Lain orang lain bentuk fizikal seseorang. Ada yang bertubuh kecil dan mempunyai saiz badan yang berisi hingga menyebabkan obesiti.
Keadaan ini dikaitkan dengan faktor pemakanan dan mereka ini lebih terdedah kepada pelbagai risiko penyakit.
Malah dalam laporan Kosmo dikatakan juga lebih 50 peratus atau kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan ketika ini, sekali gus berisiko menghidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kira-kira 60 peratus atau 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.
Perkara itu didedahkan oleh pakar perundingan, pembedahan dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammad Taher.
Ads
Masih belum terlewat untuk kita mengatasi masalah ini, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan.
Dalam satu perkongsian twitter Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu punca suka makan lewat malam antara punca anda tidak mampu mengawal berat badan.
Malah jika perbuatan ini dijadikan satu amalan mengakibatkan anda berdepan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Ads
Justeru dikongsi beberapa petua untuk elak daripada kita makan lewat malam.
1. Antaranya Adalah Rancang Waktu Makan Malam
– Jangan langkau waktu makan untuk elakkan rasa lapar melampau pada waktu makan seterusnya. – Amalkan pengambilan #suku-sukuseparuh bagi setiap waktu makan. – Ambil snek sihat seperti buah/susu sebelum tidur jika perlu.
2. Elakkan Tidur Lewat
-Berjaga lewat malam boleh mencetuskan rasa lapar yang keterlaluan. -Kurang tidur menyebabkan individu sering berasa lapar sepanjang hari -Elakkan aktiviti yang menyebabkan anda tidur lewat.
3. Jika Masih Lapar
– Elakkan ambil makanan/mnuman yang tinggi kalori, gula dan lemak seperti coklat, burger, air berkarbonat atau kerepek. – Segera masuk tidur.
Orang kata kalau nak kulit makin lembut, kena guna masker halba campur dengan asam jawa. Haa.. mungkin ramai yang tidak tahu dua bahan ini sangat membantu dalam dunia kecantikan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat masker halba dan asam jawa ini untuk wajah yang berseri-seri.
Sebenarnya macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut, halba juga bagus untuk basmi jerawat kat muka. Rujuk bahan yang anda perlu sediakan ya.
1 genggam halba
1 sudu teh asam jawa
Air sesudu makan
1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.
2. Bila dah siap masuk halba dalam mangkuk, lepas itu boleh lah letak air sedikit. Kemudian boleh nak tambah asam jawa sikit.
3.Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka atau pun kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.
4. Kulit muka licin dan lembut sangat. Tak rugi kalau anda cuba petua ini.
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Haaa… banyakkan khasiat asam jawa? Bukan saja sedap dicampur dalam makanan tetapi bagus untuk kulit.
Selamat mencuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel sah disatukan sebagai suami isteri pagi tadi.
Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, dan Ernie Zakri dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Puncak Alam, Abidin Sulaiman berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam.
Dan pastinya paling menjadi tumpuan pada majlis ini adalah pengantin perempuan Ernie Zakri yang dilihat sangat cantik dan manis di hari bahagianya.
Pada majlis pernikahannya itu Ernie Zakri yang baru saja menang vokal terbaik di Anugerah Juala Lagu ke 35 kelihatan sangat anggun menggayakan kurung moden dari Amaze.
Persalinan ini dipanggil Kirana Kurung Kemanten. Dalam perkongsian dari Instagram AMAZE ini memberitahu keistimewaan busana digayakan Ernie hari ini.
KIRANA KURUNG KEMANTEN
Kurung berpanel beserta godet di sisi untuk potongan kembang lebih ‘seamless’. Kombinasi sulam tebuk dan diinspirasikan oleh Sulam Tekat yang lebih ‘3-dimensional’ menjadi perincian utama gaya kali ini. Tidak perlu sarat renda, hanya sekadar memaniskan rupa.
Rona putih polos dipilih, beserta sulaman perak kusam, untuk gaya lebih klasik. Layah juga disulam motif lekuk yang sama, agar tampil lebih senada.
Sementara itu wajah polos Ernie pula mendapat sentuhan jurusolek terkenal, Sahirsabri yang sebelum ini banyak menata rias wajah selebriti popular seperti Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Wany Hasrita dan beberapa lagi nama lain.
Menonjolkan imej fresh look menggunakan @yslbeauty menjadikan wajah Ernie sangat cantik dan berseri-seri sepanjang majlis pernikahannya. Ditambah dengan senyuman yang yang lekang dari bibirnya.
Malah mekap Ernie turut dipuji warganet yang memberitahu wajahnya sangat cantik dengan pilihan mekap cukup sempurna.
Seperti yang diketahui, tidak lama lagi kita semua akan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Terdahulu dalam satu perkongsian dia laman sosial Facebook seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa menceritakan pengalamannya selepas menjalani ujian pra-klinikal vaksin Covid-19 di Hospital Ampang, Selangor.
Menurut Abdul Rahman yang juga sukarelawan meneria suntikan ini, ujian pra-klinikal ini mempunyai empat peringkat yang perlu dihadapi oleh semua penerima.
Ceritanya dia perlu hadir semula ke hospital selepas tujuh hari melakukan ujian pra-klinikal vaksin Covid-19.
Kemudian doktor turut memberi penerangan selama 10 minit selepas dia melakukan pemeriksaan kesihatan pada hari berkenaan.
Di samping itu, dia turut berkongsi empat peringkat yang harus dilalui semasa menjalani ujian pra- klinikal tersebut.
Untuk peringkat pertama, mereka perlu menjalani ujian swab dan pemeriksaan darah bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak Covid-19 dan Hiv.
Di peringkat kedua, suntikan dos pertama akan diberikan. Kesemua penerima tidak tahu sama ada bahan yang diberikan kepada mereka itu adalah vaksin mahupun placebo.
Ini kerana, ujian pra-klinikal ini merupakan double blinded study. Manakala, di peringkat terakhir, mereka akan dipantau selama tujuh hari jika berlakunya sebarang kesan sampingan. Dan yang terakhir, suntikan kedua pula akan diberikan.
Hari ni aku pergi ke Hospital Ampang sekali lagi untuk menyerahkan diari kesihatan aku. Diari kesihatan ni untuk rekod pemantauan 7 hari pertama selepas di cucuk dalam kajian vaksin COVID19.
Appointment aku pukul 2pm.
Sampai² di Hospital Ampang..aku daftarkan diri and tunggu giliran untuk berjumpa petugas perubatan.
“No. 39…”
Aku tengok nombor giliran aku..Yes,aku lah nombor 39 tu..hahaha
Petugas: Encik boleh pergi ke kaunter sana ye..
Aku pun pergi ke kaunter yang diarahkan. Aku tengok yang akan entertain aku adalah seorang nurse.
Nurse: Encik, kita ambil suhu sekejap ye..
Aku disuruh kemam thermometer..
Selepas seminit
Teeet..teeet..teeeet..Thermometer berbunyi..
Nurse: Berapa bacaannya Encik?
Aku: 36.9
Nurse: Ok..suhu normal. Encik ada apa² alahan sepanjang seminggu ni..Macam cirit-birit, loya, susah bernafas, pening ²?
Aku: Tak ada
Nurse: Ok Encik.Ni diari baru untuk pemantauan 7 hari akan datang. Encik boleh ke bilik briefing sekarang untuk dengar briefing macam mana nak isi diari ni ye..
Aku: Ok.Terima kasih nurse.
Nurse: Sama².
Aku pun pergi ke bilik briefing dan dengar briefing selama 10minit lebih kurang.
Trainer: Ok Tuan Puan semua.Kalau tak ada apa² soalan. Kita jumpa lagi 7 hari akan datang ye..Tuan Puan boleh ambil kad appointment dekat kaunter pendaftaran
The End.
OK done stage 3 dalam kajian vaksin ni.
Stage 1: Swab test and check darah sebab nak confirmkan bebas COVID and HIV sebelum enroll dalam kajian vaksin COVID19
Stage 2: Ambil suntikan dos pertama (note: ini double blinded study.Aku or nurse yang cucuk aku sebelum ni pun tak tau aku dicucuk vaksin sebenar atau placebo)
Stage 3: Pemantauan 7 hari pertama untuk sebarang side effect.Isi diari kesihatan dan pulangkan diari kesihatan kepada team penyelidik team vaksin.
Next,Stage 4: Suntikan dos kedua.
Moga contribution kecil aku ini memberi manfaat kepada umat sejagat..Amin..
Terdahulu, Abdul Rahman turut berkongsi keadaan dirinya setelah menerima suntikan pertama ujian pra-klinikal tersebut.
Ternyata dia mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.
Tambahnya, doktor memberi nasihat supaya kesemua mereka berfikiran positif. Ini kerana, fikiran positif akan membantu seseorang individu menjalani kehidupan yang sihat. Lebih penting, sistem imunisasi badan bakal menjadi kuat dan lebih baik.
Bila aku bagitahu aku diterima sebagai sukarelawan vaksin haritu..Ramai yang mintak aku update perkembangan harian aku..
Kepada yang baru baca post ni or belum tahu. Aku adalah salah seorang sukarelawan kajian vaksin. Aku dah terima 1st injection aku pada 8 Feb haritu.
Korang boleh baca post aku yang lepas dekat link ni
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.