Bentuk halia agak unik kerana bercabang. Ada yang kecil dan besar. Halia juga boleh dibuat jus tetapi lebih sedap jika dicuba bersama madu.
Tumbuhan herba ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Sangat sesuai diamalkan untuk rutin harian.
Untuk membuat jus ini, perlu digandingkan dengan beberapa bahan lain yang juga mengandungi banyak khasiat seperti lemon dan madu.
Tiga bahan ini sahaja terbukti sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.
Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan sebagainya.
Ads
Jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.
Bahan-bahan: 3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Cara-cara membuatnya;
1. Potong lemon dan halia.
2. Rebus dalam periuk bersama tiga cawan air (750 ml).
3. Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkan, kisar dan campur tiga cawan madu (lebih kurang 250ml). Ikut cita rasa masing-masing.
4. Boleh juga dimasukkan ke dalam dan simpan dalam peti sejuk.
Ads
Boleh amalkan minum satu sudu pagi dan malam sebelum tidur. Jika mahu lebih manis, tambah madu lagi ikut cita rasa masing-masing.
Baru-baru ini pelakon jelita, Sherry Ibrahim ada muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman selepas seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
Ini satu gaya hidup yang bagus untuk diamalkan berterusan, nak-nak bab pengambilan makanan.
Menurut pelakon wanita ini, dia cuba jaga makan dan keluarkan peluh selepas baik daripada demam.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Apa yang menarik perhatian, kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Nampak tak usaha orang yang mahu menurunkan berat badan? Jadi kalau anda rasa nak sangat pakai baju saiz kecil, boleh cedok cara yang diamalkan aktress jelita ini.
Ya, konsepnya boleh makan semua tetapi dengan jumlah yang tidak melampau. Semoga anda pun berjaya mendapatkan berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menjaga kecantikan wajah, kita juga digalakkan untuk menjaga pemakanan.
Penjagaan makanan yang sihat dan seimbang penting untuk kita menjalani kehidupan yang sempurna. Bila badan sihat, akan terpancarlah wajah yang ceria.
Namun jika pemakanan tidak dijaga rapi, penampilan diri akan nampak lesu dan tidak bermaya. Dan itulah menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.
Untuk mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang, ada sembilan jenis makanan dan minuman yang perlu anda elak dalam diet harian.
Percayalah jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan di kemudian hari.
Seperti yang kita semua tahu, minuman berkarbonat adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman berkarbonat mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin tidak sedar yang anda telah mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap minuman berkarbonat.
Minuman berkarbonat ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air putih, teh hijau serta jus buah-buahan dalam diet harian anda.
Seperti minuman berkarbonat, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi O atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi O tanpa menambah susu, krimer atau gula.
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di bleached dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Roti keju yang besar dan mufin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak.
Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi?.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses.
Berkat kesungguhan, wanita ini tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan berat idaman.
Hanya 5 bulan sahaja masa diambil untuk kembali mendapat tubuh badan langsing setelah melakukan diet dengan ilmu yang betul.
Bermula sejak tahun lepas mengamalkan diet setelah mengalami masalah kesihatan seperti gastrik, sakit tumit, mudah penat bila mahu berjalan serta menyukarkan urusan ibadah.
Inilah faktor utama menyebabkan dia tekad untuk mengamalkan cara diet yang betul selain bagi mempertingkatkan keyakinan diri.
Bagi Aisyah Sahib perjalanan dietnya tidak mudah disangka. Namun dia sedikitpun tidak ada rasa putus asa malah berazam untuk mendapat berat dikehendaki.
“Saya mengambil masa 5 bulan untuk mendapat berat dihajati. Dulu berat saya sekitar 79kg, tetapi kini sudah hampir separuh lenyap. Berat terkini adalah 54kg dan saya selesa dengan situasi sekarang.
“Cara yang diamalkan hanyalah dengan belajar ilmu diet yang betul melalui Coach terlatih, Coach Izi Vistafit.
“Syukur alhamdulillah saya dapat belajar lmu yang luar biasa ini buat diri saya. Bayangkan hampir belasan tahun hidap obesiti dan inilah saat menggembirakan,” katanya yang mengalami banyak masalah kesihatan apabila badan mengalami kenaikan mendadak.
Tambahnya tanpa ilmu diet yang betul tidak mungkin akan mendapat result diingini.
“Ilmu ini mengajar kita makan apa saja yang disukai tetapi mengikut portion yang betul. Sebenarnya tidak susah nak kurus cara sihat tetapi syaratnya kena ada ilmu.
“Alhamdulillah bila sudah kurus ini, segala masalah kesihatan sudah hilang. Malah saya boleh bergerak ke sana ke mari lebih laju lagi,” ujarnya yang mengakui pada mula diet tidak yakin boleh kurus.
“Mula-mula saya tak yakin, saya beri alasan saya suri rumah, kerja menjahit tak boleh diet. Susah tak boleh senaman.
“Saya juga beri alasan tak banyak duit nak masak menu diet. Sangkaan saya salah, diet ni rupanya makan lauk yang keluarga saya makan dengan kuantiti yang betul,” katanya memberitahu siapa pun kita, di mana jua kita boleh berdiet. Apa yang penting ilmu.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.