Tular satu video tentang penjagaan wajah dengan menggunakan bedak sejuk moden, cara ini terbukti boleh mencerahkan wajah.
Jadi kalau kalau sesiapa nak kulit cerah, putih dan bersih, cuba tip ini ya.
Kelainan bedak sejuk ini ialah menggunakan air sengkuang, yang mana sudah ada kajian memang boleh mencerahkan wajah.
Bedak Sejuk Moden, Tip Ini Boleh Buat Kulit Cerah Dengan Selamat
Okay, jom tengok macam mana teamonmalaysia buat bedak sejuk moden ini dengan mudah.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan:
Beras
Sengkuang
Cara nak buat bedak sejuk moden ini senang sahaja, mula-mula rendam dulu beras satu malam (12 jam) untuk bagi kembang. Kemudian anda boleh kisar atau tumbuk sampai halus.
Ads
Selepas itu ambil sengkuang tadi dan potong halus-halus. Tumbuk untuk dapatkan dia punya air, kalau nak mudah kisar sahaja (masukkan sedikit air).
Biarkan selama 6 jam sehingga ia mendap dan asingkan air sengkuang, ambil bahagian yang sudah mendap sahaja. Masukkan 2 sudu air sengkuang ke dalam bekas beras yang sudah ditumbuk dan bulatkan menjadi kecil-kecil.
Anda boleh jemur dulu dalam 3-4 jam ikut cuaca, dan anda boleh pakai setiap hari. Serius, nanti anda dapat tengok kulit jadi jauh lebih cerah dan bersih hasil pakai bedak sejuk moden ini, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaannya apabila kita membeli buah kurma, tidak pernah terfikir untuk membasuh dahulu sebelum makan.
Kita memikirkan buah yang menjadi amalan Rasulullah memakannya ketika berbuka puasa sudah bersih daripada sebarang serangga seperti ulat.
Malah buah kurma ini yang bersama kecil senang di bawa ke mana-mana sekiranya tidak sempât berbuka di rumah.
Namun tahukah kita sebenarnya buah ini juga ada serangga ulat tersembunyi.
Perkongsian oleh seorang pengguna TikTok @Azween_Muzani ini yang tular sehingga mendapat lebih 3.5 juta tontonan menunjukkan cara-cara mencuci buah kurma untuk membuang ulat.
Menurutnya, basuhan itu adalah bagi menghilangkan kotoran daripada buah kurma serta sebarang ulat yang ada di dalamnya.
Cara basuhannya yang ditunjukkan amat mudah, hanya dengan memasukkan buah kurma tersebut ke dalam air dengan garam selama 10 hingga 15 minit.
Katanya, setelah dibasuh, kurma tersebut perlu ditos sehingga kering. Kemudian boleh simpan dalam bekas yang tertutup rapat. Boleh juga dikeringkan menggunakan tisu dapur.
Walau bagaimanapun, perkongsian gadis tersebut turut menjadi tanda tanya warganet yang khuatir buah kurma tidak tahan lama selepas dibasuh.
Justeru, gadis berkenaan turut membuat video menunjukkan ‘bukti’ bagaimana kurmanya yang dibeli pada Januari lalu yang melalui proses basuhan masih bertahan sehingga kini.
Azween turut menyatakan ia terpulang kepada cara masing-masing dan tidak menjadi masalah untuk memakan buah kurma yang dibeli itu tanpa membasuhnya dahulu.
Tular video pelakon Liyana Jasmay tanpa mekap di media sosial yang dilihat sedang makan dengan wajah yang penat.
Dalam video yang dikongsikan, Liyana, 36, turut memberitahu dia tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.
“Bila belum tidur lebih dari 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis! Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,” tulis Liyana dalam TikTok.
Video yang dikongsikan pelakon filem Papadom itu kemudiannya meraih perhatian pengikutnya dalam media sosial, apabila rata-rata memuji sifatnya yang bersahaja, malah tidak kisah untuk mempamerkan wajahnya tanpa secalit solekan walaupun berstatus seorang selebriti.
Liyana juga tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.
“Antara artis yang berani tampil tanpa solekan. Tidak menipu. Awak sungguh ‘authentic’ (tulen),” tulis seorang pengikutnya.
“Saya nak beritahu awak sesuatu. Awak sungguh cantik walaupun tanpa solekan. Serius, sangat cantik! Sayang awak,” puji seorang peminatnya.
“Elok tak ada ‘control’ cantik walaupun artis. Jadi diri sendiri apa salahnya,” ujar seorang lagi netizen.
Namun, Liyana tidak terlepas daripada menerima beberapa komen jelik daripada netizen yang mengutuk wajahnya apabila disamakan seperti pembantu rumah atau bibik.
“Ini baru bibik yang sebenar,” kata seorang netizen.
“Ya Allah macam mana suami dia boleh suka?” ujar seorang lagi pengguna TikTok.
Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.
Namun, dia tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu malah mengakui takut untuk melalui kesan sampingan sekiranya mengambil suntikan suplimen pemutihan kulit.
Malahan Liyana juga bersyukur, suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarum peniti menjadi aksesori penting untuk wanita berhijab supaya tampil lebih kemas.
Namun tahukah kita bahawa hujung jarum yang tajam memang sangat membahayakan lagi-lagi jika digunakan untuk mencungkil gigi.
Jika silah langkah, boleh membahayakan diri sendiri seperti tertelan jarum berkenaan.
Pakar Bedah Kepala dan Leher, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Dr Ezairy M.Sallih berkongsi kes yang dikendalikannya di mana seorang remaja berusia 13 tahun tertelan jarum peniti berkenaan gara-gara ingin membersihkan gigi.
“Macam mana jarum pin tu boleh masuk dalam mulut awak. Sampai boleh tertelan?” Ini soalan pertama saya aju kepada beliau.
“Saya lihat kembali pada X-ray. Ya, memang jelas ada di situ. Seakan-akan tertanam dalam rongga leher!” katanya
Ketika itu, katanya pesakit berkenaan hanya tertunduk dan teragak-agak.
“Saya nak bersihkan gigi, doktor. Guna pin itu, kemudian termasuk ke dalam,” katanya.
Kemudian pesakit berkenaan dibawa ke bilik prosedur. Menurut Dr Ezairy, prosedur itu menggunakan segala alatan yang ada.
“Dengan bantuan 70 degree scope, kami dapati jarum itu betul-betul tercucuk di bahagian atas salur makanan beliau. Sedikit lagi nak masuk ke salur pernafasan.
“OK, awak buka mulut. Kami akan tarik lidah awak keluar. Rileks saja. Kalau buat kat sini tak berjaya, kita terpaksa bawa awak ke dewan bedah” katanya.
Menurutnya, mujurlah pesakit itu sangat kuat ‘semangat.’ Walaupun proses mengeluarkan jarum berhadapan kesukaran, remaja itu tetap positif.
Jarum pin tersebut difahamkan yang tertanam di bahagian atas salur nafas dan salur makanan. Bagaimanapun dengan usaha yang dilakukan, pin tersebut berjaya dikeluarkan.
“Alhamdulillah, dengan kuasa Tuhan, akhirnya jarum pin ini berjaya dikeluarkan. Beliau tidak perlu dibawa ke dewan bedah.
“Ada dua pengajaran utama daripada kisah ini. Pertama saya seru orang ramai elakkan menggunakan alatan tajam dan bahaya untuk membersihkan celah gigi. Jarum jangan sekali, bahaya.
“Kedua, jika tersangkut apa-apa pada tekak, ikut langkah yang pesakit saya ini lakukan. Datang segera ke hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan tunggu saja di rumah,” katanya.
Dalam pada itu. Dr Ezairy turut juga menasihatkan para wanita usah mengepit jarum peniti pada mulut ketika ingin memakai tudung. Ada juga bahaya menanti.
“Bahaya ketika kepitkan jarum pin peniti kat mulut ketika nak ‘gayakan’ tudung.
“Takut tanpa sedar, terbersin atau ada orang belakang datang tepuk secara tiba-tiba,” katanya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.