Jika anda pernah jumpa serangga ini dalam rumah, anda kena ambil tahu cara atasi masalah Kamitetep!
Pasti anda pernah terjumpa kepompong seperti biji kuaci ini tetapi permukaan badannya kelihatan berpasir.
Awas, serangga ini adalah sejenis serangga perosak yang bertukar menjadi kupu-kupu setelah dewasa dan kelihatan menarik namun amat merbahaya kepada manusia!
Cara Atasi Masalah Serangga Kamitetep. Awas, Binatang Ini Boleh Rosakkan Pakaian!
Serangga ini dikenali sebagai kamitetep atau nama saintifik seperti yang dinyatakan dalam Wikipedia adalah Phereoeca Uterella yang dikatakan berbahaya jika ia membiak di kawasan rumah kerana serangga ini memakan fabrik untuk meneruskan kehidupannya.
Biasanya, serangga ini akan ditemui di dalam rumah di bawah timbunan pakaian yang lama atau pun di dalam almari pakaian, kain atau baju. Kalau anda menjumpainya di rumah, lebih baik anda menghapuskannya segera sebelum pakaian anda rosak.
Ads
Kain atau fabrik yang menjadi kesukaannya adalah seperti sutera, kain yang berbulu dan juga kadangkala rambut manusia juga menarik perhatian dan minatnya.
Apabila anda digigit kamitetep, kulit anda akan menjadi gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan. Agak sukar untuk menghilangkan kegatalan itu dengan cepat.
Cara Atasi Masalah Serangga Kamitetep
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk anda mencegah dan membasmi serangga ini daripada terus membiak di dalam rumah anda. Anda wajib hapuskan serangga ini kerana dikhuatiri akan merosakkan semua pakaian anda di rumah.
Ads
1. Wajib memastikan ruang simpan baju atau almari pakaian anda tidak lembab.
2. Jagalah kebersihan kawasan rumah terutamanya habuk yang banyak dan barang-barang yang tidak digunakan lagi.
3. Anda perlu memastikan pakaian yang dibasuh betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam almari atau tempat simpanan pakaian.
4. Jika anda menyedari kehadiran kamitetep, adalah wajib untuk anda melakukan pembersihan dan penyelenggaraan di seluruh ruang dan hapuskan segera serangga tersebut.
5. Bersih sarang labah-labah atau dipanggil juga sebagai sawang yang terdapat di dalam rumah. Sawang juga dikatakan amat disukai binatang unik dan kecil ini.
Ketika mahu membasmi serangga kamitetep ini, disarankan tidak menggunakan tangan kerana dikhuatiri akan meninggalkan rasa gatal dan sukar untuk dihilangkan.
Jadi, berhati-hatilah dengan makhluk perosak ini sebelum ia menjadi lebih banyak dan menghuni di dalam rumah anda. Apa yang penting anda perlu jaga kebersihan rumah, sapu debu dan sawang untuk mencegah serangga ini terus membiak!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak jaga kecantikan kulit wajah bukan sahaja daripada produk penjagaan kulit yang sesuai, tetapi juga boleh menggunakan bahan dapur seperti cuka epal.
Selain sebagai salah satu bahan untuk penambah perisa makanan, sebenarnya cuka epal juga boleh bermanfaat untuk mencantikan wajah dan kekal awet muda.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Fyza Syah memberitahu tentang lima manfaat hebat cuka epal pada kulit wajah. Dan katanya lagi cuka epal ini wajib ada sebagai simpanan di rumah untuk pelbagai kegunaan.
Menurutnya, bukan sahaja berperanan sebagai penyegar wajah, tetapi juga untuk mengurangkan masalah minyak di muka dan juga turut berfungsi menghilangkan kedutan di wajah.
Selain itu, cuka epal juga boleh menjadi masker untuk menghilangkan jeragat yang ada di wajah. Tetapi hanya boleh dilakukan dua kali seminggu sahaja.
Toner penting untuk imbangkan tahap ph kulit kita. Kalau tak seimbang, jerawat senang nak naik. Kulit kita ni sedikit berasid, untuk halang kuman dari membiak.
So sepadan dengan kandungan cuka epal yang ada beta karotena dan berasid, bagus untuk seimbangkan balik ph kulit muka. Sekali gus dapat matikan kuman jerawat. Korang yang ada masalah jerawat boleh cuba buat cuka epal sebagai toner.
Jerawat dan kulit berminyak sangat berkait rapat. Untuk elak jerawat suka bertandang, kulit wajibulghunnah bebas minyak yang berlebihan. Guna kapas muka lepas tu sapu je kat seluruh wajah.
Kemudian, baru bilas dengan air. Rajin amal camni, korang akan rasa minyak setangki kat muka makin kurang. Opkoz lah pakej jerawat sekali angkat kaki.
Jangan tak tau yang cuka epal ni mampu buat kulit muka kembali muda. Mana taknya, garis kedutan pon boleh hilang tau.
Tak payah dah nak spend duit beratus ratus untuk kesan awet muda. Asalkan korang rajin je sapu cuka epal kat muka. Guna kapas, pastu bilas macam biasa dengan air
Kenkadang kita tak sedar ada racun yang terperangkap kat dalam kulit kita. Bila dibiar lebih lama, tu yang kulit pon tetiba meletuskan jerawat batu nanah semua tu. Sedangkan kita tak pernah amik tau yang kulit kita rupanya penuh ngan racun.
Untuk korang yang pernah salah produk ker, pernah terjebak dengan produk berkimia tinggi, kuat bermekap, haaa ni la solution nye.
Detoks kulit korang dengan cuka epal. Buat secra mingguan je. Nak campur dengan masker lumpur pon bagus jugak. Amal selalu kulit bersih dan muda.
Jeragat ni isu kulit paling susah nak selesaikan. Ada yang guna laser, ada yang makan suplemen ada yang sapu krim yang kuat bahan dia untuk hilangkan jeragat.
Tapi korang yang ada masalah jeragat tu cuba lah juga dengan buat masker dari cuka epal ni. Guna kapas muka yang dah direndam jap dalam cuka epal, pastu tepek atau sapu kat muka. Lepas 30 minit, bilas balik dengan air. Yang ni kena rajin buat 2 kali seminggu. Dalam sebulan setengah dah boleh nampak beza.
Wajib ada tau cuka epal ni. In case tetiba kulit muka mengada naik ruam ke apa, boleh tenyeh je ngan kapas celup cuka epal ni.
Pastu bilas la balik. Memang gatal kurang taw. Alaaa, murah je seketul cuka epal ni. Lagi mahal buah epal
Okay lah, kalau suka dan bermanfaat, #SHARE je. Mana tau, ramai nak cuba kan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suka tengok gigi Faezah Elai, tersusun cantik putih bersih. Ini mampu menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain.
Salah satu punca gigi menjadi kekuningan pun sebab kerap pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Jadi anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh pelakon Nor Faezah Md Elai,39 atau lebih dikenali Faezah Elai apa yang diamalkan setiap kali ambil minuman kafein seperti teh dan kopi bagi memastikan giginya kekal putih bersih.
Menurut pelakon ini, dia tidak menggunakan rawatan gigi seperti Veneer pun untuk mendapatkan gigi yang sihat, putih bersih. Sebaliknya menggunakan penyedut minuman (straw) setiap kali minum minuman berkafien seperti kopi dan teh dengan suhu air yang tidak terlalu panas.
“Pasai apa putih? Sebab when I drink tea or coffee, I will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi. Tak pecaya? Try sendiri..it works!
Kalau ayaq panaih tak payah straw! I dont really drink ayaq panaih. Kalau nak minum jugak suka hati hang lah! I drink teh tarik also I use straw. Tak dak masalah aihh!! Sunnah pun kata jangan makan or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih. Paham dak?
Jadi kalau nak pastikan gigi putih bersih, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Faezah Elai ini, guna straw jika nak minum minuman berkafien.
Berapa kerap anda menukar gincu, bedak padat, pemerah pipi dan krim pelembap? Sesetengah pengguna menunggu hingga produk habis sebelum membuat keputusan membeli yang baru.
Namun, bagi yang jarang bersolek atau tidak mempraktikkan rejim kecantikan rutin, produk dibeli boleh digunakan hingga bertahun.
Jangan terkejut, sekiranya anda dinasihatkan mengganti produk lebih cepat dari tarikh luputnya.
Pakar kecantikan dari Hairtrade.com., Joanne Dodds mendedahkan, tempoh masa yang sesuai dan tepat untuk anda membeli produk baharu kosmetik kegemaran.
Joanne mengesyorkan, span solekan diganti setiap bulan manakala sesetengah minyak wangi boleh bertahan sehingga sepuluh tahun jika dijaga dengan betul.
Katanya, alat solek berkualiti selalunya menawarkan harga yang tinggi, sekali gus membuatkan pembeli menggunakannya hingga ke tarikh luput.
Namun, pakar kecantikan itu memandangnya sebagai tindakan mengundang padah, berikutan membawa pelbagai masalah kesihatan akibat jangkitan bakteria, cela wajah, radang kulit dan sebagainya.
Ia tetap berlaku, meskipun anda tidak pernah culas membersihkan berus mekap dan span.
Maskara pula katanya, perlu diganti genap empat hingga enam bulan selepas menggunakannya.
Joanne menegaskan, pengguna perlu peka tempoh hayat sesuatu produk selain jangan sayang membuangnya menjelang tarikh luput produk itu.
Beberapa produk lain turut dikemukakan Joanne untuk dipertimbangkan dibuang meliputi;
“Span bercampur kegunaan sepatutnya diganti selepas sebulan digunakan dan dibersih dengan pencuci muka selepas setiap penggunaan,” katanya Joanne.
Katanya, sebab lain span perlu ditukar termasuk sudah comot, koyak dan berderai tanpa sebab selain warnanya berubah pudar.
“Disebabkan berhubung terus dengan mata, had penggunaan maskara sepatutnya tidak melebihi tempoh tiga bulan,” Joanne memberi amaran.
Katanya, larangan berkenaan bertujuan mencegah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan kerengsaan pada mata.
“Sebab itu, kebanyakan label di maskara menetapkan tempoh penggunaannya hanya sekitar empat hingga enam bulan sahaja,” katanya.
Tabiat membuka tutup berus maskara, mengepam masuk udara ke dalam tiub yang bukan saja menyebabkan maskara kering bahkan pencemaran bakteria.
Justeru, sewaktu memasukkan kembali berus maskara ke tempatnya, pastikan ditutup ketat bagi mengelakkan gelembung udara terperangkap di dalamnya.
“Sebaiknya, buang segera maskara yang kering dan mengalami perubahan warna, tekstur dan bau,” katanya.
Produk krim boleh bertahan cuma sekitar enam bulan kerana kandungan pelembap di dalamnya mampu membiakkan pertumbuhan bakteria.
“Amati dan kenal pasti sekiranya ada kulat, berbau dan warna kekuningan. Segera buang sekiranya krim itu nampak pelik,” kata Joanne.
Tempoh hayat bagi penggaris mata berbentuk cecair adalah enam bulan namun yang lebih membimbangkan, produk ini dikatakan mudah terdedah kepada bakteria.
Pensil celak boleh bertahan sehingga dua tahun dengan syarat, ia ditutup sempurna selepas digunakan. Mereka mengalami jangkitan mata, disyorkan tidak menggunakan pensil mata melebihi tempoh jangka hayatnya kerana dikhuatiri lebih menambah risiko jangkitan tidak diingini.
Bedak asas berbentuk krim dan cecair boleh bertahan sekitar enam bulan hingga setahun berdasarkan kandungan air, minyak dan ejen penghidratan yang membentuknya sekali gus memendekkan jangka hayat namun menambah kemunculan bakteria.
Bedak dalam bentuk serbuk kata Joanne, mampu bertahan sehingga dua tahun kerana lebih padu sekali gus menyukarkan bakteria membiak.
“Penting untuk pengguna ketahui bahan-bahan dalam bedak asas menggalakkan pembiakan kuman. Justeru, amalkan membaca label yang ditampal di belakang bedak selain buat catatan tarikh luput produk itu. Sebaiknya, cuci secara kerap perkakasan menyolek selain amalkan membersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang kosmetik,” beritahu Joanne.
Sebagaimana maskara, kerap membuka dan tutup penutupnya membawa udara masuk ke dalam tiub sekali gus menjejaskan kualitinya.
Beli baharu sekiranya pengilat bibir anda menunjukkan perubahan warna, tekstur mahupun ketebalannya.
Pengilat kuku antara produk tidak tahan lama. Sebaik penutupnya dibuka, ia akan berwap menyebabkan cecair pengilat itu menebal malah merekah.
Bagi mengelakkan cepat rosak, pastikan penutupnya sentiasa ditutup ketat setiap kali selepas digunakan.
“Buang segera penyamar noda yang dilihat sudah mengering, berubah tekstur, berketul, pecah serta merekah selain mengeluarkan bau tidak enak,” nasihat Joanne.
Penyamar noda yang sudah rosak katanya, bukan saja menyebabkan wajah kelihatan bercapuk bahkan menghalang anda memperoleh solekan sempurna.
Berbanding pemerah pipi dan bronzer mempunyai tempoh hayat yang lama, bedak masih kelihatan elok meskipun sudah melampaui tarikh luput.
Bagaimanapun, bedak berkenaan menjadi keras dan tidak membantu mendapatkan solekan cantik selepas tamat tempoh. Begitupun, anda boleh mengurangkan pencemaran bakteria dengan kerap membersihkannya selain tidak membiarkan ia terdedah kepada udara,
Namun, jangan simpan bedak yang penutupnya rosak, berkulat dan mengeluarkan bau pelik.
Gincu yang dijaga dengan baik mampu bertahan hingga dua tahun. Bagi memastikannya kekal elok, jangan sesekali meninggalkan gincu tanpa penutup dan sesekali, lap bahagian lapisan permukaan atas gincu yang berpotensi membiakkan bakteria.
Minyak wangi yang disimpan dengan baik kekal elok meskipun sudah melebihi tarikh luput. Syaratnya, elak menyimpannya di bilik yang panas, di bawah pencahayaan terik selain memastikan ia sentiasa ditutup selepas digunakan.
Tempat terbaik menyimpan minyak wangi adalah di dalam almari namun jangan alpa memerhatikan perubahan warnanya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.