Senggugut sering dialami oleh mereka yang datang bulan. Ada yang mengalami sakit setengah hari dan ada pula yang berterusan dari pagi hingga malam.
Salah satu solusinya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan makan ubat penahan sakit seperti panadol.
Namun sebenarnya terdapat juga beberapa petua lama bagi merawat mereka yang mengalami senggugut ini.
Seperti yang dikongsi oleh melalui Sumaiyyah Abdullah yang memberitahu apa boleh dibuat jika berdepan masalah ini setiap kali datang bulan.
PETUA HILANGKAN SENGGUGUT
Siapa pernah kena serangan senggugut, dia tau la betapa azabnya untuk melepasi tempoh haid setiap bulan.
Paling teruk sampai boleh muntah-muntah dan bawak pengsan tau. Teruk sangat. Menangis tak berlagu la jawabnya.
Ads
Kali ni ciksu nak share, petua untuk redakan sakit senggugut dan lawaskan pengeluaran darah haid.
Bahan-bahan nya ofkos barang dari dapur lah. * 8 batang serai dan diketuk-ketuk * 1 ketul halia sebesar ibu jari * 1 sudu besar habatussauda * 1-2 sudu besar madu * 4 gelas air
Caranya mudah je. Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.
Ads
Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum. Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.
KHASIAT SERAI Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.
KHASIAT HALIA Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.
Ads
KHASIAT HABATUSSAUDA Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.
Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut. *Elakkan minum ais untuk kesan optimum.
Miliki Bibir Sempurna & Hidung Terletak. Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia. Jika sebelum ini supermodel Bella Hadid dilabel wanita yang mempunyai wajah paling sempurna keseluruhannya.
Namun untuk tahun 2022, pelakon Jodie Comer yang berusia 26 tahun dinobat wanita tercantik di dunia mengalahkan Bella Hadid dan Zendaya.
Jodie dikatakan memiliki 94.52 peratus tepat menerusi Nisbah Emas Kecantikan PHi dengan bibir yang hanya tiga peratus daripada kesempurnaan manakala lebar hidung dianggap paling terletak.
Aktres kelahiran Liverpool, United Kingdom, berusia 29 tahun itu mendahului senarai berikutan pemetaan daripada pakar bedah kosmetik profesional, meninggalkan Zendaya di tempat kedua dan model, Bella Hadid di tempat ketiga.
Kejelitiaan wajah diukur menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio. Teknik itu bermula sejak zaman purba dan telah digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal.
Pelakon Jodie Comer Diiktiraf Wajah Paling Cantik Di Dunia
Ia mengira bentuk muka yang sempurna, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.
The Sun mendedahkan Comer memiliki ciri paling hampir sepadan dengan nisbah ideal.
Senarai sepuluh teratas telah disusun oleh pakar bedah klinik Harley Street, Dr Julian De Silva, yang menggunakan pemetaan muka digital.
Salah satu cara untuk menurunkan berat badan cara sihat dan selamat adalah dengan mengamalkan kaedah intermittent fasting.
Cara ini juga sangat bagus dalam mengawal nafsu makan memandang perlu berpuasa untuk tempoh tertentu.
Tetapi bagi mereka yang pertama kali melakukannya agak sukar bertahan kerana pelbagai godaan yang datang.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad yang juga turut mengamalkan kaedah sama dalam usaha mengurangkan berat badan sehingga mencecah 100 kg.
Beliau memberi tip bagaimana untuk mengawal rasa lapar dan bagaimana caraya bagi melakukan diet intermittent fasting ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya terutama bagi mereka yang pertama kali mahu melakukan kaedah ini.
PENGALAMAN MELAKUKAN DIET INTERMITENT FASTING 14 FEB 2022
Ketika saya berusia 25 tahun berat saya hanya 55kg. Tulang pipi menonjol keluar. Kurus betul. Lepas kahwin naik 65kg. Bila bekerja setelah tamat belajar 75kg. Bila berusia 45 tahun berat saya 105kg. Saya berkahwin semasa belajar.
Saya memang hampir dah berputus asa untuk kurus. Umur semakin tua, penyakit mula mengetuk pintu kehidupan. Rasanya impian terus tinggal impian.
Apabila saya jatuh di bilik air diChiang Mai Thailand ketika menghadiri konferen perubatan di sana, saya mengalami rasa sakit belakang yang teruk. Saya menyalah berat badan saya yang berlebihan, menyebabkan hentakannya menjadi parah..
Saya perlu berubah. Tapi saya tak tahu macam mana nak mula. Berdiet rasanya macam susah. Menu apa apa yang hendak saya makan. Perlukah saya melakukan senaman. Jika perlu senaman yang bagaimana?
Sehingga seorang rakan doktor beritahu “for dieting, 80% from your food, 20% from your exercise”. Betul juga. Apa guna minum segelas teh tarik jika terpaksa berlari 20 minit untuk membelanjakan kalori yang diambil itu. Segelas teh tarik sama kalori yang digunakan untuk berlari 20 minit.
Saya juga memang orang yang jenis suka makan. Sikit-sikit nak makan. Makanan jadi ketagihan saya. Saya rasa saya ada gastrik. Jadi tidak boleh lambat makan. Ini yang sering menggagalkan diet saya.t
Apa yang saya buat (seperti yang diajarkan) adalah makan malam awal, sebelum 8PM. Dan tidur awal. Paling lambat 11PM. Sebab perut akan lapar semula selepas 3 jam. Kalau tadi pukul 8PM, last meal, masuk pukul 11-12 malam, perut lapar semula. Jadi tidur awal.
Bangun pagi 5AM atau 6AM, saya akan ambil minyak zaitun dua sudu bersama segelas air kosong. Ini untuk mengelakkan saya rasa lapar dan diserang gastritis.
Pengambilan minyak zaitun tidak menaikkan glukosa dalam tubuh. Ia juga tidak meningkatkan tahap insulin dalam darah. Malah pankreas akan mengeluarkan hormon glucagon yang membakar lemak pada tubuh. Inilah kebaikan mengambil minyak zaitun di awal pagi. Dua sudu minyak zaitun lebih kurang 250kcal menyamai jumlah kalori jika kita bersarapan.
Jadi selain membakar lemak, ia membekalkan tenaga. Nampak tak bagaimana “lemak membakar lemak untuk tenaga?”. Jika tak faham, komen tak faham. Saya ulang pencerahan esok.
Jadi pukul 8AM saya bersarapan. Last makan pukul 8PM, dan makan semula pukul 8AM. Sarapan mesti ada telur sebagai sumber protein. Sekeping roti wholemeal bersama dua biji telur. Kopi berstevia. Itulah langkah pertama saya diet.
Kadang kala nasi lemak satu sudu, (bukan satu senduk) dan telur 2-3 biji. Jika ada sayur timun, lobak, salad memang saya ambil banyak.
Saya buat amalan begini agak lama juga. Lepas sebulan turun 5kg (padahal 5kg ini hanya berat air). Saya seronok kerana tak sangka boleh turun berat badan setelah berusia 45 tahun. Jadi ada confident untuk teruskan.
Bagi yang nak buat IF tapi takut gastritis dan sebagainya, bolehlah ikut prinsipal yang saya buat
1. Dinner awal sebelum pukul 8PM, dan tidur awal 11PM.
2. Bangun pagi ambil dua sudu minyak zaitun dan segelas air.
3. Pukul 8AM saya bersarapan (IF 12:12), kurangkan karbohidrat (roti dan nasi), ambil telur 2 biji dan sayur atau ulam atau buah.
4. Kopi O tak ada gula atau berstevia.
Bila tengahari saya makan macam biasa. Banyakkan sayur, kurangkan nasi (satu senduk) dan ada sumber protein seperti ayam dan ikan. Kadangkala saya ambil lauk dan makan lauk sahaja.
Dinner makan dengan konsep yang sama dengan lunch. Jadi tak pening kepala. Air kosong minum lagi dan lagi.
Insyaallah jika benar-benar amalkan. Nampak penurunan berat badan. Atau perut kita sudah menyusut. Atau kita sendiri rasa bertenaga.
Ikuti perkongsianpengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
Suka tengok lakonan Erysha Emyra, orangnya juga semakin cantik wajah anak dramatis Datin Sri Noniswara ini.
Anak gadis tunggal Datin Sri Noniswara iaitu Nurerysha Emyra atau Erysha mencuri perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan asli ibunya.
Malah Erysha juga pernah tular suatu ketika dulu kerana kecemerlangannya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Erysha Emyra Kongsi Tip Cantik
Dilihat selalu berkongsi cara mekap dan menjaga wajahnya di media sosial, tak pelik kalau Erysha mempunyai kulit yang cantik tanpa cela.
Salah satu set penjagaan wajah yang dia guna adalah pelembap jenis gel untuk kekalkan kelembapan kulit wajahnya. Ini salah satu cara untuk prep wajah sebelum mekap juga.
Katanya, sesiapa yang mempunyai kulit kering sepertinya, boleh biasakan pakai pelembap setiap hari. Nak-nak musim panas ini, elok meresap terus ke dalam kulit. Nampak glowing!
Suka Mekap
Sesekali anak perempuan kedua Noniswara ini juga rajin berkongsi barang mekap yang diguna menerusi akaun Tiktok, ramai yang memuji melihat rutin kecantikannya.
Tidak perlukan barang mahal pun, Erysha biasanya kongsi barang mekap yang biasa dia pakai, mudah nak dapatkan di pasaran. Yang pasti selepas mekap, hasilnya kemas!
Terkini, Erysha dilihat semakin aktif dalam industri seni dan berlakon dalam drama Aku Bukan Ustazah bersama MK K-Clique yang disiarkan di TV3 dan Astro Ria.