Awal Januari lalu, Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin mengumumkan akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005.

Polisi itu juga dikenali sebagai Generational End Game (Generasi Penamat, GEG).

Langkah itu diambil bagi mengurangkan pendedahan generasi akan datang kepada rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

Dalam satu perkongsian di Tik Toknya hari ini, Khairy Jamaludin menjelaskan terdapat sekitar 400 kematian saban minggu berlaku di Malaysia akibat rokok sekaligus menjelaskan pengambilan berlebihan tembakau menjadi faktor utama pencetus kanser yang menjadi penyakit utama penyebab kematian di hospital.

Di peringkat dunia, seramai 6 juta orang mati setiap tahun disebabkan perbuatan merokok.

Jelasnya, produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok.

IKLAN

“Ia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk sampai ke otak sebaik sahaja perokok menyebut asap rokok.

“Sebab itu sukar perokok untuk berhenti,  menjadikan ramai merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit,” katanya menerusi hantaran di Tiktok.

Jelas Khairy lagi, rokok menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok saja bahkan orang sekeliling walau mereka tidak merokok. Ia membahayakan orang sekeliling kita walau mereka tidak merokok.

IKLAN

“Ingat tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan.

“Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok,” katanya sambil meminta orang ramai menyokong Generational End Game (GEG).

 

IKLAN

 

 

 

@khairykj Generational Endgame boleh mengurangkan jumlah perokok, mengawal ketagihan dan menyelamatkan banyak nyawa. Sokong #GEG ♬ original sound – Khairykj

Selain itu:  Cara Atasi Masalah Kamitetep. Awas, Serangga Ini Boleh Rosakkan Pakaian!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI