Tak selesa pakai skincare atau mekap kalau kulit cepat berpeluh, jadi macam mana nak atasi masalah ini?
Kulit Muka Berpeluh
Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan. Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.
Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup. Orang kata kulit susah bernafas.
Cara untuk mengatasinya adalah:
1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.
Ads
Kadangkala kulit hanya berpeluh sewaktu mula pakai moisturizer baru jadi cuma perlu tekap dengan tisu. Lama-kelamaan ia makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.
Tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.
2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.
Ads
Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.
Daripada melapis semua sekali dalam satu rutin, cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.
Ads
3. Bertukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.
Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.
Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.
Produk dengan label ‘oil-free’ atau ‘non-comedogenic’ bukan jaminan ia tidak membuatkan kulit jadi berpeluh.
Ada beberapa moisturizer dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit. Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, anda kena pakai sendiri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau biasakan sapu masker minyak kelapa di wajah, hasilnya kulit akan kelihatan glowing dan sihat tanpa cela.
Malah cara ini dapat menjimatkan poket anda, nak beli produk natural seperti ini pun agak mahal. Jadi lebih ‘bahagia’ jika anda godek sendiri dan sapu pada wajah.
Menurut Puan Puteri Kassim, dia dah lama amalkan bahan alami ini. Rasa sesuai walau lambat hasilnya. Yang penting selamat untuk kulit.
Masker Minyak Kelapa, Sapu Di Wajah Jadikan Pelembap Semula Jadi
Minyak kelapa adalah minyak asli yang sangat baik untuk melembabkan semua jenis kulit, termasuk kulit kering. Minyak kelapa ini solusi yang sangat baik untuk mencegah kulit kering dan terkelupas.
Ada kedut banyak di wajah, jangan risau sebab minyak kelapa juga membantu untuk melambatkan munculnya kedutan yang biasanya disertai penuaan.
Baking soda untuk kulit
Baking soda merupakan bahan pengelupas yang sangat baik yang dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati. Baking soda juga dapat menyeimbangkan tingkat pH kulit.
Masker Baking Soda Dan Minyak Kelapa
Campuran baking soda dan minyak kelapa untuk kulit :
1 sudu baking soda.
1 sudu minyak kelapa.
Lumurkan pada seluruh bahagian wajah. Masker ni bagus untuk kulit sensetif tau.
Dah tepek pada kulit, sila gosok wajah secara lembut, kemudian bilas dengan air suam kuku. Jangan lama lama, 5 minit maksimum lepas itu basuh.
Menggunakan pasta baking soda dan minyak kelapa boleh menghilangkah bekas luka, jerawat, kotoran minyak berlebih dan kulit mati.
Kebaikan menggunakan petua ini, habis je buat scrub dah tak payah nak pakai pelembab. Sebab minyak kelapa tu da jadi pelembab semulajadi.
Pesanan: Ada yang ada jerawat active tak digalakkan buat petua ni.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini petua rambut cepat panjang dengan menggunakan amalan nenek moyang terdahulu yang cuma memerlukan beras.
Nak tahu macam mana nak buat, jom baca perkongsian Puan Suzy Honey tentang kelebihan guna air rendaman beras.
Menurutnya, beras perlu direndam semalaman dalam air biasa bagi melalui proses penapaian. Kaedah ini membuatkan rambut semakin bersinar kerana mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala.
Petua Rambut Cepat Panjang
Ini satu rahsia untuk dapatkan rambut cepat panjang, sihat dan kuat. Semestinya resipi yang dikongsikan ini berasaskan daripada bahan semula jadi dan mudah didapati.
Hanya dari dapur je sis. Jimat dan mudah!
Ini bahan-bahannya:
1 cawan beras
3 cawan air
Cara penyediaannya:
Campurkan air ke dalam beras tadi dan biarkan selama 1 malam.
Ini adalah proses fermentation atau dipanggil penapaian.
Cara penggunaan:
Sebelum mandi dan shampoo rambut. Basahkan keseluruhan rambut dengan air beras tadi.
Lebih mudah, masukkan dalam botol spray. Spray ke seluruh rambut dan pastikan ia basah pada setiap helaian rambut sambil buat urutan ke serata kulit kepala.
Ramai tak tahu rahsia ini. Sebenarnya, hasil rendaman tersebut itulah yang menjadikan sangat bagus untuk rambut.
Mengandungi bahan anti oksidan, penguat dan pemelihara kulit kepala. Bila rambut sihat sudah pasti buat rambut bertambah sinar.
Secara amnya air beras selamat untuk semua jenis dan tekstur rambut. Air beras pekat dengan kanji. Jadi sesuai untuk semua jenis kulit kepala. Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita amalkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, rupanya alat mekap ini boleh digunakan sebagai alternatif bahan kecantikan yang boleh memberikan kesan wow pada wajah.
Alat Mekap
Jom lah, beri perubahan pada wajah dengan produk solek yang jarang digunakan ini! Nampak menarik dan berbaloi ada sebagai koleksi saat akhir nak bersolek.
1. Gincu = Concealer
Apabila concealer tidak mampu menutupi under-eye circles, gincu boleh menjadi penyelamat untuk keadaan itu.
2. Pelembap bibir = Pelembap rambut
Bimbang rambut kering dan tidak bermaya? Sekiranya anda tidak mempunyai minyak atau semburan khas , gunakan pelembap bibir sebagai ganti.
3. Pelembap bibir = Gel kening
Sekiranya anda suka menghias kening tetapi tidak mempunyai gel kening untuk membentuk kening yang menawan, pelembap bibir boleh anda gunakan untuk tujuan tersebut.
4. Pembayang mata dan peluntur = Pengilat kuku
Pembayang mata yang out of trend jangan dibuang. Anda boleh gunakan sebagai pembersih kuku. Idea yang unik bukan.
5. Pembayang mata = Penggaris mata
Anda tidak perlu membeli eyeliner berwarna atau pensil untuk membentuk imej yang menarik; dengan pembayang mata yang ringkas bakal menyerlah diri anda.
6. Maskara = Penggaris mata
Anda boleh menampilkan tata rias yang menawan hanya dengan menggunakan maskara.
7. Pembayang mata = gincu
Fesyen sering berubah, gincu matte mungkin jadi pilihan kini namun di masa hadapan gincu metalik jadi buruan. Namun pembayang mata membantu anda untuk kekal on trend.
8. Bedak = Glossy lipstick matte
Kadang kala anda bosan memakai gincu glossy namun tiada apa yang boleh anda lakukan. Anda perlu tahu yang bedak boleh menyelamatkan keadaan.
9. Bedak dan minyak = Bahan untuk bedak asas
Bagi menjadikan bedak asas sempurna warna dan konsisten, gunakan bedak mineral dan pelembab wajah berkualiti atau minyak muka.
10. Pemerah pipi = Pembayang mata
Pemerah pipi biasa boleh menjadi pembayang mata atau letak ia sebagai tambahan untuk menyerlahkan wajah.
11. Vaseline, telur dan madu = Anti-aging mask
Cairkan 2 sudu Vaseline bersama sebiji telur putih dan 1 sudu besar madu. Letak pada kulit dan tengkuk dua minggu sekali. Biarkan selama 20 minit,dan bilas dengan air sejuk. Topeng pelembap ini boleh menjadikan kulit anda lembut dan kekal awet muda.
Sumber: Bright Side
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!