jerawat

Masalah jerawat yang sering datang tanpa diundang ada kalanya boleh menganggu emosi seseorang itu hingga boleh sebabkan hilang keyakinan.

Ada yang mengambil masa lama untuk sembuh, malah jika dibiarkan masalah jerawat kecil ini boleh menjadi breakout.

Lebih-lebih lagi jika salah menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai dengan kulit wajah.

Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.

Artikel Lain: Silap Pakai Boleh Ada Masalah Jerawat Nanah. Pakar Kulit Kongsi Jenis Pelembap Sesuai!

Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

Kedua, jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.

Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat jerawat paling berkesan adalah langkah yang betul.

Ada beberapa ubat jerawat yang didapati paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.

1. Nixoderm Ointment

Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat, tapi bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit.

Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi antikulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat.

IKLAN

Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan gatal kaki, eczema dan kurap kulit kepala.

Cara pakai anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut.  Kemudian, boleh sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya.

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

2. Himalaya Herbals Acne & Pimple Cream

Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan anda kurang keyakinan diri.

Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah ia juga boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah.

Selain itu:  Rajin Buat Rutin Penjagaan Wajah Sejak Dulu. Rahsia Awet Muda Pak Nil Walau Usia Cecah 59 Tahun!

Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree. Ia juga boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang ada mempunyai masalah jerawat.

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

IKLAN

Artikel Lain: Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah

3. Aiken Tea Trea Oil Pimple Cream

Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia).

Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas.  Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.

Lebih elok sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk kesan lebih sempurna.

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

4. Hiruscar Post Acne

Bagi yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.

Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat.

IKLAN

Mengandungi vitamin B3, Allantoin dan MPS (Mucopolysaccharide) yang boleh mengurangkan parut jerawat. Sekali gus boleh juga menghalang pembentukan parut jerawat baru.

Paling penting, anda boleh pakai mekap seperti biasa walaupun lepas guna produk ini. Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

5. T3 Pimple Gel Plus

Bagi yang mahukan ubat jerawat murah yang boleh didapati di farmasi, disarankan untuk cuba krim bentuk gel jenama T3 yang boleh mengecutkan jerawat degil.

Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide.

Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan.

Selain itu:  Berjaya Langsing Lepas 6 Bulan. Wanita Ini Dedah Rahsianya 'Cut Sugar' & Konsisten Berlari!

Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk  yang tak melekit ini mengandungi bahan antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. Untuk kesan yang terbaik, digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.

5 Krim Anti Jerawat Paling Berkesan Bajet Bawah RM30, Paling Senang Cari Di Drugstore

Artikel Lain: Salah Guna Produk Penyebab Breakout. Lepas 4 Bulan Berjaya Pulihkan Wajah Berjerawat!

Sumber: Productnation.co

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI