus pasaran Asia Tenggara,” katanya mengakui suka melawa dan bersolek dan antara sebabmengapa memilih dunia perniagaan kecantikan menerusi Nana Mahazan Beauty (boleh beli disini) sejak 2018.
Pengalaman sebagai pejuang pesakit Covid-19 itu berbeza-beza. Ada yang kehilangan insan tersayang dan ada juga berjuang untuk meneruskan kehidupan biarpun nyawa ibarat di hujung tanduk.
Bagi Mohd Syaham Saupy juga turut berdepan pengalaman berbeza sebagai pejuang pesakit Covid-19.
Dia yang disahkan dijangkiti Covid-19 tahap 4 bulan Mei lalu bersyukur kerana dibenarkan untuk pulang setelah menjalani fasa perjalanan sukar di pusat kuarantin dan juga hospital.
Terpisah dengan orang tersayang selama 15 hari benar-benar memberi satu pengalaman cukup berharga dan menginsafkan buat dirinya.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tak ad kata yang aku boleh ucap selain syukur yang tak terhingga. Alhamdulillah petang semalam aku dah boleh discharged dari Hospital Sg Buloh. 1 pengalaman yang cukup bermakna bagi aku.
19/5 mula 1st simptom.
20/5 tested positive covid19.
22/5 kena msk Maeps dengan jangkitan kat paru2.
Keadaan makin teruk, 25/5 dipindahkan ke Hospital Sg Buloh.
25/5-1/6 yang cukup menginsafkan. Bila tengak kawan-kawan positif covid, aku rasa aku akan ok. Tak sangka ujian untuk aku, terus kena stage 4.
Time ni, aku rasa mati tu terlalu dekat. Aku langsung tak boleh nak bernafas tanpa bantuan oksigen. Dada rasa macam nak pecah. Air mata je jadi peneman.
Panjang untuk aku ceritakan. Sampai masa, aku akan ceritakan semuanya. Paling sedih untuk aku ceritakan bila 2 orang jiran katil aku meninggal depan mata aku. Al-fatihah untuk mereka.
Sepanjang tempoh 19/5-2/6, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat keluarga, kawan-kawan dan semua yang tak putus-putus doakan aku.
Kawan-kawan yang tak putus-putus hantar makanan, barang-barang kat aku sepanjang aku kat Hospital Sg Buloh tu, dan semua sekali la.
Kalau nak senaraikan memang tak akan habis. Korang lebih tau siapa korang. Hanya Tuhan saja yang boleh balas jasa korang.
Akhir kata, nasihat aku kt semua, sama2 la #kitajagakita. Kita tak tau sejauh mana ujian ni untuk kita.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.