Siapa yang tidak suka makan petai yang dianggap sebagai ulam-ulaman menyihatkan.
Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa dan ia turut dikenali dengan nama lain di negara-negara lain seperti sataw (Thailand), peteh/pete (Indonesia), yongchak (India) bitter bean, stink bean, sator bean atau twisted cluster bean. Ia sering dimakan oleh penduduk di kawasan selatan Asia Tenggara.
Petai boleh dimakan begitu saja sebagai ulaman atau dimasak berama bahan dapur lain. Namun begitu, terdapat kesan sampingan jika dimakan secara berlebihan.
Kesan sampingan petai jika dimakan secara berlebihan
Terdapat beberapa kesan sampingan petai jika ia dimakan secara berlebihan. Ini termasuklah:
Meningkatkan asid urik dan reumatik
Petai boleh meningkatkan tahap asid urik dalam badan. Ini disebabkan kandungan purine petai yang tinggi. Petai adalah salah satu makanan yang berpotensi menyebabkan kemunculan gangguan reumatik pada seseorang. Perkara yang perlu diperhatikan jika seseorang mengambil terlalu banyak petai adalah gejala arthritis yang boleh dirasakan.
Ads
Menyebabkan pening atau sakit kepala
Kesan sampingan lain penggunaan petai yang berlebihan akan menyebabkan pening kepala dan sakit kepala. Petai mempunyai kandungan semula jadi yang dapat merangsang kemunculannya.
Nafas yang berbau
Salah satu kesan sampingan petai yang paling jelas dan disedari ialah ia boleh menyebabkan nafas berbau. Perlu diketahui bahawa buah petai adalah sejenis makanan yang mempunyai aroma yang sangat luar biasa. Sudah tentu, penggunaan petai yang berlebihan dapat menyebabkan seseorang mengalami nafas berbau.
Menyebabkan gangguan pada buah pinggang
Satu lagi bahaya penggunaan sayuran ini ialah ia boleh menyebabkan gangguan organ buah pinggang. Organ buah pinggang adalah salah satu organ yang boleh mengalami gangguan ketika seseorang mengambil petai, terutama jika dimakan dengan jumlah yang terlalu banyak.
Ads
Petai mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang pada buah pinggang. Oleh itu, penggunaan petai mungkin perlu dihadkan untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang. Buah petai adalah tinggi dengan kandungan protein, dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada buah pinggang anda.
Lebih penting lagi, selepas anda memakannya, terdapat bau yang tidak hanya berakhir di meja makan, tetapi ia akan berada di mulut anda dalam kadar waktu yang agak lama selain ia akan muncul semula didalam air kencing anda untuk beberapa hari bergantung kepada jumlah yang anda makan.
Ads
Menyebabkan kembung perut
Selain itu, selepas memakannya, anda juga mungkin akan mengalami kembung perut akibat daripada gas yang terbentuk oleh pecahan karbohidrat kompleks di saluran penghadaman. Hal ini lebih mudah terjadi sekiranya anda tidak memasaknya dengan betul.
Menjadi impian setiap wanita mahukan kulit wajah sentiasa cantik, sihat dan nampak glowing. Kulit yang sihat juga membantu memberikan aura dan mood positif dalam diri seseorang.
Tidak perlukan rawatan mahal, sebaliknya anda boleh merawat sendiri kulit muka dengan menggunakan bahan alami yang ada di rumah.
Menggunakan buahan segar yang memang banyak khasiat dan jadikan masker. Boleh dilakukan sebagai rutin harian atau bagi mengisi masa senggang di rumah.
Buat Masker Sendiri
1. Lemon
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula kemudian digaul selama 30 saat supaya sebati. Sapu rata pada bahagian kulit wajah, leher dan pergelangan tangan.
Gosok rata dengan gerakan membulat mengikut arah lawan jam dan biarkan selama 10 minit.
Jangan terlalu lama dibiarkan di muka kerana nanti kulit boleh menjadi kering. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit berseri.
2. Madu
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian wajah. Biarkan ia kering di muka kemudian bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak memberikan kelembapan pada kulit supaya kekal lembut dan gebu.
Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semula jadi pada wajah.
3. Tomato
Masker dengan menggunakan sayur tomato ini adalah baik pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Caranya dengan menghancurkan sebiji buah tomato dan sapu pada seluruh wajah dan bahagian leher.
Biarkan selama 15 minit sehingga kering, kemudian bilas muka dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Lakukan masker ini setiap hari untuk mengurangkan kulit muka berminyak.
4. Kunyit & Jus Nanas
Gaul satu sudu teh sebuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Cuci muka terlebih dahulu kemudian sapu pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia kering sepenuhnya.
Cuci dengan air suam. Ulang remedi ini 2 atau 3 kali seminggu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut pada wajah.
5. Timun
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Pakai masker ini sebelum anda tidur dan biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi.
Lakukan rawatan ini setiap hari untuk memiliki kulit yang mulus. Anda tidak berpuas hati dengan hasil diberikan nanti.
Neelofa selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan, di sini , jam 3.44 petang, kelmarin.
Suaminya yang juga pelakon, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.
Katanya, bayi sulung mereka diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Riz, mereka merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya lagi.
Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata sulung Neelofa dan Riz.
Anda kena pilih lipstik Bobbi Brown kalau suka warna nude dan seksi macam ini dan patut tahu ada kelebihan lain apabila pakai gincu ini.
Bagi anda yang tak suka pakai warna terang, cukup sesuai calit lipstik ini di bibir, malah nampak gaya memang sesuai untuk dipakai setiap hari walau duduk rumah saja.
Ramai Pilih Lipstik Bobbi Brown, Tak Lekat Pada Gelas Bila Minum
Menurut Wawa NuraIsha, dulu dia ingat Lipstik Bobbi Brown ini jenis kayangan. Yelah, selalu nampak artis pakai.
Ada banyak pilihan warna nude, ini antara pilihan yang cantik untuk dipakai bagi anda yang suka nampak simple tetapi manis.