Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri terutama untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.
Oleh sebab itu harganya agak mahal sedikit di pasaran dan penggunaannya juga tidak perlu banyak seperti minyak masak lain. Jom, kita lihat khasiatnya mengikut kategori.
Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kulit:
1. Melembapkan Kulit
Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
2. Memperbaiki Kesihatan Kulit
Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
3. Membantu Buang Mekap
Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.
4. Mempunyai Elemen Antipenuaan
Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.
Sebagai skrub bibir:
Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.
5. Sembuhkan Tumit Merekah
Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.
Ads
Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Kesihatan
1. Memperbaiki Kesihatan Kuku
Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.
2. Membantu Cegah Kanser Payudara
Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
3. Bantu Cegah Diabetes
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.
4. Elak Penyakit Alzheimer
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
Ads
5. Kuatkan Tulang
Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
6. Rawat Kemurungan
Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.
7. Bantu Kurangkan Berat Badan
Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.
8. Bantu Kawal Kolesterol Dalam Badan
Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.
9. Legakan Sembelit
Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.
Ads
10. Bantu Hapuskan Batu Karang Pada Buah Pinggang
Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.
11. Bantu Cairkan Tahi Telinga
Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.
Tak mudahkan nak cerahkan kulit dalam masa yang singkat tetapi kalau sabar dan konsisten pakai, anda boleh dapat hasilnya dengan memilih bahan produk yang selamat.
Masih jimat poket, anda boleh dapatkan di drugstore terpilih yang berhampiran.
Cerahkan Kulit Guna Dua Barang, Wanita Ini Pun Dah Dapat Hasilnya!
Menurut Puan Sheena Rashid Kamsiran, ada dua barang yang membantu buat kulitnya semakin cerah sekata. Pesannya, kalau ada masa, pergilah dapatkan lotion dan minyak zaitun ini.
Kemudian campurkan keduanya gaul-gaul dan sapukan di bahagian yang gelap di celah-celah tubuh atau kat seluruh badan.
Boleh amalkan dalam tempoh sebulan lebih dah anda akan nampak hasilnya. Konsisten akan pasti menjadi. Best betul rasa selesa.
Harga tak mahal tapi hasil meyakinkan. Cuma lambat sikitlah sebab barang ini bukan timbang kil0. Tetapi apa yang pasti, memang berkesan. Wangi pula tu.
Nak cerah bersih bukan untuk siapa pun, cukup pasangan suka tengok dan diri sendiri rasa puas bila duduk depan cermin. Nanti jemput cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dikatakan makan pisang boleh membantu seseorang itu menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu.
Lebih menarik, diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda.
Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas penulis, Hitoshi Watanabe berkongsi ilmu menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
Untuk yang nak cuba turunkan berat badan cara sihat boleh cuba diet pisang ini. Caranya, anda hanya perlu makan pisang dan minum air suam setiap pagi. Mudah, bukan?
Bagi yang berbadan gempal, disarankan bersenam untuk membakar lebih banyak kalori. Amalkan juga makan pisang dan minum segelas air suam pada waktu pagi.
Jangan makan sehingga waktu makan tengah hari kerana pisang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.
Berapa Banyak Perlu Makan Untuk Sarapan Pagi?
1. Tiada peraturan ketat yang perlu diikuti asalkan ia membuatkan anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
2. Dahulukan dengan minum segelas air suam pada waktu pagi bagi merangsang metabolisme. Tunggu selama sejam kemudian barulah makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan lagi pisang. Pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet. Pemakanan yang terakhir hendaklah selewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal kerana pakar sains percaya bahawa tidur lewat dikaitkan dengan obesiti.
4. Anda boleh makan apa saja waktu tengah hari dan makan malam. Tapi kalau rasa lapar antara waktu makan, kudaplah buah-buahan.
Kestimewaan Diet Pisang?
1. Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
2. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan makan berlebihan pada waktu siang.
4. Jika tidak minum kopi pada waktu pagi, anda mudah mengawal glukosa darah dan selera.
5. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme. Elakkan makan selepas jam malam. Kurangkan pengambilan alkohol. Diet pisang juga merupakan cara terbaik bagi menghilangkan selulit.
Kelebihan Lain Pisang
Menurunkan Berat Badan
Kalorinya yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan. Boleh amalkan ambil setiap hari sebiji atau dua biji dan jadikan snack ringan.
Merawat Jerawat
Caranya, hancurkan pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Biarkan beberapa minit dan cuci bersih. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
Mengurangkan Sakit Ketika Haid
Banyak makan pisang ketika haid bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.
Mengubati Sembelit
Sebagai alternatif bagi merawat masalah sembelit di samping melancarkan pembuangan air besar.
Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Kegatalan pada kulit boleh dikurangkan dengan menggunakan kulit pisang. Ambil kulitnya dan sapu perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.
Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah pisang membantu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan. Hanya dengan amal memakannya sebiji sehari, anda akan sentiasa kekal dalam mood tenang.
Bilangan kes Covid-19 yang tinggi menyebabkan semua negeri terpaksa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Februari depan.
Penularan kes ini dikatakan boleh menjangkiti sesiapa, seperti munculnya kluster pejabat atau pun di rumah.
Sebagai contoh, salah seorang pekerja di pejabat korang, En Osman telah dihubungi oleh Pejabat Kesihatan kerana telah dikenalpasti sebagai kontak rapat kes positif. Beliau telah diminta untuk datang ke klinik kesihatan untuk ujian swab.
Persoalannya, adakah anda dan seluruh rakan sepejabat perlu dikuarantin dan perlu menjalani ujian swab?
Dan jawapannya adalah Tidak!
Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) di laman portal rasmi mereka, selagi, En Osman belum disahkan positif covid-19, korang dan seluruh rakan sepejabat tidak dianggap sebagai kontak kepada kes positif.
Kalian tidak perlu panik dan beratur di Klinik Kesihatan kerana belum lagi menjadi kontak kepada kes.
Apa yang perlu dilakukan oleh Kontak Kepada Kontak Kes Positif?
Terus jaga SOP seperti biasa.
Pakai pelitup muka ditempat kerja.
Kerap lakukan disinfeksi.
Awasi jika ada gejala, baru dapatkan pemeriksaan.
Sementara itu, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Facebook rasmi mereka berkongsikan kepada umum cara pengurusan kontak rapat di rumah.
Apa yang perlu kita lakukan untuk pengurusan kontak rapat di rumah adalah seperti:
Kontak rapat perlu dikuarantin selama 10 hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif.
Kontak rapat hendaklah melakukan pemantauan kesihatan kendiri dalam tempoh tersebut.
Kontak rapat akan dihubungi untuk tujuan penilaian kesihatan dan pemberian Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (mengikut pengaturan PKD masing-masing)
Kontak rapat yang bergejala akan diberi keutamaan untuk ujian pengesahan Covid-19.