Buat masa ini slot tayangan Astro MegaDrama sedang menayangkan drama terbaru bertajuk Cik Ayu Mee Sanggul.
Pelakon utamanya Amelia Henderson memberitahu untuk menjayakan drama ini dia perlu memakai 40 pasang baju kebaya cukup klasik.
Tambah pelakon berbakat ini, dia sangat gembira diberi peluang untuk menggayakan imej tersebut namun dalam masa yang sama watak mencabar.
Menurut Amelia sepanjang penggambaran penonton drama ini akan dapat melihat dia menggayakan kebaya itu kerana mej dalam membawakan watak sebagai Cik Ayu.
“Saya tidak kekok cuma imej ini agak berat dan memerlukan ramai orang untuk menyiapkan saya. Bukan saja dari keperluan baju tetapi juga tata rias wajah dan rambut yang sentiasa perlu disanggul.
“Namun saya bersyukur kerana semua kru menjalankan tugas dengan baik dan ia berjalan dengan lancar tanpa menganggu mood penggambaran saya,” katanya yang bergandingan dengan Rosyam Noor, Aqasha, Cat Farish, Shiqin Kamal, Fimie Don dan ramai lagi.
Membawa watak Ci, Ayu yang merupakan seorang janda berhias terpaksa menikahi seorang duda Tanpa ikatan cinta dan watak jadi berkembang bila mengenali seseorang.
Ternyata penampilan terbaru Amelia ini mendapat pujian warganet di laman Instagramnya. Ramai memuji penampilannya yang cantik menggayakan kebaya dalam drama berkenaan.
Bagi yang mahu melihat Amelia cantik menggayakan kebaya, boleh saksikan drama bergenre komedi romantik terbitan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd pada setiap Isnin hingga khamis, jam 10 malam di saluran Asro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) .
Musim ikan siakap kan. Banyak sudah info pasal ikan ini telah dikongsikan. Jom kenal bahagian badan ikan siakap pula
Dan atas permintaan Prof Zulkiflee Abd Latif, saya tambahkan khasiat ikan siakap. Semoga bermanfaant untuk semua.
Ikan siakap sangat kaya dengan sumber protein, selenium, asid lemak penting omega-3, potasium dan vitamin B6, disamping sodium, fosforus, magnesium, vitamin B12, iron, kalsium dan vitamin B1.
Kandungan asid lemak omega-3 yang banyak dalam siakap penting untuk kesihatan jantung dan membantu mengawal kolesterol dalam darah. Selenium pula penting untuk badan menghasilkan antioksidan semulajadi dan hormon thyroid.
Vitamin B6 penting untuk sistem saraf, menguatkan imuniti badan melawan penyakit, dan proses metabolisma badan. Vitamin B12 pula menyokong fungsi sel saraf, penting dalam menghasilkan sel darah merah, dan penghasilan DNA.
Pun begitu, seperti juga dengan makanan lain, makanlah ikan siakap dengan bersederhana. Bergantung kepada lokasi penangkapan dan saiz, ikan siakap boleh jadi pengumpul merkuri.
Juga mengandungi jumlah kolesterol yang signifikan. Maka, usah berlebihan kerana apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Pasti ramai yang Masih mengingati kisah Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia setelah hampir 80 peratus tubuhnya dipenuhi kesan terbakar akibat seterika.
Tidak dapat kita bayangkan saat itu betapa sakitnya Zulfarhan menahan sakit sebegitu, sementelah terkena api sedikit pun kita tidak tahan.
Ayuh, ikuti perkongsian Dr Muhamad Syahrul Fitri Zawawi yang memberi pandangannya atas kes yang mengambil masa empat tahun sebelum diketahui keputusannya.
Setelah hampir semua tertuduh ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, akhirnya keputusan dijatuhkan di mana kesemua didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara.
Selepas baca berita keputusan mahkamah, hari ini, terhadap 6 orang tertuduh berusia 25 tahun yang mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain, pada Jun 2017 iaitu 4 tahun lalu, saya baca juga komen-komen netizen terhadap keputusan itu.
Bercampur-baur, ada yang marah kerana tak puas hati tertuduh tidak dijatuhkan hukuman gantung, ada yang kecewa, dan sebagainya. Mana tidaknya, arwah mati akibat perbuatan mereka.
Kita perlu tahu 6 pemuda berusia 25 tahun terlepas hukuman gantung sampai mati Seksyen 302 Kanun Keseksaan tetapi dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Mereka diputuskan 18 tahun penjara bermula 2017.
Maksudnya mereka tetap dihukum setelah didapati bersalah (walaupun dikategorikan sebagai menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh).
Ada 12 tertuduh yang lain, yang didakwamengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda atas sebab sengaja menyebabkan kecederaan terhadap arwah.
Mereka akhirnya diputuskan penjara 3 tahun.
Adil atau tak adil, saya tak nak komen apa pun. Mana mungkin hukuman di dunia seadil hukuman di akhirat, sendiri mau ingat.
Kes ini diceritakan berpunca daripada kecurian laptop, dan tertuduh memukul Zulfarhan supaya mengaku mencuri. Dalam banyak-banyak cerita disebut di mahkamah, ada satu cerita berkaitan tok bomoh yang ‘menamakan’ Zulfarhan sebagai pencuri adalah salah satu cerita paling membangkitkan kemarahan saya. Belajar di universiti tapi percaya kat bomoh, adoyaiiii macam bodoh.
Dan saya masih ingat cerita oleh ayah arwah, jam 11.30 malam bertarikh 1 Jun 2017, menerima panggilan telefon daripada UPNM yang memberitahu “Anak encik meninggal dunia,” aduhhhhhhh peritnya rasa hati. Ayah mana tak terkejut, ibu mana tak menangis?
“Arwah mati terbakar,” kata pegawai UPNM tersebut, dan laporan bedah siasat mendapati 80% tubuh Zulfarhan dipenuhi kesan terbakar akibat SETERIKA. Sakitnya ya Allah…. Allahu. Hancur hati, menangis tanpa air mata dah….
Jadi tuan-puan,
Arwah berusia 21 tahun ketika itu, dipukul, didera dan di’buat main’ oleh rakan-rakan yang berusia 21 tahun.
Jadi kita kena ajar dan ingatkan anak-anak kita dari sejak kecil hingga besar, memukul orang, membuli, menyepak, menampar, mencuit, mencederakan atau apa saja terhadap orang atau kawan, adalah SALAH. Semua itu berpotensi untuk menyebabkan kecederaan serius atau kematian seseorang. Ajar anak bahawa JANGAN BUAT semua itu.
Jadi kita kena ajar dan ingatkan anak-anak kita dari sejak kecil hingga besar, dipukul orang, dibuli, disepak, ditampar, dicuit, dicederakan, atau apa saja yang tidak sesuai, oleh mana-mana orang termasuklah kawan, cikgu atau sesiapa saja, adalah KESALAHAN yang perlu diberitahu kepada ibu bapa, penjaga atau orang berwajib. JANGAN DIAMKAN. JANGAN SEMBUNYIKAN. Ajar anak supaya kongsi.
Memukul tanpa niat membunuh, tetapi si dia mati dibunuh, hasilnya meringkuk dalam penjara 30 tahun…. Allahu.
Ibu bapa arwah sangat sedih.
Ibu bapa tertuduh dan pesalah juga pasti sangat sedih juga.
Jadi sebelum kita nak marah-kecewa dengan keputusan mahkamah atau apa, kita kena sedarkan diri kita bahawa kita juga punya anak-anak.
Peringatkan Ajar anak-anak kita supaya jangan jadi mangsa.
Bertegas juga peringatkan anak-anak kita supaya jangan jadi pemangsa.
Kita sebagai ibu bapa atau adik-abang-kakak atau cikgu atau siapa saja, jangan pukul anak dengan terlebih pukul. Istighfar, pukul dengan sedar diri, ingat Tuhan, jangan terlebih pukul. Cubitan, pukulan, tarik telinga, atau apa saja, boleh jadi terlebih lalu mengakibatkan kematian anak kita atau siapa saja. Ingat selalu peringatan buat diri sendiri ini, agar kita tak menjadi pemangsa kepada orang lain termasuklah anak kita.
30 tahun atau 7 tahun, semoga menginsafkan mereka. Dan juga menginsafkan kita dalam tindak-tanduk kita juga. Selain mereka 18 tertuduh, kita perlu sedar bukan 18 itu sahaja yang ‘terlibat’ yang perlu menginsafi diri.
Doa saya, agar kita semua tidak diuji dengan kejadian sebegini melibatkan ahli keluarga kita sama ada sebagai mangsa atau pemangsa. Ya Allah, mohon jauhkan kami daripada ujian sebegini, ya Allah. Jauhkanlah….
Tidak semua ujian swab test yang kita ambil akan terus dipanggil pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dihantar ke pusat kuarantin.
Kebiasaannya pihak KKM akan melihat tahap berapa positif Covid-19 seseorang itu sebelum diangkut dengan ambulan untuk dikuarantin.
Ada yang positif tetapi hanya menjalan kuarantin di rumah sendiri. Namun begitu, jangan pandang ringan self quarantine ini. Jika tidak dijaga sebaiknya, virus akan merebak pada orang lain pulak.
Seperti perkongsian doktor wanita ini di laman twitter @ainnanism memberitahu apa sepatutnya perlu dibuat jika ‘self quarantine’ di rumah setelah positif Covid-19.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.