Seperti yang kita tahu, penyanyi Elyana kini bertarung melawan penyakit kanser yang dihadapi sejak 11 tahun lalu.

Buat masa ini dia kerap menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital swasta. Penyanyi Tapak Sulaiman ini sangat positif dan tidak putus semangat walaupun berdepan dugaan dalam hidup.

Malah Elyana dilihat kekal positif dan sering berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani rawatan sebagai pesakit kanser.

Ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada orang lain yang mungkin mengalami nasib sama sepertinya.

Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya Elyana memberitahu dirinya sudah sakit 10 tahu dan telah menjalani lebih 20 kali rawatan kimoterapi dan radioterapi serta kepayahan dilalui sepanjang tempoh itu.

Kalau boleh memang saya nak makan Healty Food,Fresh,Real Food, sayur,buah,No sugar,exercise,makan suppliment itu dan ini..

IKLAN

Saya dah sakit 10 tahun.
Lebih 20x chemo..lebih 30x radiotherapy.
Apa yang saya tak pernah lakukan?
Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera.
Berubat semua ceruk saya pergi.

Tapi..jika kamu jadi saya,baru kamu tahu apa alasan saya.
Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.Beza…

Jika anda ingin membantu,bantu dari segi perbuatan baik dan belajar memahami..
Bukan menghakimi dalam comment dan complain.
Rosak jiwa saya.Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.

IKLAN

Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya.
Malah saya yang harus menjaga orang lain.
Saya tak complain just nak bagitau.
Saya bukan ada Superpower.
Saya pun manusia biasa.
Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. nak minum..muntah..
nak bercakap…tumpah darah bertahun2.. nak duduk..nak berjalan.. nak jaga keluarga,nak cari duit..nak berfikir.. tak boleh tidur.. nak selalu tersenyum depan anda..
Berat…terlalu berat

Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri.

Pada saya,makan la selagi Allah bagi kita nikmat makan..
Tapi berpada-pada..makanan yang kita makan ni,Alhamdulillah Halal…
Sebelum makan,kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.

IKLAN

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Serik Dipanggil Makcik & Seksa Nak Solat . Wanita Berjaya Kurus Lepas Amal Ilmu Diet Betul!

Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Nak Bersihkan Gigi. Doktor Pesan Elak Juga Kepit Di Mulut!

Sepantas 2 Minggu Turun 10KG. Wanita Kongsi Tip Diet Sihat & Menu Diambil Setiap Hari!

Bahaya Najis Berdarah Tanda Awal Barah. Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI