Terkejut melihat penampilan penyanyi bersuara lantang dan lunak ini ketika melihat posting terbarunya ini di media sosial.

Jika sebelum ini, Adibah Noor mengalami masalah kenaikan badan tetapi kali ini penampilannya memang jauh berbeza.

Ketika ditanya rahsia penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini berjaya menguruskan badan hingga menjadi bualan ramai adalah disebabkan dia menjaga pemakanannya.

Dalam Harian Metro, Adibah Noor memberitahu jika dulu dia akan makan tiga bungkus nasi lemak, tetapi sekarang hanya 1 bungkus sahaja.

Artikel Lain: Cantik Untuk Hiasan, Tapi Bahaya Jika Dihidang Makanan. Elakkan Dari Kanak-Kanak & Wanita Hamil!

IKLAN

Bukan itu sahaja, dia juga turut memberitahu kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.

Selain itu, dia turut kurang mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.

“Saya jauhkan makanan berproses. Misalnya kalau saya nak makan burger, saya cari gerai yang buat burger sendiri. Bukan yang dari dalam plastik yang dah siap,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Adibah lagi, dia mengamalkan makanan segar yang dimasak.

IKLAN

“Saya cari makanan yang dimasak fresh dan tak guna makanan yang diproses atau yang dalam tin. Saya juga hadkan pengambilan yang tinggi kalori,” katanya lagi berkongsi tip.

Artikel Lain: Lambat Sembuh Bagi Ubat Tak Ikut Dos. Doktor Beritahu Bahayanya Boleh Mudharat Kesihatan!

“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua. Lutut pun sudah sakit, jalan jadi mengah. Jadi saya terfikir sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” tambahnya lagi.

IKLAN
Selain itu:  Ramai Terkejut Berjaya Langsing Waktu Raya, Wanita Ini Dedah Rahsianya

Adibah berkata, kesedaran itu datang daripada diri sendiri dan bukannya disebabkan dia kini mengalami masalah kesihatan. Dia mengakui mula menjaga pemakanannya selepas habis program Gegar Vaganza.

Terakhir melihat penampilan Adibah Noor ketika menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim lalu dengan perubahan yang sebelumnya.

Artikel Lain: Mandi Sebelum Subuh & Minum Air Kunyit. Rahsia Azian Mazwan Kekal Fit & Bertubuh Langsing!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI