Terpesona melihat air wajah anak perempuan, Natasha Hudson yang semakin dewasa, sama cantik macam ibunya. Manis!
Ramai pun warga maya yang memuji usai melihat gambar yang dimuat naik oleh pelakon berkenaan menerusi media sosial miliknya.
Natasha Hudson Dan Neesa Helena Macam Sebaya
Dalam perkongsian tersebut, Natasha berkongsi gambar bersama anak perempuannya, Neesa Helena yang merupakan anak sulung beliau menerusi perkahwinan terdahulu bersama Datuk Shahrin Zahari.
Sekadar makluman, itu merupakan perkahwinan kedua beliau yang hanya mampu bertahan dua tahun sahaja.
Ads
Siapa sangka, kini anak perempuannya itu sudah besar dan semakin cantik. Pastinya mewarisi kejelitaan ibunya itu yang sehingga kini tetap anggun dan awet muda.
Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.
Kedua-dua beranak itu bergambar menerusi satu iklan sebuah produk kecantikan.
Ads
Rajin Jaga Wajah
Pernah berkongsi tentang penjagaan kulit wajah, Natasha Hudson suka buat masker menggunakan khasiat tanah liat yang mampu memberikan manfaat buat penjagaan kulit yang mungkin ramai tak tahu.
Selain Neesa, pelakon berkenaan turut dikurniakan dua lagi cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya yang ketiga iaitu Naeema Kalila dan Fatimah.
Ads
Kedua-dua beranak itu bergambar menerusi satu iklan sebuah produk kecantikan.
Malah kalau ikuti laman Instagramnya, pelakon dan model wanita ini selalu berkongsi set penjagaan wajah terbaik yang biasanya selamat untuk kulit wajah. Lebih kepada organik dan menggunakan bahan semula jadi.
Untuk rekod, Natasha kini sedang hamil hasil perkahwinan bersama Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu berat badannya mencecah 89kg dan kini sudah turun kepada 75 kg di mana berjaya melenyapkan 14 kg dalam masa setahun. Tambahnya lagi diawal-awal dulu berat cecah 69kg sahaja.
Walaupun bulan puasa, tetapi tidak menjadi masalah buat penyanyi berusia 21 tahun ini untuk kekal berdisiplin menjaga diet pemakanannya.
“Sebenarnya saya amalkan pemakanan dengan mengurangkan gula dan jaga waktu pemakanan. Biasanya malam memang saya tidak makan.
“Tetapi apabila bulan Ramadan, sebenarnya lagi membantu diet saya sebab waktu makan cuma sekali sahaja.
“Biasanya kalau saya nak makan dalam pukul 10 malam ke atas pun saya hanya ambil makanan seperti bubur sahaja,” kata anak kepada Raja Pop Datuk Jamal Abdillah.
Siapa kata kalau mempunyai penyakit tak boleh melakukan sebarang diet. Sebenarnya tidak ada yang mustahil asalkan ada usaha seseorang itu untuk memastikan mendapat berat ideal seperti diimpikan.
Seperti perkongsian wanita ini, yang menghidap arthritis tetapi mampu mengamalkan diet dengan dipantau oleh physio dan trainer terlatih.
Menurutnya dia menhidap penyakit ini disebabkan kesan berat badan dialami sebelum itu.
Setelah mengamalkan apa disaran, dia berjaya melenyapkan 10 kg dalam masa 3 bulan secara diet santai.
Ayuh, ikuti perkongsian Sheila Jamal di laman sosial Facebook Diet Suku-Suku Separuh.
Sifu saya ada menjelaskan….(pakar teknologi pemakanan & blogger laman kesihatan)
Diet ini sendiri bermaksud membina tubuh badan..(bukan sekadar untuk kurus..)
Analoginya untuk lebih mudah faham,
‘Jika kita membina sebuah rumah, dengan menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti, hasilnya rumah tidak akan kukuh.. retak, dan boleh roboh.. ‘
Jika kita bina dengan bahan binaan yang berkualiti, insyaAllah rumah akan terbina cantik, kukuh dan insyaAllah tak mudah roboh’
Sama lah juga seperti tubuh badan kita, jika kita mengambil pemakanan yang lebih berkualiti, yang lebih sihat.. seimbang. InsyaAllah badan kita akan kurus dengan sihat… dan tidak mudah mendapat penyakit.. tubuh kita akan berterima kasih kepada kita.
Apalah maknanya kurus, bodyfat rendah… tapi kolesterol plak tinggi…bacaan gula pun tinggi.. dan akhirnya mendapat penyakit NCD spt darah tinggi, kencing manis, asthma, jantung.. strok…dll.. gerd , gastrik pun punca pmakanan.. dan akhirnya boleh mndapat anxiety…
Saya bukan pengamal eat clean, makanan saya pun tidak semuanya ‘clean’ tapi jika diberi pilihan, saya enjoy memilih makanan yang saya rasa saya perlu mengikut limit yang telah disarankan.
Makan ikut AMDR bgi keperluan makro, makan ikut keperluan kalori… makan ikut limit bersesuaian dengan kadar keaktifan saya seharian.. begitu juga dgn garam, gula.. semua kena kawal..
Buat full check up ‘cvd screening’ di klinik kesihatan/private..alhamdulillah semua line normal… tiada yang sangkut
Diet suku suku separuh = Pinggan Sihat Malaysia
Maka, pilihlah makanan yang lebih sihat
Pastikan snacking anda pula bagaimana.
AKAN TETAPI, jika ada yang tidak mampu untuk melakukannya @ stress, boleh la makan mengikut kawalan kalori. Makan apa yang ada, slowly but surely.. biasa dengar kan? Tetapi tetap juga kena kawal, ya kurus tetap kurus, tapi sihat pun menjadi keutamaan dalam diet kita.
Berjaya 65kg ke 52kg. Migrain hilang, sakit lutut berkurang. Bodyfat 22% pling rendah boleh capai ( 21 % blum pnh cecah lg..)
Otw for lean… bukan mudah ni.. but still ok <30%
insyaAllah akan ikut kata my trainer nnti…
Visceral fat- healthy. Lolesterol – normal. Gula – normal
***Walau begitu, saya pngidap arthritis yang perlu dipantau oleh physio dan trainer kerana sakit yang diperoleh effect berat badan dulu.. jadi, hati-hati ya kawan-kawan… mana yang sakit lutut sekarang akibat obes, turunkanlah berat badan segera..jangan buat senaman yang tidak bersesuaian dengan berat badan anda.. sharing yang perlu di share atas pengalaman.**
**Bukan soal turun berat, tapi soal bolehkah maintain?
**Bukan soal kurus, tapi soal bolehkah sihat?
Walaupun saya mengajar orang, tapi saya tetap ada sifu, tetap ade trainer lagi…
Ilmu itu luas… walau kita tahu banyak perkara, orang lain lebih banyak tahu ..semakin kita belajar semakin kita tak tahu..
Kita hanya ikhtiar, jika nak dapat sakit, itu ketentuaNya..
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.