Sebelum ini kita mendengar pengalaman selebriti lain yang turut disahkan positif Covid-19.

Namun bagi Marsha, pengalamannya menjentik rasa sebak kerana sebelum itu dalam kesedihan disebabkan kehilangan bapa mertua Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60 tahun pada 10 Syawal lalu.

Walaupun dikatakan bapa mertua meninggal dunia disebabkan Covid-19 tetapi menurut Marsha pula sebaliknya.

Malah dia masih lagi sensitif kerana baru saja kehilangan arwah turut berkongsi bahawa ayah mertua  disahkan bebas jangkitan Covid-19 sebelum meninggal dunia.

Bagaimanapun, kesan virus tersebut telah merosakkan organ-organ di dalam badan arwah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat survive.

Tambah Marsha lagi buat masa ini dia masih lagi dalam fasa mengembalikan semula semangat dan emosi yang hilang setelah disahkan positif Covid-19.

“Bagi melawan jangkitan berkenaan prosesnya memerlukan semangat dan pemikiran yang positif memandangkan virus ini tidak mempunyai ubat khusus.

“Mengenai keadaan kesihatan suami dan ahli keluarga yang lain juga ok. Kami banyak mengisi masa dengan aktiviti kelas mengaji dan tahlil bersama ahli keluarga sahaja.

“Begitu juga diri saya sendiri yang mana semakin hari semakin baik berbanding hari pertama dimaklumkan positif Covid-19 dan fasa ‘bertarung’ dengan virus terbabit.

IKLAN

“Mental pun okey cuma kini saya ekstra berhati-hati dan menjaga SOP kerana difahamkan sekiranya bekas pesakit Covid-19 terkena jangkitan kali kedua, maka berganda risikonya.

“Saya dah lalui situasi itu dan ia amat sengsara. Sukar untuk saya menterjemahkan dengan kata-kata kerana lain orang, lain simptomnya.

“Pengalaman peribadi, Covid-19 telah menganggu paru-paru dan sistem pernafasan saya termasuk mengalami batuk teruk tanpa henti,” katanya yang turut sebak melihat frontliner yang memakai sut PPE tetap tersenyum walaupun dalam keadaan keletihan.

Itu antara pengalaman sepanjang menjalani rawatan di hospital selain melihat keadaan di sana begitu padat hingga katil tidak mencukupi manakala jumlah pesakit di ICU (Unit Rawatan Rapi) pun penuh.

Selain itu:  Program Imunisasi Covid-19 Dah Bermula, Tapi Wanita Mengandung & Susukan Bayi Kena Tangguh Ambik. Ini Sebabnya!

Lebih menyayat hati melihat bayi berusia 40 hari juga dimasukkan ke wad.

Dan kini walaupun telah sembuh namun bagi Marsha tiada istilah pasca Covid-19 selepas dijangkiti virus ini.

IKLAN

“Segelintir indvidu mungkin berpendapat selepas sihat, maka saya sudah bebas sepenuhnya.

“Jawapan, tidak. Tubuh badan tidak akan sama seperti sebelum ini. Saya mudah penat, apatah lagi ketika menyanyi rasa tersangkut-sangkut.

“Doktor pun sarankan supaya mengawal paru-paru agar tidak bekerja berlebihan dan menangguh sebarang aktiviti nyanyian buat masa ini sehingga badan stabil.

“Mungkin proses penyembuhan mengambil masa antara satu hingga tiga bulan bergantung pada antibodi.

“Alhamdullilah, setakat ini saya dah boleh ke sana dan ke sini. Bahkan, turut melakukan senaman dan menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi memastikan badan khususnya paru-paru bertambah baik,” jelasnya lagi.

IKLAN

Sebagai bekas pesakit Covid-19, Marsha juga turut mengambil tanggungjawab untuk memberikan kesedaran.

“Jangan ambil ringan apabila mengalami simptom tertentu. Semasa bergejala, saya ingatkan anxiety kerana dada berasa terlalu sakit umpama ditindih manakala bahagian kaki dan tangan pula kebas.

“Maka, saya segera bertindak mengasingkan diri dan menjalani ujian calitan Covid-19. Sekali lagi, jangan bersikap sambil lewa apabila mengalami gejala.

“Segera rujuk doktor. Pada masa sama, terus kekal menjaga SOP,” pesannya sebelum mengakhiri temubual bersama SinarPlus.

Artikel Berkaitan:

Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!

Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Kalau ‘Self Quarantine’ Di Rumah, Sebelum Dipanggil KKM Elak Virus Merebak

Selain itu:  Jangan Buang Kulit Pisang. Diy Masker, Bajet Murah Kulit Gerenti Cantik!

“You Look So Stunning …” – Menggayakan Pakaian Kebangsaan Sweden, YAM Che Puan Sofie Dapat Pujian Netizen

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI