Ada yang berdepan dengan masalah kulit berminyak teruk? Tahu tak majoriti yang ada masalah jerawat teruk berpunca daripada kulit yang terlalu berminyak.
Kenapa kulit muka kita jadi berminyak?
Kulit Berminyak Teruk, Cuba Sapu Telur Dan Lemon 15 Minit!
Sebenarnya ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan sebum berlebihan pada kelenjar minyak pada kulit muka. Pori-pori muka akan jadi tersumbat dan menjadikan jerawat tumbuh makin banyak.
Untuk anda yang ada masalah kulit berminyak tu, cuba petua terbaik daripada Puan Rosnani Ikan untuk cegah kulit berminyak.
Ads
Bahan-bahan :
Lemon
Putih Telur
Cara-caranya :
1. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja
2. Perahkan beberapa titis lemon kedalam putih telur
3. Kacau hingga berbuih
4. Tunggu hingga 15 minit atau sehingga kering
5. Bilas dengan air bersih.
6. Kulit akan rasa sedikit tegang lepas cuci. Jangan lupa apply moisturizer untuk jaga kelembapan kulit.
Ads
2 gabungan bahan ni sangat terbaik untuk pori terbuka. Sebab apa?
Astrigen semula jadi dalam putih telur ni mengecut dan mengetatkan liang pori yang terbuka dan seterusnya bantu kawal pelepasan sebum yang berlebihan.
Lagi satu putih telur ni akan keluarkan minyak berlebihan dan kotoran jauh kedalam liang pori kita supaya tak tersumbat.
ingredients for homemade food and cosmetics
Gabungan dengan jus lemon yang akan membersihkan liang-liang pori dan juga berfungsi sebagai astringen. Kandungan asid dalam jus lemon menyerap minyak pada wajah dan mencuci pori tanpa menggangu tahap keseimbangan wajah berminyak.
Nota: Sebenarnya kulit kita ni ada berjuta-juta liang pori. Dan di dalam setiap liang pori itu ada kelenjar minyak. Bila tersumbat, itu terjadinya jerawat lebih teruk.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Ramadan bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, ia adalah sekolah kesabaran. Tapi sis, sabar tak bermakna kita perlu sekadar berbaring di atas sofa sementara menunggu waktu berbuka, kan?
Ramai yang bertanya, “Boleh ke bersenam masa puasa?” Jawapannya: Mestilah boleh! Kuncinya adalah memilih senaman yang tidak terlalu membebankan tetapi memberi kesan maksima kepada otot. Cukup sekadar 15 minit pada waktu petang (sekitar sejam sebelum berbuka), badan anda akan rasa lebih ringan dan kadar metabolisme pun terjaga.
Jom cuba rutin 7 Gerakan Ajaib ini yang boleh anda buat di rumah sahaja:
Lakukan gerakan ini selama 2 hingga 3 minit. Ia sangat berkesan untuk memantapkan otot perut. Jangan paksa diri terlalu lama; kita mahukan kualiti, bukan kuantiti, supaya tidak kehilangan terlalu banyak air badan.
Jangan bayangkan tekan tubi ala tentera yang menyeksakan. Cukup lakukan 20 kali dalam satu set untuk mengaktifkan otot lengan dan dada.
Tip: Kalau tidak kuat, boleh letakkan lutut di lantai untuk sokongan tambahan.
Gerakan ini nampak mudah tapi sangat membantu untuk kesihatan tulang belakang dan keseimbangan badan. Ia memberikan regangan yang cukup selesa untuk keseluruhan otot anda.
Cara: Pastikan tangan dan lutut selari di lantai, kemudian angkat tangan dan kaki bertentangan secara serentak.
Berdiri tegak dan rendahkan badan perlahan-lahan seperti mahu duduk. Fokus pada pernafasan anda. Ini adalah gerakan terbaik untuk memantapkan otot peha dan punggung agar lebih pejal.
Namanya mungkin unik, tapi fungsinya serius! Gerakan ini nampak ringkas tapi impaknya pada bahagian perut sangat padu. Lakukan selama beberapa minit untuk otot teras yang lebih kuat.
Ini adalah posisi popular untuk meregangkan badan. Ia membantu melancarkan aliran darah ke kepala dan membuatkan badan rasa serta-merta segar selepas seharian bekerja di depan komputer.
Hanya perlukan dinding sahaja! Sandarkan badan pada dinding dan “duduk” dalam posisi 90 darjah tanpa kerusi. Lakukan selama beberapa minit. Sangat bagus untuk mengecilkan dan menguatkan otot peha.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lemak tepu tersebut adalah lemak yang likat dan jika masuk ke dalam badan kita dan agak sukar untuk diuraikan menjadi zat, akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga.
Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan menjadikan risiko lebih tinggi untuk menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan lain-lain lagi.
– Kolesterol 180m
– 435 Kcal
– Lemak tepu 11.80g
Kulit ayam mengandung banyak kalori, apalagi jika digoreng dengan tepung. Jadi, jangan hairan jika korang mengalami kenaikan berat badan bila sering makan kulit ayam goreng.
Bahkan, bila pengambilan kulit ayam tidak segera dikawal korang akan mengalami berat badan berlebih (overweight) atau obesiti.
Kedua-dua keadaan ini akan meningkatkan risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, hipertensi atau strok.
Pengambilan kulit ayam yang terlalu banyak atau banyak kali dapat meningkatkan risiko terjadinya penyakit jantung, tambah lagi jika kulit ayam diambil bersama makanan tinggi kolesterol lain seperti junk food atau gorengan.
Hal ini kerana kelebihan kolesterol dalam darah berkumpul pada dinding pembuluh darah dan membentuk plak.
Plak tersebut akan menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyempitan pembuluh darah arteri. Jika ia menyempit pada pembuluh darah jantung, boleh menjadikan kepada penyakit jantung koroner.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.