Pernah atau tidak anda secara tiba-tiba diserang simpul biawak atau bahasa senang faham kekejangan otot betis. 

Jika mengalami situasi ini, memang boleh mengeluarkan air mata gara-gara tidak tahan dengan sakit dialami.

Apa sebenar penyebab masalah ini dan cara terbaik mengatasinya jika diserang secara tiba-tiba di tempat YANG tidak sepatutnya seperti ketika memandu kereta, bersukan atau waktu tidur malam.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menjelaskan mengenai masalah ini agar dapat lakukan sesuatu apabila berdepan kekejangan otot betis ini.

Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Alami Kekejangan Otot Betis Atau Simpul Biawak

Saya diajukan soalan ni di Twitter.

Simpul biawak, tarik mengkarung atau nyetok karung ni adalah kekejangan otot betis. Lazimnya berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.

Apa punca simpul biawak?

1. Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.

2. Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.

3. Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.

4. Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan peredaran darah.

IKLAN

5. Pengambilan ubat: statin(ubat kolesterol), hydroclorothiazide(ubat darah tinggi), dll.

Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Siapa mudah terkena simpul biawak?

1. Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.

2. Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.

3. Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3

4. Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.

IKLAN

5. Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.

Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Kalau terkena, apa nak buat?

1. Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.

2. Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.

3. Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.

4. Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (Panadol).

IKLAN

5. Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.

Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor. Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.

Diserang Kejang Otot Betis Bukan Sebab Tak Cukup Vitamin. Doktor Jelaskan Punca Sebenar!

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Kesihatan dan Perubatan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Turun 13KG Lepas Bersalin. Wanita Kongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh Diamalkan 4 Bulan Diet!

16 Tahun Rutin Bangun Pagi & Cukup Waktu Tidur. Rahsia Fasha Sandha Kekal Fit & Cergas Hingga Kini!

Wanita Kongsi Petua Elak Badan Berbau Untuk Yang Berisi. Turut Ajar DIY Skrub Anti Selulit!

Jangan Ambil Paracetamol Lebih Dos Waktu Demam, Risiko Dapat Penyakit Hati. Doktor Jelaskan Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI