Siapa yang tidak mengenali Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi. Walaupun usianya sudah lebih setengah abad, tetapi penampilan tetap sihat, cergas dan berenergi.
Ketika bertemu dalam satu majlis, sempat bertanya rahsia menjaga kesihatan dirinya. Menurut Aznil, beliau mempunyai cara tersendiri untuk kekal sihat dan fit.
Menurutnya oleh kerana usianya sudah melewati usia 50 tahun dia memang sangat menjaga kesihatan dan salah satu adalah dengan berpuasa.
“Pak Nil memang ambil kesemptan sebanyak mana untuk berpuasa. Selalu puasa sunat hari Isnin, Khamis dan lanjutkan terus ke hari Jumaat.
“Selain itu Pak nik juga rajin buat exercise terutama larian. Satu jam diperuntukan untuk latihan kardio,” ujarnya yang menyedari usia makin meningkat setiap tahun.
Justeru, beliau sangat menitik beratkan pengambilan makanan/minuman bagi mengelak pelbagai penyakit lain.
“Bagi Pak Nil inilah masanya untuk kita kurangkan gula, elakkan makanan berminyak dan juga pengambilan garam berlebihan.
“Oleh sebab itu salah satu caranya untuk elak semua benda ini adalah dengan berpuasa. Dengan berpuasa saja dapat menahan nafsu Pak Nil untuk makan.
Ads
“Ini kerana Pak Nil tahu selera makan Pak Nil memang sukar untuk ditahan-tahan. Sangat luar biasa.
“Jadi cara terbaik untuk elak daripada makan ini adalah dengan berpuasa. Kadang-kadang kalau ada rakaman TV atau meeting pun Pak Nil tetap berpuasa.
“Benda ini (berpuasa) tidak mengganggu kerana Pak Nil sudah lakukan sejak dulu lagi,” katanya yang turut mengambil suplemen Eskayvie sebagai tambahan untuk menjaga kesihatan.
“Jika sebelum ini memang Pak Nil alami masalah pinggang, tulang punggung hingga ke buku lali. Mungkin disebabkan berdiri lama jika ada rakaman.
“Tetapi setelah hampir setahun lebih ini, Pak Nil tiada lagi mengalami masalah ini. Alhamdulillah Pak Nil kini boleh berlari, naik tangga, turun tangga tiada masalah.
Ads
“Pak Nil juga kini sejak bersahabat dengan doktor, sekarang pantau tahap kesihatan seperti bacaan gula dan bacaan darah.
“Sebagai duta Pak Nil perlu kekal sihat dan itu memang jadi keutamaan juga,” ujar Pak Nil diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie, sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.
“Ketika PKP pertama, Pak Nil rasa hidup seperti gelap. Banyak kerja seni yang sudah dipersetujui ditunda, malah ada yang dibatalkan. Namun, Pak Nil beroleh rezeki sebagai duta jenama produk ini.
Ads
“Ada rangkaian produk yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri dan alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.
“Pak Nil juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang pernah menjadi mangsa COVID-19 tahap empat mencuba. Ia sebagai ikhtiar membantu untuk memulihkannya, Alhamdulillah, Najman kembali sihat.
“Malah, jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan bil hospital atas paksi kemanusiaan,” katanya lagi yang ditemui pada sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie khusus untuk kanak-kanak juga percaya golongan kecil itu juga wajar dilindungi.
Manis dan mirip kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Fida Ibrahim mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui seseorang untuk kekal istiqamah dalam berhijrah.
Malah, bekas juara Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 ini tidak pernah sekali pun menyesal dengan penghijrahannya.
Fida Ibrahim Istiqamah Dengan Penampilan
Kongsi Fida atau nama lengkapnya, Rafidah Ibrahim, golongan artis atau orang biasa juga tidak lari dari membuat kesilapan namun tetaplah saling menasihati.
“Apabila sesuatu keadaan itu boleh menggugat Iman atau penghijrahan kita, saya fikir paling penting ialah memilih ‘circle’ atau kawan-kawan yang boleh membantu pada niat asal kita.
“Saya percaya bahawa iman tak boleh diwarisi mahupun ‘copy and paste’. Setiap anak Adam itu pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.
“Sama ada kalangan artis atau tidak, jika ada kalangan kawan-kawan kita yang sedang diuji, nasihat dan berikan galakkan padanya.
“Tapi kalau tak mampu, kita juga boleh mendoakan dia dari jauh. Tugas dakwah bukan hanya terletak pada ustaz atau ulama. Tetapi itu adalah tanggungjawab setiap Muslim.
“Dalam berdakwah perumpamaannya macam ini, ‘kita bukannya nak hapuskan pesakit, tetapi kita nak merawat penyakit,” katanya.
Bersangka Baik Dengan Allah
Sepupu kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini juga berpendapat, perlunya bersangka baik dengan Allah sekiranya seseorang selebriti itu hilang tawaran dek kerana penghijrahan yang dibuat.
“Bila berkaitan sesuatu perkara yang diwajibkan dalam Islam ini, pada peringkat permulaan memang saya faham, kita seolah-olah perlu memaksa diri sehinggalah datangnya keikhlasan itu. Artis lebih dilihat orang sebab mereka selalu di depan kamera.
“Bagi saya, semua orang dalam industri memainkan peranan masing-masing kerana setiap daripada kita faham agama dan syariat termasuklah penerbit, pengarah, stesen tv, radio, media dan lain-lain. Paling penting kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah.
“Kalau kita rasa dengan hijrah kita kehilangan atau kurang tawaran, sentiasa bersangka baik pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yakinlah pasti ada lebih baik dari itu sebab dalam hidup ini tak semestinya yang kita rasa tak baik tu, tak baik untuk kita mahu pun sebaliknya,” katanya.
Begitulah ujian buat sesiapa sahaja yang baru behijrah, kadang hati berbolak-balik dek kerana pandangan selalu melihat orang sekeliling. Namun jika kuat iman dan mampu tepis godaan, insha Allah, semua orang akan tetapkan hati untuk istiqamah.
Buat masa ini penyebaran penyakit Kaki Tangan Dan Mulut (HFMD) masih lagi berlaku terutama membabitkan golongan kanak-kanak.
Sehingga kini, tiada ubat dapat menyembuhkan HFMD kerana ia berpunca daripada virus.
Jika ada pun ubat adalah digunakan untuk bantu mengurangkanp gejala dan bukannya menyembuhkan.
Ini penjelasan yang diberikan oleh Dr Izzar Anwari yang turut memberi solusi bagaimana untuk mengelakkan jangkitan HFMD ini di laman media sosialnya.
Produk untuk rawatan HFMD
Sekarang ni saya tengok ada pula yang dok promote produk2 rawatan atau suplemen untuk merawat HFMD. Malah doktor pun ada yang promote produk dia untuk HFMD. Hmm betul ke tu?
TIADA ubat yang dapat menyembuhkan HFMD. Dan HFMD tu berpunca dari virus, maka antibiotik pun takkan membantu. HFMD ni kebiasaannya akan SEMBUH SENDIRI dalam masa 7-10 hari.
Ubat dari doktor yang digunakan untuk HFMD bertujuan untuk membantu MENGURANGKAN GEJALA bukannya untuk menyembuhkan.
Selain dari ubat2 dari doktor, ibu bapa juga boleh membantu anak yang dijangkiti HFMD dengan:
– Memberi anak makanan senang telan yang sejuk seperti ice cream, yogurt, smoothies untuk membantu gejala sakit tekak.
– Elakkan minuman berasid/masam seperti jus buah, air bergas etc yang akan menyakitkan lagi sakit tekak
– Elakkan makanan pedas atau masin
– Untuk ruam kulit yang gatal, boleh dapatkan lotion anti-gatal seperti calamine lotion.
Cara nak mencegah anak dari mendapat HFMD ini sahaja:
– Menjaga kebersihan diri. Selalu cuci tangan
– Ibu bapa dapatkan rawatan segera untuk anak. Jangan bawa ke tempat jagaan anak pula kalau dah tau anak demam atau ada ruam/lepuh . Kang anak orang lain dijangkiti
– Elakkan anak dari berkongsi barangan (cawan, mainan etc) dengan anak lain jika dia pergi ke pusat jagaan.
– Pusat jagaan kanak2 buat pembersihan pembersihan premis dan saring anak2 yang masuk ke premis setiap hari.
Jadi, tak perlulah nak dapatkan ubat-ubat mujarab yang kononnya dapat mencegah atau mengubati HFMD. Take care semua #drizzarshares
Minuman bergas (bersoda) memang tidak asing kerana ianya menjadi pilihan utama kita terutama semasa makan di restoran makanan segera.
Tetapi tahukah anda bahawa satu tin (300 ml) minuman bersoda ini, terdapat sembilan sudu besar gula di dalamnya?
Namun, terdapat juga minuman “diet bersoda” dengan kosong kalori sekaligus memberi tanggapan yang baik terhadap diet bersoda ini.
Gambar sekadar hiasan.
Namun adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada kandungan gula dan kalori
Walaubagaimanapun, adakah minuman diet bersoda ini benar-benar sihat kerana tiada gula dan kalori?
Untuk minuman diet bersoda ini, mereka menggunakan pemanis tiruan (gula sintetik) yang kini sering dikaitkan dengan obesiti dan diabetis.
Pemanis tiruan ini mampu memberikan rasa yang lebih manis daripada gula putih dalam jumlah sedikit. Terdapat pelbagai jenis pemanis tiruan yang sering digunakan di dalam makanan seperti Aspartame, Sakarin, Sucralose, dll.)
Mengapa pemanis tiruan ini bebas kalori?
Ini kerana pemanis tiruan ini tidak dipecahkan semasa pencernaan ke dalam gula semulajadi seperti glukosa, fruktosa dan galaktosa, yang kemudiannya digunakan untuk tenaga atau diubah menjadi lemak.
Ini berbeza dengan pemanis tiruan kerana mereka tidak ditukar kepada kalori. Contohnya, aspartame yang menjalani proses metabolik yang berbeza yang tidak menghasilkan gula mudah.
Contoh lain seperti sakarin dan sucralose yang tidak dipecahkan sama sekali tetapi terus diserap ke dalam aliran darah dan diekskresikan melalui air kencing.
Gambar sekadar hiasan.
Sebenarnya pengambilan kandungan pemanis di dalamnya akan menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori dan mengakibatkan obesiti.
Walaubagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk mengamalkan diet bersoda. Ini kerana, pemanis ini dapat mengubah proses metabolik yang sihat dengan cara lain, khususnya dalam usus.
Pemanis tiruan, seperti sakarin dapat menukar jenis dan fungsi mikrobiotik usus dan komuniti mikroorganisma yang hidup di dalam usus. Aspartame pula mampu mengurangkan aktiviti enzim usus yang biasanya melindungi usus daripada diabetes jenis 2.
Kajian lain juga mendapati pengambilan satu tin diet bersoda sehari secara berterusan boleh menganggu metabolisme sekaligus menyumbang kepada pengumpulan lemak dan menyumbang kepada penyakit jantung. Pemanis tiruan ini juga menyebabkan badan gagal mengawal pengambilan kalori seterusnya menyebabkan obesiti.
Walaupun terdapat banyak kontroversi kesan gula tiruan ini, ianya tidak menjadi masalah jika diambil secara sederhana dan tidak berlebihan.