Tidak dinafikan walaupun ada pesakit positif yang sudah sembuh daripada jangkita Covid-19, tetapi ada juga yang masih mengalami masalah pernafasan.
Selalunya bagi mereka yang mengalami jangkitan tahap 4 dan 5. Mereka ini pastinya sebelum itu mengalami masalah sesak nafas dan ada yang membawa maut.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia ada memberitahu cara paling baik untuk memulihkan semula paru-paru.
Caranya dengan berlatih menggunakan mesin spirometer yang boleh membantu proses pemulihan Covid-19.
Ini adalah bagi menguatkan otot pernafasan. Alat ini mudah dan mampu milik, jadi diingatkan untuk tidak berkongsi dengan orang lain bag elak risiko jangkitan.
Ads
Paru-paru organ yang penting. Ia menyedut oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Tanpa paru-paru, seluruh organ akan rosak.
C19 melumpuhkan dan merosakkan paru-paru kita. Kerosakannya ada yang tidak kekal dan ada juga yang kekal.
Jika terkena penyakit ini, kita semua ingin kembali kepada aktiviti sebelum ini tanpa masalah seperti semput, sesak nafas dan kurang stamina.
Ads
Jadi, adalah penting untuk paru-paru kita kembali kepada keadaan asal seperti sebelum terkenanya jangkitan ini. Jika tidak boleh kembali kepada 100% jadikan ia hampir kepada asal dengan cara fisioterapi dan rehabilitasi.
Gunakan spirometer 3 bola ini sebagai senaman. Senaman memang membantu. Lebih cepat anda mulakan senaman, lebih tinggi peluang anda untuk pulih kepada keadaan asal.
Buat masa ini, setiap rumah pastinya mempunyai bekalan kit ujian kendiri Covid-19 sebagai persediaan bagi membuat pemeriksaan sendiri jika mempunyai sebarang gejala.
Lambakan jenama yang dijual di pasaran dan pengguna berhak memilih untuk membeli yang murah atau mahal mengikut kemampuan masing-masing.
Namun perlu diingatkan agar tidak membeli 2 jenama kit uujian kendiri Covid-19 yang telah dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).
MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.
“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.
“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” katanya dalam Facebook rasminya hari ini.
Jadi diingatkan sekali lagi kepada pengguna untuk mendapatkan ujian kit kendiri ini yang hanya diluluskan oleh MDA supaya dapat keputusan tepat setiap kali melakukan pemeriksaan.
Sebelum anda beli, elok ambil tahu dulu tip pilih lipstik yang sesuai ikut warna kulit. Sekali pun kurang berminat dengan solekan tetapi dengan satu calit di bibir akan merubah wajah anda jadi berseri.
Rasanya, pasti ada yang kurang mahir bab pemilihan lipstik. Jadi ini ada beberapa tip pemilihan warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit yang anda perlu tahu.
Warna kulit memainkan peranan penting dalam pemakaian alat solekan. Walau ramai yang ambil endah tak endah tentang isu ini, namun pada dasarnya, ia akan mempengaruhi ‘look’ harian anda.
Masih ragu-ragu dan tidak tahu ingin menggayakan solekan gincu? Sebagai langkah pertama, kenal pasti warna dasar kulit anda.
Warna dasar kulit ini telah dikategorikan kepada 3 jenis warna, iaitu cool, warm dan neutral, mengikut warna pembuluh darah setiap individu.
Warna dasar kulit ‘cool’ ini, digambarkan untuk mereka yang mempunyai pembuluh darah berwarna biru. Biasanya pemilik warna dasar kulit jenis ini akan mempunyai warna kulit yang terlihat lebih pucat dan cerah.
Jika anda memiliki kulit yang cerah dan ingin mendapatkan ‘natural look’ untuk solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan adalah pilihan yang paling sesuai.
Untuk mendapatkan penampilan yang lebih seksi, penggayaan gincu berwarna merah cerah, merah kecoklatan dan juga merah maroon, merupakan koleksi warna gincu yang anda harus miliki.
Warna dasar kulit ‘warm’ ini adalah untuk mereka dengan pembuluh darah yang tidak terlalu jelas, berwarna biru ataupun hijau. Bagi kategori warna kulit ini, sebenarnya memiliki beberapa ton warna, tergolong daripada warna kulit tan, coklat gelap dan hitam.
Pemilihan untuk anda yang berkulit tan, penggunaan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, akan menyerlahkan lagi sisi semula jadi dalam penampilan anda. Namun jika anda ingin membawa penampilan yang lebih ‘simple’ tetapi anggun, warna coklat muda atau pic gelap adalah warna yang patut anda cuba!
Bagi anda yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam, jangan risau! Warna ungu muda atau ungu tua adalah pilihan yang terbaik untuk penampilan natural look anda hari ini. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, akan menyerlahkan lagi sisi seksi si pemakai.
Warna dasar kulit ini tidak asing lagi dengan kita yang tinggal di Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, adalah mereka yang pembuluh darahnya tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau. Kebiasaannya, pemilik warna dasar kulit neutral memiliki warna kulit yang terlihat agak kuning hingga sawo matang.
Bagi yang berkulit kekuningan, gincu berwarna seperti merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang tepat untuk memperoleh penampilan yang natural. Untuk penampilan yang lebih ringkas, anda boleh tata rias bibir anda dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap. Pemilihan warna merah menyala atau oren terang pula, akan memperlihatkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai.
Jika anda berkulit sawo matang pula, memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap adalah pilihan yang terbaik. Warna-warna yang anda boleh cuba adalah seperti, warna beri merah dan warna coklat merah.
Bagi anda yang memiliki warna kulit ini, cuba untuk hindari daripada menggayakan bibir anda dengan gincu berwarna oren ataupun merah jambu. Warna tersebut akan membuatkan solekan anda kelihatan agak membosankan dan tidak segar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.