Selain mengambil suntikan vaksin sebagai salah satu cara menjaga kesihatan diri disebabkan pandemik Covid-19, kita juga sangat digalakkan untuk mengambil suplemen.
Bukan saja orang dewasa tetapi kanak-kanak juga antara golongan yang perlu dilindungi untuk mencegah dan mengelak terkena serangan virus ini.
Antara vitamin paling sesuai diambil adalah Vitamin C. Namun begitu, sebelum membeli Vitamin C kita sebagai ibu bapa perlu kenal pasti vitamin bagaimana perlu dipilih.
Perkongsian Doktor Wan Asmara di laman Tiktok @DrWanAsmara memberitahu cara betul pilih vitamin untuk kanak-kanak.
Pastikan No Sugar
Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C pertama sekali perlu pastikan no sugar atau memang betul-betul free sugar.
IKLAN
Jangan tertipu kerana ada kalanya pembuat vitamin akan tulis dalam perkataan lain seperti Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi yang membawa maksud ia adalah gula.
Kandungan gula ini sangat tidak bagus diambil yang boleh menyebabkan budak jika makan menjadi lebih nakal.
Elakkan Ambil Yang Ada Pewarna Tiruan
Selain itu, jangan ambil Vitamin C yang ada kandungan pewarna tiruan. Walaupun ditulis di situ oren, sebenarnya bukan daripada buah oren tetapi pewarna Tartrazine atau guna kod tertentu digunakan.
IKLAN
Kalau ada kandungan ini sebenarnya tidak bagus ini kerana jika budak berusia bawah 12 tahun makan (yang mengandungi Tartrazine), akan jadi lebih nakal walaupun sudah makan vitamin.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan jika mahu membeli Vitamin C pastikan tidak ada benda ini dan juga kalau boleh jangan ada kandungan gluten.
Kita sangat digalakkan untuk bersikap jujur apabila mahu bertemu doktor agar tidak berlaku sebarang masalah.
Misalnya perkongsian seorang Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim yang berdepan pengalaman seorang pesakit tidak memberitahu sejarah kesihatannya ketika datang membuat rawatan.
Pesakit yang mahu mencabut gigi tidak memberitahu mempunyai penyakit berjangkit menyebabkan dia mengalami pendarahan tanpa henti.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya
Datang ke klinik dengan tuala penuh berdarah, lepas cabut gigi
Setelah selesai sesi staff mengemas klinik di pagi hari. Tiba – tiba datang sepasang suami isteri. Si isteri menekup mulut dengan tuala, penuh berdarah sampai kena pada tudung dan bajunya.
Staff : Encik, kenapa dengan isteri encik?
Suami pesakit : Semalam pergi cabut gigi di klinik X tapi daripada malam tadi darah tak berhenti.
Staff : Boleh beri kad pengenalan isteri encik? Isteri encik ada masalah kesihatan? Contoh asma, darah tinggi, kencing manis, jantung, penyakit berjangkitatau apa – apa yang saya tak sebutkan?
Suami pesakit : Tiada, dia sihat saja..
Staff : Ok..tunggu sekejap. Saya panggil doktor.
Staff terus memanggilku dan menceritakan keadaan pesakit penuh berdarah itu. Aku bergegas ke bilik surgeri dan memanggil pesakit.
—————————————————————————–
Aku terus memeriksa pesakit, membersihkan dan mengawal hentikanpendarahan. Selepas darah berjaya berhenti, aku mula bertanya.
Doktor : Cabut gigi di mana? Ada tak mereka beri arahan selepas cabutan?
Suami pesakit : Di klinik X, doktor mereka ada beritahu arahan selepas cabutan.
Doktor : Puan ada berkumur atau meludah ke?
Pesakit : Ya doktor. Sebab saya tak selesa. Rasa berdarah.
Doktor : Puan ada usik-usik seperti cungkil bekas cabutan gigi ke?
Pesakit : Ada doktor..
Doktor : Sepatutnya puan tak boleh berkumur atau meludah. Apalagi cungkil tempat lepas cabut gigi. Puan ada masalah kesihatan ke?
Rupanya setelah ditanya ada masalah kesihatan sebelum melakukan rawatan cabut gigi
Aku masih tidak puashati, lalu aku gasak lagi dengan soalan.
Doktor : Betul ni puan tak ada masalah kesihatan? Tapi, kenapa berdarah teruk sangat ni?
Pesakit : Sebenarnya doktor..saya carrier hepatitis B.
Doktor : Kenapa tak bagitahu? Dekat depan staff saya dah tanya, puan kata tak ada. Tak adil la bagi kami kalau puan tidak bagitahu. (suara ku agak tinggi)
Pesakit : Maaf doktor.
Doktor : Doktor yang cabut gigi awak tu tahu tak yang awak ada hepatitis B?
Pesakit : Tak tahu.
Doktor : Puan tak adil. Kesian pada mereka.
Lalu aku menerangkan kesan jangkitan penyakit nya pada perawat klinik gigi.
Setelah darah sudah berjaya di kawal, aku meminta pesakit tunggu di luar.
Jika tuan dan puan ada masalah kesihatan yang boleh berjangkit, tolong beritahu pihak klinik. Jangan aniaya orang yang bekerja di klinik.
———————————————————————-
Gambar sekadar hiasan.
Kena beritahu doktor jika adalah masalah kesihatan, jangan sembunyikan kerana boleh bahayakan petugas kesihatan dan diri sendiri
Sesetengah pesakit akan menyembunyikan sakit yang dihidapi kerana takutkan stigma, atau juga kerana bimbang doktor akan mengelak untuk merawat sekiranya doktor tahu mereka menghidap penyakit berjangkit. Jangan risau.
Tugas doktor memang untuk merawat anda. Cuma, sekiranya kita tahu anda ada penyakit berjangkit, sekurang-kurangnya kita mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam kawalan infeksi.
Jadi, jangan sekali-kali berbohong atau menyembunyikan riwayat kesihatan anda. Anda mungkin membahayakan diri anda sendiri dan petugas kesihatan yang merawat anda, juga orang lain. Beritahu riwayat kesihatan SEBELUM sebarang rawatan, BUKANNYA Semasa dan Selepas.
Selain untuk doktor dan anda, doktor gigi juga mungkin perlu melakukan langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan kepada pesakit-pesakit lain.
Contohnya letak temujanji sebagai pesakit terakhir untuk hari itu, atau rawatan dibuat di bilik khusus (jarang berlaku). Ini semua untuk kawalan infeksi sahaja. Selain itu, rawatan dan layanan terhadap penghidap penyakit berjangkit sama saja seperti pesakit lain. Cuma, maklumkanlah.
Ya. Kita ada kawalan infeksi untuk semua pesakit. Tapi sekiranya kita tahu anda menghidap penyakit berjangkit tertentu, maka langkah lebih berjaga-jaga akan diambil.
Kita bukan mahu mendiskriminasi anda setelah mengetahui penyakit yang anda hidapi.
Tidak semua orang yang menggemari buah betik. Jika diberi pilihan, pasti ramai akan memilih pisang, tembikai atau buahan tropika lain berbanding betik.
Tetapi sebenarnya betik juga mempunyai banyak khasiat. Selain sedap dibuat pencuci mulut, ada juga yang makan betik separuh masak dengan cicah bersama asam.
Ini antara khasiat betik jika diambil secara konsisten. Jadikan sebagai hidangan pencuci mulut kerana buahnya yang lembut sedap untuk dimakan dan manis secara semulajadi.
Khasiat Betik Yang Ramai Tak Tahu
1. Awet Muda
Buah betik kaya dengan vitamin C yang mana ia mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit yang mampu menyebabkan masalah kulit seperti kedutan dan kulit kering. Di samping itu, vitamin C turut mampu melindungi dan mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan.
2. Atasi Masalah Sembelit
Buah betik jika dimakan ia mampu membersihkan dan melancarkan laluan penghadaman yang mana ia mampu mengelakkan seseorang daripada terkena sembelit. Pada masa sama, buah betik juga mampu memulihkan fungsi-fungsi yang terganggu akibat sembelit.
3. Menerangkan Penglihatan
Kandungan vitamin A dalam betik mampu memberi nutrien pada mata. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan seseorang mengalami rabun malam.
4. Mengubati Tumit Pecah
Jika anda mengalami masalah tumit kaki yang pecah, gunakan buah betik untuk merawatnya. Ambil buah betik muda dan belah tengah. Ambil getahnya dan sapukan pada bahagian tumit yang pecah.
Ini antara khasiat buah betik yang baik untuk kesihatan dan juga merawat masalah kulit. Semoga bermanfaat buat semua.
Bukan sekali dua tetapi rupanya si kecil ini kerap mengalami beberapa gejala seperti susah bernafas, bersin dan badan berbintik-bintik tanpa mengira waktu.
Dek kerana risau keadaan ini berlarutan, sebagai ibu usahawan Tya Arifin segera membawa anaknya, Arif Jiwa mendapatkan rawatan dengan melakukan ujian alergik kulit di sebuah pusat perubatan swasta.
Setelah dibuat beberapa ujian, tahulah dia bahawa anak lelaki kesayangannya itu rupanya alergik pada debu.
Berkongsi di laman Instagram mengenai info ini Tya memberitahu anak lelakinya itu kerap alami masalah susah bernafas, bersin dan badannya pula tumbuh bintik-bintik merah.
Alhasil, Arif memang allergic DEBU / Dusk. Kena selalu liat 1. Kebersihan carpet, bantal, langsir. 2. Kena tukar 5-7 hari sekali 3. Bantal setiap hari dijemur panas atau dicuci. 4. Elakkan tempat berkarpet.
Jadi ibu ibu pastikan kenali punca sebenar, dah kasihan Arif selama ini kena menahan makan coklat cheese etc ternyata debuuu je.