Umum sudah mengetahui penyanyı cantik Elyana dilihat sangat kuat melawan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.
Dan terbaru dia memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Menerusi ruangan Insta Story, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu berkenaan berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.
Biarpun berada dalam keadaan lemah, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya.
Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut bintang drama Misi Dania Cun itu, badannya perlu dimasukkan 2 pek darah serta susu memandangkan berat badannya hanya seberat 35 kilogram.
Ads
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Ads
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Dia juga turut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya yang sentiasa memberi semagat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Ads
Selain di ruangan komen ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan terus kuat melawan penyakit yang dideritanya itu sejak sekian lama. Sebelum itu juga rupanya sel kanser sudah merebak ke bahagian rahim, hati dan pangkal paha.
Kalau tiba-tiba kulit breakout, anda jangan main sapu apa yang lalu depan mata. Bagi rehat dulu dalam 2 minggu dan kemudian cara produk yang selamat untuk wajah.
Ya, kena pastikan tiada bahan kimia yang tinggi dan nak selamat, ikut tip Si Oyen ini, sekelip mata wajahnya pulih daripada masalah breakout.
Pergi drugstore cari Cetaphil yang biasa tu, tetapi jumpa yang ini. Cukup bagus boleh merawat dan mencerah, jadi grab sekalilah dengan toner.
Ingat nak beli day and night cream sekali tapi bajet lari pulak! Sekali nampak Wardah ni dan pernah baca kat group ni tentang kelebihannya. Harga memang mampu milik gais.
Balik rumah saya cuba semua memang berbaloi. Muka jadi lebih elok lepas 2 minggu.
Sungguh, Cetaphil ini memang best. Krim siang dan krim malam Wardah itu pun bagus seperti yang direview oleh orang ramai, teksturnya ringan.
Nak lindung kulit sepebuhnya, pakai sekali dengan Anessa sunscreen yang power dan best itu.
Nanti jangan lupa cuba juga, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam usia 29 tahun, penyanyi Sissy Imann akhirnya berjaya menggenggam sarjana dalam bidang muzik dari Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Berita gembira itu dikongsikan oleh Sissy sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.
“Graduated with a master’s degree in music. Alhamdulillah.
Memuat naik foto lengkap dengan jubah konvokesyen bersama keluarga, Sissy manis menggayakan kebaya berona putih gading.
Perkongsian Sissy menerima ucapan tahniah daripada warga maya yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaannya.
Dalam hantaran sebelum ini, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil menyifatkan pengajian siswazahnya selama empat tahun sebagai suatu kenangan yang manis.
Malah pelantun lagu Mungkin Kamu dan Namaku Padamu itu sebak mengenangkan usaha dan penat jerih bagi menggapai impian.
“(Ini) bukan perjalanan yang mudah bagi saya, tetapi saya bersyukur kerana membuat keputusan yang tepat untuk sambung belajar.
“Sekarang semuanya sudah selesai. Saya harap tesis yang dihasilkan ini akan memberi kebaikan kepada golongan akademik dan mereka yang berada di dalam industri muzik.
Menerusi posting tersebut juga, Sissy berterima kasih kepada pensyarah dan penyelianya.
“Terima kasih Dr @teachernad jadi supervisor yang terbaik. Sampai ke Jakarta la kita berjalan sama-sama tengok orkestra Erwin Gutawa haha. Okay untuk penghargaan yang lebih detail baca acknowledgement tesis,” kongsinya.
Sissy juga memberi kata-kata semangat buat semua pelajar di luar sana agar sentiasa berfikiran positif dan jangan mudah berputus asa.
“Untuk mereka yang tengah berjuang, ingat ini saja. Kalau saya boleh, awak pun boleh.
“Teruskan, tahu-tahu (pengajian) habis nanti. Jangan putus asa. Saya ambil masa empat tahun untuk habiskan master,” kongsinya Februari lalu.
Sekadar info, bakat Sissy pada mulanya dikesan menerusi YouTube oleh komposer dan gitaris Hujan, AG Coco.
Beliau yang berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, biola dan bes melonjak menerusi lagu Mungkin Kamu. Selain menyanyi dan berlakon, Sissy juga merupakan guru vokal.
Sekadar info, Sissy pernah menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing dengan peserta lain seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.
Berapa kerap anda menukar gincu, bedak padat, pemerah pipi dan krim pelembap? Sesetengah pengguna menunggu hingga produk habis sebelum membuat keputusan membeli yang baru.
Namun, bagi yang jarang bersolek atau tidak mempraktikkan rejim kecantikan rutin, produk dibeli boleh digunakan hingga bertahun.
Jangan terkejut, sekiranya anda dinasihatkan mengganti produk lebih cepat dari tarikh luputnya.
Pakar kecantikan dari Hairtrade.com., Joanne Dodds mendedahkan, tempoh masa yang sesuai dan tepat untuk anda membeli produk baharu kosmetik kegemaran.
Joanne mengesyorkan, span solekan diganti setiap bulan manakala sesetengah minyak wangi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun jika dijaga dengan betul.
Katanya, alat solek berkualiti selalunya menawarkan harga yang tinggi, sekali gus membuatkan pembeli menggunakannya hingga ke tarikh luput.
Namun, pakar kecantikan itu memandangnya sebagai tindakan mengundang padah, berikutan membawa pelbagai masalah kesihatan akibat jangkitan bakteria, cela wajah, radang kulit dan sebagainya.
Ia tetap berlaku, meskipun anda tidak pernah culas membersihkan berus mekap dan span.
Maskara pula katanya, perlu diganti genap empat hingga enam bulan selepas menggunakannya.
Joanne menegaskan, pengguna perlu peka tempoh hayat sesuatu produk selain jangan sayang membuangnya menjelang tarikh luput produk itu.
Beberapa produk lain turut dikemukakan Joanne untuk dipertimbangkan dibuang meliputi;
“Span bercampur kegunaan sepatutnya diganti selepas sebulan digunakan dan dibersih dengan pencuci muka selepas setiap penggunaan,” katanya Joanne.
Katanya, sebab lain span perlu ditukar termasuk sudah comot, koyak dan berderai tanpa sebab selain warnanya berubah pudar.
“Disebabkan berhubung terus dengan mata, had penggunaan maskara sepatutnya tidak melebihi tempoh tiga bulan,” Joanne memberi amaran.
Katanya, larangan berkenaan bertujuan mencegah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan kerengsaan pada mata.
“Sebab itu, kebanyakan label di maskara menetapkan tempoh penggunaannya hanya sekitar empat hingga enam bulan sahaja,” katanya.
Tabiat membuka tutup berus maskara, mengepam masuk udara ke dalam tiub yang bukan saja menyebabkan maskara kering bahkan pencemaran bakteria.
Justeru, sewaktu memasukkan kembali berus maskara ke tempatnya, pastikan ditutup ketat bagi mengelakkan gelembung udara terperangkap di dalamnya.
“Sebaiknya, buang segera maskara yang kering dan mengalami perubahan warna, tekstur dan bau,” katanya.
Produk krim boleh bertahan cuma sekitar enam bulan kerana kandungan pelembap di dalamnya mampu membiakkan pertumbuhan bakteria.
“Amati dan kenal pasti sekiranya ada kulat, berbau dan warna kekuningan. Segera buang sekiranya krim itu nampak pelik,” kata Joanne.
Tempoh hayat bagi penggaris mata berbentuk cecair adalah enam bulan namun yang lebih membimbangkan, produk ini dikatakan mudah terdedah kepada bakteria.
Pensil celak boleh bertahan sehingga dua tahun dengan syarat, ia ditutup sempurna selepas digunakan. Mereka mengalami jangkitan mata, disyorkan tidak menggunakan pensil mata melebihi tempoh jangka hayatnya kerana dikhuatiri lebih menambah risiko jangkitan tidak diingini.
Bedak asas berbentuk krim dan cecair boleh bertahan sekitar enam bulan hingga setahun berdasarkan kandungan air, minyak dan ejen penghidratan yang membentuknya sekali gus memendekkan jangka hayat namun menambah kemunculan bakteria.
Bedak dalam bentuk serbuk kata Joanne, mampu bertahan sehingga dua tahun kerana lebih padu sekali gus menyukarkan bakteria membiak.
“Penting untuk pengguna ketahui bahan-bahan dalam bedak asas menggalakkan pembiakan kuman. Justeru, amalkan membaca label yang ditampal di belakang bedak selain buat catatan tarikh luput produk itu. Sebaiknya, cuci secara kerap perkakasan menyolek selain amalkan membersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang kosmetik,” beritahu Joanne.
Sebagaimana maskara, kerap membuka dan tutup penutupnya membawa udara masuk ke dalam tiub sekali gus menjejaskan kualitinya.
Beli baharu sekiranya pengilat bibir anda menunjukkan perubahan warna, tekstur mahupun ketebalannya.
Pengilat kuku antara produk tidak tahan lama. Sebaik penutupnya dibuka, ia akan berwap menyebabkan cecair pengilat itu menebal malah merekah.
Bagi mengelakkan cepat rosak, pastikan penutupnya sentiasa ditutup ketat setiap kali selepas digunakan.
“Buang segera penyamar noda yang dilihat sudah mengering, berubah tekstur, berketul, pecah serta merekah selain mengeluarkan bau tidak enak,” nasihat Joanne.
Penyamar noda yang sudah rosak katanya, bukan saja menyebabkan wajah kelihatan bercapuk bahkan menghalang anda memperoleh solekan sempurna.
Berbanding pemerah pipi dan bronzer mempunyai tempoh hayat yang lama, bedak masih kelihatan elok meskipun sudah melampaui tarikh luput.
Bagaimanapun, bedak berkenaan menjadi keras dan tidak membantu mendapatkan solekan cantik selepas tamat tempoh. Begitupun, anda boleh mengurangkan pencemaran bakteria dengan kerap membersihkannya selain tidak membiarkan ia terdedah kepada udara,
Namun, jangan simpan bedak yang penutupnya rosak, berkulat dan mengeluarkan bau pelik.
Gincu yang dijaga dengan baik mampu bertahan hingga dua tahun. Bagi memastikannya kekal elok, jangan sesekali meninggalkan gincu tanpa penutup dan sesekali, lap bahagian lapisan permukaan atas gincu yang berpotensi membiakkan bakteria.
Minyak wangi yang disimpan dengan baik kekal elok meskipun sudah melebihi tarikh luput. Syaratnya, elak menyimpannya di bilik yang panas, di bawah pencahayaan terik selain memastikan ia sentiasa ditutup selepas digunakan.
Tempat terbaik menyimpan minyak wangi adalah di dalam almari namun jangan alpa memerhatikan perubahan warnanya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.