Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
1. Basikal jalanan (road bike)
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Ads
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
2. Basikal gunung (mountain bike – MTB)
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
3. Basikal untuk melancong (touring bike)
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Ads
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih Basikal Yang Sesuai
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Ads
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
5 JENIS AKTIVITI MOUNTAIN BIKE
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Sering pengsan & tahan kencing, Acha Septriasa bergantung hidup satu buah pinggang. Kini strict jaga kesihatan. Masih terngiang-ngiang di telinga lagu popular My Heart nyanyian penyanyi dan pelakon Indonesia Acha Septriasa di samping rakan duetnya Irwansyah.
Siapa sanagka di sebalik kemerduan suara membawakan lagu itu serta lakonan mantap dalam beberapa filem berkenaan, pelakon popular ini rupa-rupanya hidup dengan hanya satu buah pinggang.
Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang
Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu buah pinggang sahaja,” ujarnya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementara itu, Acha berkata, mempunyai satu buah pinggang bukan masalah atau kekurangan bagi dirinya tetapi perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Kini Strict Jaga Kesihatan
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.
“Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya yang kini menetap di Australia disebabkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Bagi menjaga kesihatan, Acha tidak lagi minum sebarang pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Kalau anda nak cerahkan kulit dengan cara yang selamat tanpa perlu keluarkan duit yang beribu, cuba guna petua ini. Katanya berkesan!
Pernah tahu tentang Sumber Ayu? Ini skrub popular dengan produk mandi lulur yang sesuai untuk sesiapa yang menginginkan kulit cerah, lembut, gebu dan mulus.
Cerahkan Kulit Dengan Cara Minyak Zaitun Dan Serbuk Kopi, Nampak Berkesan!
Aanda hanya perlu rajinkan diri untuk scrubkan badan dengan beberapa varian scrub dari sumber ayu which is scrub dari ekstrak bengkoang, bunga dan susu.
Bahannya:
Minyak zaitun
Serbuk kopi
Campurkan scrub dengan 2 bahan yang sangat berkesan untuk proses pencerahan kulit iaitu minyak zaitun dari safi dan serbuk kopi.
Jadi hasilnya akan jadi lebih super duper cepat dari kegunaan scrub biasanya. Anda kena cuba.
Inshaa Allah menjadi, yang penting konsisten je.
Tip:
Bagi kulit normal, sihat dan tiada jerawat, anda boleh menggunakan skrub badan sehingga 3 kali seminggu.
Bagi kulit sensitif, nipis dan berjerawat, cukup digunakan sekali seminggu sahaja.
Gosok dengan cara yang lembut dan perlahan. Bilas dengan air yang bersih.
Selamat mencuba.
Kredit : anah farhanah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah hampir 10 tahun penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad menanti kehadiran cahayamata, tetapi hanya diberi rezeki bersama selama tiga hari sahaja sebelum bayi syurga ini dijemput PenciptaNya.
Sebelum itu Azmi mengumumkan betapa gembiranya dapat menimang zuriat, bayi yang ditunggu hampir sedekad lahir dengan berat 3.3 kilogram dan diberi nama Khairul Afnan.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya…” itu nota pengumuman yang ditulis di akaun Instagramnya.
Sebelum itu Azmi, 34, memaklumkan, cahaya mata dia dan Nazira, 35, diuji selepas doktor mengesahkan Khairul Afnan kurang sihat sehingga terpaksa menerima bantuan pernafasan
Sehubungan itu, Azmi memohon semua pihak agar mendoakan kesembuhan segera buat anaknya itu.
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung, tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Allah mudahkan proses bersalin, tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami, tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami. Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdirNya,” tulis Azmi.
Menurut Azmi seperti dilaporkan Mstar berkata bayınya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.
Lebih menyedihkan, zuriat yang dtunggu selama ini menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan ibunya Nazirah di salah sebuah pusat perubatan.
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diğeri peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhrnya. Baby Afnan kemudiannya meninggal dunia beberapa minit kemudian,” beritahu pengurus Azmi, Syah Rahman.
Sementara itu Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit dihidapi bayi berkenaan kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.
Takziah buat keduanya dan semoga Azmi dan isteri dapat menerima dugaan ini dengan tabah dan reda. Kita doakan ada rezeki lagi untuk keduanya nanti.