Sebaik muncul di khalayak, ternyata penampilan selebriti ini tampak kembali langsing selepas melahirkan anak keduanya.
Proses menurunkan berat badan sangat cepat dan masuk bulan ketiga selepas melahirkan, pelakon dan pengacara Scha Alyahya berjaya mendapatkan berat ideal.
Menurut Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir memberitahu dia tidak mempunyai rahsia tertentu bagi mendapatkan berat ideal selepas lahirkan anak kedua 12 Februari lalu.
Sebaliknya hanya menamalkan pemakanan yang sihat selepas berpantang.
“Mungkin juga sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus. Tetapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi sebab kita manusia biasa.
Ads
“Memang saya dah dapat berat badan yang dulu, dan mungkin sebab saya breastfeeding. Tetapi apa yang pening adalah fokus pada kesihatan dulu, “katanya yang belum bersedia untuk bekerja kerana mash menyusukan anak keduanya Lyla.
Untuk info, Scha berkahwin dengan pengacara Awal Ashaari pada 4 Mei 2021 dan dikurniakan dua anak perempuan, Lara Alana 7 tahun dan Lyla Amina berusia sebulan lebih.
Bagaikan tidak menyangka dirinya kini tidak mempunyai rahim. Ini adalah kerana keputusan terpaksa membuang rahim selepas terdapat ketumbuhan pada organnya.
Bagi pemilik nama Nourul Deep ini, keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi menyelamatkan nyawanya.
Tambahnya lagi, jika dapat mengesan dari peringkat awal, peluang untuk dirawat jadi lebih tinggi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi cerita itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya miliknya mengenai prosedur menjalani pembedahan membuang rahim.
Ujar Nourul, perkongsian itu dibuat sebagai rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dalam memberi kesedaran kepada umum mengenai betapa pentingnya pencegahan terhadap sebarang ketumbuhan pada tubuh badan.
Tambahnya lagi, dia berasa bersyukur kerana ketumbuhan pada rahimnya itu diketahui pada peringkat awal dan dapat mengambil langkah berjaga-jaga untuk menyelamatkan nyawanya.
Meskipun sudah setahun menjalani prosedur pembuangan rahim itu, Nourul memaklumkan sebarang ketumbuhan yang ada pada tubuh badan harus diperiksa oleh doktor bertauliah.
7 September lalu genap setahun penyanyi popular Nourul Depp menjalani pembedahan pembuangan rahim selepas disahkan mempunyai ketumbuhan.
Menurut Nourul ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk peka dengan kesihatan dalaman. Dia tahu ramai yang takut dengan pembedahan namun ia lebih baik daripada menanggung sakit dalam tempoh lama.
“Cerita setahun yang lalu.. Terpaksa remove uterus (rahim) bila doktor terjumpa something yang boleh memudaratkan di masa yang akan datang.
“Apa yang kami nak cerita kat sini ialah buat medical check setiap 12 bulan. Semua ni gambar 5,6,7 September 2020. Tak akan lupa perasaan bila doktor break the news. Genetically kami memang jenis ada ketumbuhan ni. Memang dari sebelah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan bersenam.
“Takut? Siapa tak takut nak bedah. Tapi lebih baik sakit sat (tak lama) dari sakit berpanjangan seperti penyakit kanser dan sebagainya.
Dalam pada itu, Nourul berkata dia tidak berfikir panjang selepas dimaklumkan doktor yang dia perlu menjalani pembedahan. Ujarnya, dia perlu sihat demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Kami tak tunggu lama. Kami kata buang!!! Booked date terus jalan! Kami tak tunggu dah. Anak anak masih kecil. I have to live for them. Allah perkenankan Alhamdulillah Allah permudahkan.
“Itulah kisahnya. Kami cerita ini sebab ramai yang takut nak pi bedah bila kena bedah. Takut tu sat ja. Dengan ubat doktor bagi tu, awak akan lena. Best rasa. Dapat rehat. Semua doktor adalah bagus dalam bidang depa. Mereka nak selamatkan nyawa. Jadi mereka jaga kita sepanjang dibedah.
Kata Nourul, selain daripada faktor genetik, antara punca dia mengalami ketumbungan tersebut adalah disebabkan tekanan yang melampau.
“Genetically kami memang jenis ada tumbuh-tumbuh ni. Memang dari belah arwah abah. Sebab tu jaga diri dan exercise. 30% adalah gene kita, 70% gaya hidup.
“Kes kami berlaku sebab stress atas satu perkara berlaku November 2018. Simpan dalam diri bawak penyakit. Tercabar ego dan kebijaksanaan kami apabila ditipu oleh seorang Dato dan wanita untuk album bahasa Perancis kami.
Sekadar rekod, Nourul dan suami, Eric Daniel Depp berkahwin pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 8, Raphael, 6, dan Isabella 2.
Sementera menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai, Nourul dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ayu Nazirah, 23 tahun.
Tak mudah nak kecutkan jerawat jerawat degil, kadang sampai berdarah bila dipicit. Yang sedih sampai tinggalkan parut!
Nak tunggu jerawat itu kecut sendiri pun makan masa, jadi nak tak nak kena cari jalan penyelesaian untuk redakan mjka yang tengah sakit.
Hah, jangan suah hati sebab anda boleh cuba sapu drying lotion, tak sampai 3 hari pun sudah nampak kesan jerawat makin mengecil.
Apa yang best sangat mudah digunakan, okay jom ambil tahu tentang drying lotion ini.
Satu produk penjagaan wajah yang jadi sensasi awal tahun 2017 dan dipopularkan dari jenama Mario Badescu. Sejak itu, muncul juga drying lotion jenama lain seperti Cosrx, Pink By Pure Beauty dan banyak lagi.
Produk ini sejenis pati cecair yang pekat dengan pelbagai bahan untuk membasmi bakteria, memulihkan kulit dan merawat keradangan kulit.
Biasanya drying lotion akan mengandungi bahan seperti salicylic acid, zinc oxide dan glycerin yang berkuasa mengeringkan permukaan jerawat dan akhirnya menghilangkannya.
Jangan khuatir, drying lotion sesuai untuk semua jenis kulit.
Ramai yang masih keliru cara menggunakan drying lotion. Nah, cuba belajar cara yang mudah dan paling penting mujarab.
Drying lotion digunakan sebagai rawatan penjagaan wajah pada waktu malam. Jadi sapu drying lotion ketika pada waktu malam, khususnya sebelum tidur.
Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan penyegar, serum, pelembap dan sebagainya. Tunggu dahulu semua produk krim atau gel meresap kedalam kulit.
Guna putik kapas yang bersih dan celupkan kedalam bekas drying lotion. Sapu cecair pada kulit berjerawat. Jangan gosok!
Awas, jangan pula celup guna putik kapas yang sama! Bimbang dijangkiti bakteria.
Petua paling penting, jangan gatal tangan mengoncang botol drying lotion. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan pati pekat dasar bawah botol.
Serius! Bila guna drying lotion anda akan rasai perbezaan. Jerawat lebih mudah kecut dan parut samar-samar sahaja.
Tidak dinafikan lebih menyakitkan bila seseorang diserang demam, lengkap dengan pakej batuk dan selesema.
Keadaan ini akan membawa kepada masalah sesak nafas dan menjadikan pernafasan tidak lancar.
Apatah lagi jika batuk mengeluarkan kahak dan mengambil masa berhari-hari untuk pulih.
Jika anda telah mencuba pelbagai cara memulihkannya, tetapi tidak berhasil, apa kata anda cuba cara lain dikongsi pengguna media sosial.
Ini adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang memberikan sata penyelesaian kepada masalah batuk berkahak.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambilsebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.