Setiap wanita pastinya inginkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan selebriti.
Dan terbaru ramai memperkatakan tentang penampilan penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang Melly Geoslaw yang dikatakan semakin langsing dan cantik.
Jika dulu penyanyi bersuara lunak ini dikatakan mempunyai berat badan berlebihan dan mengenakan baju bersaiz XXL, tetapi kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M.
Ternyata pelantun lagu Jika dan Ketika Cinta Bertasbih ini sangat beza bentuk fizikalnya dan sangat yakin dengan dirinya sendiri.
Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.
Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.
Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.
Menang bergaya dengan membawa pulang pingat Perak dalam saingan acara akhir Keirin di Sukan Olimpik Tokyo sangat membanggakan kita.
Ternyata usaha selama bertahun-tahun oleh Datuk Azizulhasni Awang berbaloi walaupun sekadar meraiih Perak.
Jutaan rakyat Malaysia meraikan kejayaan ini dan anak kelahiran Dungun Terengganu ini turut mendapat ucapan tahniah dari legenda Badminton Datuk Lee Chong Wei.
Dalam hantaran di laman Instagram, Lee Chong Wei berkata seluruh rakyat Malaysia bersorak untuk beliau mendapatkan pangat Perak dan banga apabila bendera Malaysia dikibarkan di pentas berprestij ini.
Beliau juga yakin emas akan jadi milik Azizulhasni Awang ketika dalam temasya akan datang.
Namun yang sedikit mencuri tumpuan apabila beliau berkata usia Azizul sebaya pelumba yang menang pingat emas, Jason Kenny tetapi kenapa Azizul yang kelihatan lebih muda.
Beliau menambah apa rahsia yang boleh dikongsi untuk kelihatan jauh lebih muda dari pemenang utama.
Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila mu menerjah untuk mendapatkan perak. Berbangga satu Malaysia melihat bendera dikibarkan.
Terima kasih kerana menyatukan kita. Gangsa dan perak u dah ada … I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti.
Side note : Bro, u sama umur ngan Jason Kenny tu. Tapi kenapa u nampak jauh lagi muda. Apa ramuan bro?
Menurut isterinya Tya hanya berkongsikan berita gembira mengenai kandungannya itu selepas Azizulhasni menamatkan perlumbaan final supaya tidak mengganggu tumpuan suaminya.
“Saya dapat tahu saya hamil selepas Azizul berlepas untuk ke Tokyo,” kata Tya.
“Saya masih di fasa awal kehamilan dan selalunya alahan saya teruk. Itu sebab saya tidak memaklumkan berita kehamilan saya kepada Azizul lebih awal. Bimbang dia risau sebab tak dapat berada bersama saya di sini.
“Biarpun tak pasti apa perancangan selepas ini kerana pandemik, saya harap Azizul dapat selesaikan semua perkara di Malaysia.
“Dapat berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu. Jangan bimbangkan mengenai saya di Melbourne, ada isteri John (Beasley) boleh membantu.” katanya di BH Online.
Azizulhasni pula ketika ditemubual selepas perlumbaan oleh sebuah stesyen televisyen swasta tempatan berkata, dia berlepas ke Tokyo dengan penuh berat hati memandangkan ayahnya, Awang Muda Embong yang dirawat di hospital.
“Masa perlumbaan tadi, saya teringat anak di Melbourne, isteri saya, saya tinggalkan emak ayah saya daripada umur (remaja),” katanya sebak.
“Bila tingkatan tiga, saya tinggalkan kampung, saya tinggalkan emak saya, emak saya tinggal seorang diri.
“Sebelum berlepas ke Tokyo, ayah saya berada di hospital. Adik beradik saya cakap, fokus pada Olimpik, jangan fikir mengenai ayah. Ayah saya mengalami ‘mild stroke’ saya tak ada pilihan lain. Ini bukan cabaran mudah untuk saya kali ini,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.
Daun kari antara herba yang paling banyak digunakan dalam masakan penduduk di Malaysia terutama kaum India. Aromanya menambah kesedapan dalam masakan.
Bahkan bukan itu saja, kari sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat termasuk untuk kecantikan dan kesihatan.
Apa Khasiat Di Dalamnya?
Daun kari mengandung karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, besi dan vitamin seperti vitamin C, vitamin A, vitamin B dan vitamin E. Kandungan di dalam daun kari ini boleh membantu fungsi jantung lebih baik melawan infeksi.
Manfaat Untuk Kecantikan?
1. Hilangkan Kesan Jerawat
Tanda atau bekas jerawat benar-benar merisaukan ramai daripada kita. Tapi jangan bimbang, bekas-bekas itu dapat dihapuskan dengan bantuan daun kari. Mudah saja. Buat pes daripada daun kari dan jus lemon. Sapukan ke kawasan bekas jerawat dan setelah itu cuci dengan air biasa.
2. Mengatasi Kesan Kulit Sunburn
Ketika musim panas tiba, masalah kulit terbakar sinar matahari menyebabkan ruam. Untuk mengubati masalah ini, campurkan daun kari dengan susu. Ini akan mengawal reaksi alergi. Masukkan daun kari ke dalam susu, rebus, kemudian sejukkan. Lantas, gunakan pada bahagian yang terkena ‘gigitan’ sinar matahari.
3. Exfoliating
Untuk pengelupasan kulit, kombinasi daun kari dan lemon benar-benar khasiatnya. Caranya, tempelkan keduanya pada kulit selama 10-12 minit. Lalu, bersihkan wajah anda.
Kebaikan Untuk Kesihatan:
Berikut ini beberapa manfaat kesihatan daripada daun kari seperti yang disiarkan di dalam Times of India, antara lain:
1. Membantu Turunkan Kolesterol
Banyak penelitian menunjukkan bahawa daun kari memiliki khasiat yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol darah seseorang. Ini kerana, antioksidan dalam daun kari boleh mencegah oksidasi kolesterol yang membentuk kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan membantu meningkatkan kolesterol baik (HDL). Pada akhirnya, daun kari ini boleh melindungi tubuh dari penyakit serius, seperti aterosklerosis.
Daun kari juga sangat efektif dalam merawat rambut yang rosak, memperkuatkan batang rambut yang rapuh, rambut rosak dan kelemumur. Anda boleh menaruh tumbukan daun kari pada kulit kepala. Bahkan perawatan alami daripada daun kari juga boleh melambatkan rambut beruban.
3. Bantu mengawal Anemia
Daun kari adalah sayuran yang kaya zat besi dan asam folat. Asid folat bertanggung jawab untuk membantu tubuh menyerap zat besi dan ia membantu mengatasi anemia.
4. Memperbaiki Sistem Pencernaan
Daun kari juga boleh membantu meningkatkan pencernaan dan mengubah cara tubuh menyerap lemak. Disebabkan ini, dikatakan daun kari ini akan membantu anda dalam menurunkan berat badan.
Siapa sangka sejenis ketulan bersaiz guli yang tumbuh dipergelangan tangan rupanya mengundang bahaya.
Seperti perkongsian wanita ini yang menyedari ada benjolan sebesar guli di bahagian berkenaan hingga menyebabkan tidak selesa untuk melakukan aktiviti rutin fizikal.
Walaupun benjolan ini tidak mendatangkan rasa sakit, namun akhirnya terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang benjolan atau dipanggil ganglion.
Menjelaskan apa sebenarnya benjolan ganglion ini yang sebelum itu dia tidak pernah endah kerana tidak rasa sakit.
Namun dek kerana terlalu aktif melakukan kerja menyebabkan tangan menjadi sakit. Ayuh ikuti perkongsiannya untuk jadi panduan bagi mereka yang ada masalah sama.
Jalani Pembedahan Buang Ganglion
Biasanya selalu kita dengar cerita, pengalaman bersalin anak pertama, pengalaman bersalin anak kembar, kali ni…saya nk cerita lain dari yang lain,.pengalaman menjalani pembedahan pembuangan ganglion.
Sebelum mulakan cerita, mesti ada yang tertanya tanya, apa itu ganglion. ok, sila rujuk rajah dibawah.
Definisi
Ganlion ini didefinisinkan sebagai satu penyakit yang disebabkan oleh kebocoran pada pembungkus cecair pada sendi. cecair ini sebenarnya berfungsi melumurkan sendi supaya tidak merosakkan tulang rawan bila berlaku pergerakan pada sendi.
Cecair ini kemudian akan membentuk gelembung seperti benjolan yang menolak kulit sehingga ternampaklah di permukaan kulit (ok, ni hasil carian di google)
Definisi yang diterangkan oleh doktor pakar dari Hospital Putrajaya pula…, ganglion ni.., berlaku mungkin disebabkan trauma, atau pernah cedera dikawasan tersebut sehingga menyebabkan ganglion ni.., lebih kurang sama la kan..tapi ganglion ini boleh tumbuh / muncul kat mana-mana tempat yang dia nak..contohnya kat lengan tangan.., siku, dan paling common sekali kat pergelangan tangan.
Macam saya sendiri, saya kena kt pergelangan tangan..(sebab tu saya boleh cerita pasal ganglion ni..hehe)
Ok, habis bab definisi. masuk bab nak bercerita.
Macam mana saya boleh kena?
Tak tau la…macam mana ntah.., tapi dulu sebelum kahwin…dah ada dah benda itu..tapi tak sakit, tak menganggu, so takde la amek endah sangat la kan.., kemudian dia hilang sendiri..agaknya sebab tangan kiri saya ini jenis tak duduk diam..asyik nak menggodek benda tu je kan…,
Nak dijadikan cerita…sebelum bulan puasa hari itu dia muncul balik…, tempat yang sama..pergelangan tangan belah kanan. Mula-mula itu tak la sakit sangat. so..bila lepas raya..agaknya masa raya aktif sangat.., SAKIT…., nak gerakkan tangan one degree ke atas or ke bawah pon punya lah sakit…, last-last husband suruh bandage je tangan tu…,
Esok pagi, jumpa doktor kt tempat keje ni.., PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM, doktor bagi surat reffer, saya minta buat ke HOSPITAL PUTRAJAYA, bahagian orthopedik.
Cepat, pantas…, dalam masa sebulan lebih je..dah dapat tarikh pembedahan.
Warded daycare. maksudnya, masuk pagi, buat pembedahan, pastu petang balik.
Jenis bius, saya mintak local bius je..,sebab bila bius satu badan..semua organ dalam badan berhenti berfungsi sekejap. nak ke..? Padahal nak buang benda itu kat pergelangan tangan je…, so tak payah la mengada nak ambil bius satu badan.
Masa nak masuk Operation Theatre(OT) , ko jalan kaki je dari daycare ward tu. Pastu dia suruh baring kat katil, then diaorang sorong la ko ke OT, sampai sana, nanti doktor akan pasang ECG, Bleeding Stopper, pastu baru la start bius.
Nama pon bius local kan…sakit la sikit.., lepas dari tu..tak sakit dah..serius..sampai dah siap jahit..lepas siap bedah pun…, memang tak sakit pun tempat jahit tu.. cuma akan nampak la jari tu bengkak sikit.., sebab kesan dari luka pembedahan itu…
Tapi jangan risau.., sepanjang pembedahan tu..boleh berbual dengan doktor.., tanya lah apa yang ko nak tanya..
Lepas buka bandage…ramai tanya..kenapa tak gam je..? Kenapa jahit. Ok..jawapan dia.., sebab, bila gam.., pergelangan tangan kita tak terlepas untuk bergerak.., bayangkan bila tengah tidur..sekali ko terbengkokkan tangan tu.., bentuk huruf L ke…, tak ke terbuka nanti? haa..,sebab itu la dia tak gam, dan tak pakai benang yang boleh hadam sendiri..
Ini la dia ganglion yang selamat dikeluarkan…, alhamdulillah…, dah tak sakit lagi tangan.., cuma post-operation ini..kena rajin buat fisioterapi sendiri la kat rumah… Contohnya genggam bola yang lembut.., pasang butang baju..gerakkan tangan atas bawah.., sampai la ok.
By the way, korang akan diberi MC seminggu, 3 hari lepas operation, kena buat wound inspection kt mana-mana klinik,cukup 10 hari, benang akan dibuka.
Post ini dibuat sebab dulu sebelum buat operation puas mengoogle pengalaman pembedahan pembuangan ganglion..tapi tak jumpa., so bagi mereka yang sama nasib seperti saya, mungkin cerita ni boleh jadi rujukan pada orang lain