Jika sebelum ini Perdana Menteri seolah memberi bayangan bagi mereka yang sudah menerima dos lengkap boleh diberi kebenaran untuk rentas negeri atau pergi ke negara tertentu.
Namun begitu, pakar kesihatan awam memohon agar kerajaan meneliti balik cadangan ini.
Ini adalah kerana menerima vaksin itu masih berisiko menjadi pembawa virus tidak bergejala, selain berpotensi membawa pulang mutasi baharu virus COVID-19 dari luar negara, yang berisiko menjejaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Perkara ini diakui oleh Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, yang berkata cadangan itu akan menjadi galakan untuk orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, katanya, penerima vaksin masih berisiko menyebarkan jangkitan, sekali gus mungkin menyebabkan individu lain yang belum menerima vaksin, dijangkiti wabak itu melalui mereka.
Gambar sekadar hiasan.
Ads
“Vaksin COVID-19 berfungsi melindungi penerimanya daripada mendapat penyakit yang serius, namun vaksin ini belum terbukti boleh mencegah penerimanya mendapat dan menyebarkan jangkitan.
“Ertinya, penerima vaksin masih berisiko mendapat virus itu dan menyebarkannya kepada orang lain, sekali gus memberi kesan kepada orang yang belum divaksin.
“Cadangan membenarkan penerima vaksin rentas negeri atau ke luar negara belum sesuai dilaksanakan kerana masih ramai individu belum divaksin, menyebabkan risiko jangkitan kekal tinggi, selain timbul isu ketidakadilan pada yang belum divaksin,” katanya kepada BH.
Ads
Dr Zainal berkata, cadangan membenarkan penerima vaksin ke luar negara, dibimbangi berisiko menyebabkan seseorang individu itu membawa pulang varian baharu virus COVID-19 ke Malaysia, yang bakal memberi impak kepada trend penularan pandemik itu di negara ini.
“Jika penerima vaksin tidak dikuarantin atau dikuarantin dalam tempoh terlalu singkat, dia berisiko dijangkiti dan membawa mutasi baharu. Harap cadangan ini tidak dilaksanakan secara umum, tetapi bersyarat,” katanya lagi.
Selain bersenam, pengambilan pemakanan juga penting bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak.
Dan kita sememangnya perlu seimbangkan makanan dari pengambilan sumber protein dan kalsium lain.
Dan bagi penggemar ayam, ada beberapa bahagian perlu dielak jika anda serius untuk diet.
Ini kerana sesetengah bahagian ayam mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, dan perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun bagi penggemarnya, masih boleh makan ayam, tetapi jangan selalu dan ambil bahagian dibolehkan saja.
Eh, ada tudung bawal mutiara Che Ta pula? Hah, kalau ikutkan ramai peminat tudung bawal sebab senang nak pakai dan bagi sesetengah orang dia rasa senang nak lilit.
Jadi kali ini anda boleh cuba tudung keluaran pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan pula.
Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, memperkenalkan keluaran tudung bawal terbarunya dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun TikTok nya.
Bukan kosong, malah siap ada mutiara tau! Terbaru, Che Ta tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial dan ini menarik perhatian golongan wanita.
Dalam rakaman video tersebut, Rozita menjelaskan bahawa tudung bertatahkan mutiara yang digayakannya itu dijual dengan harga mampu milik iaitu cuma RM25 sehelai.
Menerusi video yang berdurasi 51 saat, Che Ta berkata, “Macam RM250 tapi harga sebenar cuma RM25. Kita nak bagi semua orang cantik, semua orang pakai bawal Che Ta yang bertahtakan mutiara ni.”
Harga B40 Tapi Lawa
Melihat muatnaik tersebut, kaum hawa membanjiri ruangan komen hantaran Rozita dan memuji selebriti ini menjual produk dengan harga yang berpatutan serta kena dengan citarasa wanita.
“Terbaik, mantap Che Ta.”
“Lawa tudung. Harga B40 tapi lawa sangat.”
“MasyaAllah, love cik ta cantik tapi mampu milik.”
“Wow murah, cantik pula tu. Terima kasih Che Ta jual harga marhaen dapat lah beli untuk beraya.”
“Che Ta bagus tau, dia kalau jual mampu untuk rakyat”.
“Barang-barang cik ta semua mampu milik.”
“Cantik sangat Che Ta simple macam ni,” puji mereka.
“Murahnya boleh beli ni, nice nya.”
“Bagus Che Ta ni. Dia jual barang dia semua yang orang mampu beli. Cantik pula tu.”
“Menjual sambil bersedekah, terbaik Che Ta berkongsi rezeki.”
Memiliki tubuh badan yang gempal sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita. Golongan inilah dikatakan lebih terdedah kepada masalah atau mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah lain.
Namun tiada masalah seseorang itu berusaha untuk kembali menjalani gaya hidup sihat dan mendapat berat normal.
Seperti perkongsian lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg dengan menggunakan caranya sendiri tanpa mengambil sebarang produk.
Berkongsi di laman sosial Facebook Malaysia Runner, Fuad Darjat menceritakan pengalamannya menurunkan berat badan daripada 190 kg kepada 90 kg.
Lelaki ini berkata dia mula melakukan pelbagai cara termasuklah mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.
Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.
Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.
Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).
Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.
Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.
Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.
Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca
21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.
Fuad Darjat -190kg-90kg. -Bekas perokok tegar sehari 20 batang -Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan
Kulit muka cepat berkilat dan mekap mudah luntur? Ketahui 5 langkah efektif penjagaan kulit berminyak—daripada pemilihan pelembap yang betul hingga rahsia penggunaan Salicylic Acid—untuk wajah yang kekal segar dan bebas jerawat!