Sosej adalah antara makanan proses yang paling popular dan digemari ramai terutama golongan kanak-kanak.
Rasanya yang enak dengan pelbagai perisa seperti keju atau lada hitam menjadikan makanan wajib ada di rumah.
Namun diingatkan agar jangan menjadikan sosej ini sebagai makanan rutin. Perkongsian dari Dr. Fatimah Salim memberitahu kaitannya dengan penyakit kanser.
SOSEJ & KANSER
Dua hari lepas, Muhammad ikut saya ke kedai. Antara barang yang diambilnya ialah kek pisang, biskut kreaker, susu kultur, yoghurt, sosej dan cili giling.
Semalam saya masak sosej ini. Saja potong 3 dan belah 4. Nak bagi nampak macam octopus iaitu antara haiwan kegemaran Muhammad selain ikan buntal.
Ads
Saya tahu anak-anak memang suka makan sosej kerana rasanya yang sedap. Jadi saya ingatkan Muhammad dan Yaumil yang sosej, nugget… adalah makanan tidak elok untuk badan apabila diambil kerap.
YA. Ketahuilah sosej bukan hidangan yang baik. Benar bergantung kepada kualiti, ianya diperbuat daripada bahan asas daging (isi, lemak, kulit dan organ lain), namun dicampurkan dengan perasa dan pengawet garam nitrates/ nitrites agar cantik warnanya (kemerahan), sedap rasanya dan lebih tahan lama. Sosej tinggi kandungan lemak tepu dan garam.
Bergantung kepada jenis produk dan cara pemprosesan, garam bernitrat mampu bertindakbalas dengan protein daging menghasilkan bahan kimia punca kanser iaitu nitrosamine.
Ads
Sosej dan daging terproses berprotein lain adalah dikategorikan sebagai punca kanser dengan perkaitan kongklusif (Group 1) oleh Agensi Kanser US. Lihat infografik perkaitan kanser dan jenis-jenis daging pada komen pertama.
Maka, makanan terproses seperti sosej ini usahlah dijadikan makanan harian. Benar bukan memakan sosej ini saja punca kanser. Terdapat banyak lagi faktor lain, namun mengetahui dan berwaspada itu lebih baik.
Bukannya tidak boleh makan terus. Jarang-jarang ambil, boleh saja. Dan untuk mengurangkan risiko, ambil lah bersama dengan sayuran hijau.
Sempena sambutan ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-75, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam tadi di saluran TV1, RTM.
Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit menyampaikan berita berkaitan isu semasa negara.
Menurut penerbit Berita Perdana Khas, Khairul Azli Rahim, beliau berasa sangat berbesar hati dan teruja kerana Tengku Permaisuri Selangor berkenan untuk menyampaikan berita yang disunting olehnya.
Melalui Instagram Selangor Royal Official memberitahu ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita, setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016.
Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 20 tahun bermula pada tahun 1996.
Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Dalam pada itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Ternyata kemunculan Bağında Tengku Permaisuri Selangor memang ditunggu-tunggu ramai.
Malah ramai memuji kecantikan Baginda dan aura serta penampilan masih kekal anggun serta dianggap ‘legenda’ dalam dunia penyiaran.
xearoxas Dah jadi permaisuri,skill pembaca berita tetap mentenn!
alif.mishary Masih kekal dengan profesionalisme yang berbisa tapi tetap merendah diri walau bergelar Permaisuri…. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya… Daulat Tuanku
Ini cara pakai mask dengan betul sebenarnya, bukan main sapu dan biarkan beberapa minit kemudian terus basuh, ya.
Ada cara yang boleh buat clay mask yang dipakai engan hasilnya lebih berkesan pada kulit wajah. Barulah cantik!
Cuba perhatikan cara pakai mask dengan betul:
Saat menggunakan clay mask, pastikan wajah tidak menggunakan makeup atau sudah tidak ada sisa makeup diwajah.
Elakkan menggunakan clay mask terlalu nipis dan tidak merata pada wajah.
Usahakan bilas clay mask tidak hanya menggunakan air biasa dan tisu saja.
Biasanya clay mask masih ada baki kotoran setelah dibilas sehingga tidak cukup hanya membilas saja. Gunakan kapas dan toner untuk membersihkan kotoran yang melekat.
Haaa.. cukup itu sahaja perkara yang anda perhatikan saat menggunakan clay mask. Semoga bermanfaat buat anda yang ada masalah pori terbuka yang menggunakan mask untuk kecilkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF. Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Namun ada insan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semulajadi walaupun setelah beberapa lama berkahwin.
Kata orang belum ada rezeki dan selagi itulah kita akan terus berusaha untuk hamil walau dengan apa cara sekalipun.
Begitu juga situasi bagi pemilik nama Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu apabila mencuba kaedah rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil anak pertamanya.
Ternyata rezeki selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya pasangan ini disahkan hamil anak pertamanya melalui kaedah IVF ini.
Namun begitu, proses menjalani IVF ini bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi empunya diri dalam pengorbanan mendapatkan zuriat sendiri.
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurut wanita cantik ini, fasa itu agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar.
Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
“Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental.
“Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
“Bukan mudah untuknya mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberi kekuatan,” ujarnya yang turut mengalami perubahan emosi sepanjang menjalani proses ini.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.
Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
“Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Madammu perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022.
“Pada tarikh ini bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya,” tambahnya memberitahu jika berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Ternyata segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Dirinya sah mengandung 5 minggu hasil prosedur IVF yang dilakukan. Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil.
“Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya. Buat masa sekarang kalau scan tidak nampak apa-apa dan akan membuat rawatan susulun minggu berikutnya,” ceritanya lagi.
Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home,” pesan pakar yang merawatnya.
Gimnasium sepatutnya jadi tempat yang selamat, tapi gangguan seksual boleh berlaku tanpa kita sedar. Kenali 5 jenis gangguan—daripada komen lisan hingga rakaman tanpa izin—dan ketahui langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.