Hari ini kes jangkitan Covid-19 terbaru dikatakan telah turun ke angka 4 ribu lebih. Walaupun begitu, kita tidak boleh alpa atau leka denga situasi yang berlaku.
Masih perlu menjaga SOP Kendiri dan jangan keluar rumah jika tiada urusan yang benar-benar perlu.
Dan paling membimbangkan ketika ini adalah komplikasi yang dipanggil Long Covid. Apa itu Long Covid dan kenapa dipanggil dengan gelaran sebegitu.
Perkongsian ringkas tetapi padat dari Dr Samhan menjelaskan maksud sebenar perkataan ini.
Doktor, apa ke benda long covid ni?
Meh, saya nak cerita.
Sebelum tu nak kena faham dulu jangkitan covid ni ada 5 kategori.
Kategori 1: positif tapi takde gejala
Kategori 2: positif + ada simptoms tapi tak libatkan paru-paru
Ads
Kategori 3:positif + ada simptoms + ada jangkitan paru-paru
Kategori 4: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan
Kategori 5: positif + ada simptoms + jangkitan paru-paru + perlu bantuan pernafasan + kegagalan organ
Yang kita bimbang ada kategori 2,3,4 dan 5. Bila dah masuk ketegori ni, kemungkinan besar pesakit akan mengalami komplikasi covid yang di panggil LONG COVID!
Kenapa dipanggil Long Covid?
Ads
Mudah cerita begini. Pesakit covid dah sembuh tapi menanggung komplikasi covid yang berpanjangan.
Seperti batuk tak hilang-hilang. Hidung tersumbat. Lendir di tekak. Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.
Sakit-sakit tubuh tak hilang. Sakit perut berpanjangan. Selalu sakit dada. Sakit kepala yang amat. Ada yang sampai hilang ingatan. Ada yang mandul. Memang menakutkan!
Itulah realitinya.
Apa yang kita nampak setiap hari, angka kes positif dan angka kes sembuh. Tapi hakikatnya, berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long Covid. Siksa tau!
Sebab itulah kena ambil vaksin. Tujuan ambil vaksin bukan tak nak kena covid. Tetap ada risiko dapat jangkitan covid cuma tak masuk ke Kategori 2,3,4 dan 5.
Ads
Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long covid ni lebih menakutkan dari kesan sampingan vaksin. Itu kena faham.
Kongsikan info ini dalam group-group whatsapp kenapa pentingnya ambil vaksin untuk elak menanggung Long Covid yang amat menyiksakan.
Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan daripada darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.
Mengulas lanjut mengenai itu, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad ada hujahnya.
Katanya, buih dalam air kencing menunjukkan seseorang individu itu mempunyai banyak kandungan protein dalam air kencing.
“Antara puncanya adalah akibat mula mengalami masalah fungsi buah pinggang. Secara mudahnya ginjal mula rosak,” jelasnya.
Memperincikan lebih terperinci, ujar Dr Zubaidi, protein yang keluar ke dalam air kencing berlaku kerana proses penapisan yang dilakukan oleh struktur dalam ginjal tidak dapat melakukannya dengan sempurna, menyebabkan protein dalam darah dapat melepasi penapisan dan masukkan ke dalam untuk air kencing.
“Oleh itu, buih dalam air kencing adalah sesuatu yang agak serius jika individu itu bukan wanita hamil atau tidak dalam keadaan dehidrasi selain tidak mengambil suplemen minuman atau makanan yang mempunyai protein yang tinggi seperti daging atau produk tenusu,” kongsinya lagi.
Selain daripada tanda kerosakan buah pinggang, buih dalam air kencing juga boleh menandakan beberapa penyakit lain.
“Antaranya adalah jangkitan pada pundi kencing atau ia dikenali sebagai kencing kotor.
“Ini kerana kuman yang berada ke dalam pundi dan saluran kencing lalu melepaskan gas yang menyebabkan buih,” beritahunya
Selain kencing berbuih, seseorang yang mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing juga akan mengalami rasa sakit ketika membuang air kencing.
“Dehidrasi juga boleh menyebabkan kencing berbuih. Jika seorang individu itu melihat buih dalam air kencing dalam masa atau keadaan tertentu atau ia berlaku hanya sesekali maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
“Bagaimanapun, jika melihat air kencing berbuih setiap kali membuang air kecil, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut
.
“Ia kerana besar kemungkinan beliau mula mengalami masalah kerosakan buah pinggang (ginjal),” pesannya.
Kes jangkitan yang makin tinggi menyebabkan kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan menjaga SOP kendiri.
Kita juga sebenarnya boleh membuat pemeriksaan di rumah sendiri dengan mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi MySejahtera.
Pembelian ini boleh dibeli secara online denga hanya menekan butang berkenaan.
Walau bagaimanapun pengguna perlu update dulu MySejahtera sebelum pembeli dan melakukan kit ujian kendiri Covid-19 ini sendiri di rumah bagi yang mengalami gejala ringan.
Kepada semua pengguna, kami telah menambahbaik aplikasi MySejahtera dengan ciri-ciri tambahan sejak pagi ini.
Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi terbaharu. Tutup dan buka semula aplikasi ini selepas mengemaskininya untuk mendapatkan paparan ciri-ciri terbaharu ini.
Sebelum itu kita semak dulu gejala yang perlu dambil kira sebelum melakukan pemeriksaan ini.
Menyentuh tentang perihal gejala, Public Health Malaysia baru-baru ini menyenaraikan kembali simptom yang bakal dihadapi oleh seseorang dalam empat keadaan iaitu:
1. Kumpulan yang belum divaksin
Sakit kepala.
Sakit tekak.
Hidung berair.
Demam.
Batuk berterusan.
2. Kumpulan yang sudah divaksin dengan satu dos
Sakit kepala.
Hidung berair.
Sakit tekak.
Kerap bersin.
Batuk berterusan.
3. Kumpulan yang sudah divaksin dengan dua dos
Sakit kepala.
Hidung berair.
Kerap bersin.
Sakit tekak.
Hilang deria bau.
Gejala ringan baharu akibat varian delta
Cirit-birit.
Muntah.
Sakit sendi.
Sakit tekak.
Letih dan tidak bermaya.
Sakit kepala berpanjangan.
Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri Covid-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Katanya, jika keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.
KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) memberi kelulusan bersyarat kepada tiga jenis kit ujian kendiri Covid-19 untuk dijual dan diguna di negara ini.
Kit-kit itu ialah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19 buatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate®️ Covid-19 buatan Korea Selatan dan Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.
Tidak dinafikan lebih menyakitkan bila seseorang diserang demam, lengkap dengan pakej batuk dan selesema.
Keadaan ini akan membawa kepada masalah sesak nafas dan menjadikan pernafasan tidak lancar.
Apatah lagi jika batuk mengeluarkan kahak dan mengambil masa berhari-hari untuk pulih.
Jika anda telah mencuba pelbagai cara memulihkannya, tetapi tidak berhasil, apa kata anda cuba cara lain dikongsi pengguna media sosial.
Ini adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang memberikan sata penyelesaian kepada masalah batuk berkahak.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambilsebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.