Zaman sekarang, ramai memilih jalan untuk cantik cara jimat. Bukan sayang duit nak beli skincare tetapi agak susah cari produk yang serasi dengan kulit wajah. Paling takut kalau terkena produk yang ada bahan kimia terlarang. Rosak muka!
Jadi untuk selamat, lebih baik guna bahan alami dan cuba buat sendiri untuk kekalkan awet muda. Alah, memang orang dulu-dulu pun jaga mukanya dengan cara ini sahaja. Pusing-pusing bahan yang sama cuma cara sahaja berbeza.
Kali ini petua cantik ini dikongsikan oleh Puan Shafinaz Johari, nampak gaya ada dua bahan berbeza untuk pagi dan malam. Jemput selongkar dulu, ya!
Cantik Cara Jimat
Ads
Saya memang jenis suka makan sayur, khasiat sayur dan buah-buah cukup bagus. Kalau saya beli lebih tomato dan timun saya selalu kisar hancur macam ini.
Ads
Selepas itu simpan dalam peti sejuk, saya buat masker muka. Boleh simpan sampai 2 minggu atau lebih dalam peti sejuk.
Kalau tomato lepas kisar hancur, letak tepung beras, pakai waktu siang, buat bedak sejuk muka.
Muka akan tegang, licin dan jerawat tak ada. Kalau timun pula kisar saja, simpan peti sejuk, pakai dimuka waktu malam.
Waktu pakai masker ini lah, untuk rehatkan minda. Bagi saya, tak perlu pakai produk mahal dan yang kadang tak serasi dengan kulit wajah. Amalkan sesekali macam ini pun dah bagus.
Semoga bermanfaat buat anda semua.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita tahu demam berpanjang, selesema dan batuk sebagai simptom awal jangkitan virus Covid-19.
Namun sebenarnya ada petanda lain yang juga mungkin anda dijangkiti virus merbahaya ini.
Walaupun tiada bukit sahih, namun data ini telah diamail daripada beberapa pesakit yang telah dijangkiti Covid-19.
Satu kajian baharu mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku tangan seseorang, lapor akhbar Mirror UK.
Menurut ciapan Twitter seorang pakar, Profesor Tim Spector pada Mei lalu, terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan yang boleh menunjukkan sama ada seseorang itu berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak.
Kini, terdapat pendapat beberapa pakar kesihatan lain yang mendakwa jika kuku tangan kelihatan pelik atau mempunyai garis putih melintang yang ketara, ia mungkin petanda mereka dijangkiti Covid-19.
“Tiada bukti sahih mengenai kaitan kewujudan garisan yang dikenali sebagai ‘Mees Lines’ ini dengan petanda badan dijangkiti virus berbahaya.
“Namun, beberapa pesakit Covid-19 dikesan memilikinya selepas mendapat jangkitan wabak ini,” jelas sekumpulan pakar itu.
Sementara itu, Presiden Dermatologi Britain, Dr. Tanya Bleiker menjelaskan bahawa antara kesan ketara Covid Nails adalah garisan di kuku sekitar 5 millimeter serta pembentukan garisan seperti bulan sabit berwarna merah dan oren adalah yang sering dialami pesakit di Eropah.
Tanda terakhir adalah kuku tercabut tanpa sebarang kesakitan atau bengkak awal. – Agensi
Sekitar tahun 2019, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pernah mengalami masalah komplikasi jantung hingga menyebabkan dirinya terpaksa berehat panjang.
Menyedari betapa berharganya menjaga kesihatan, Uyaina atau mesra dipanggil Yana kini begitu menitik beratkan pengambilan waktu rehat yang cukup.
Oleh kerana dirinya terdedah dengan pelbagai aktiviti sihat dan aktif, jadi mengambil kisah pengalaman dulu menjadikan dia kini sangat berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Sebelum itu Yana ada terfikir (ketika sakit), bolehkah Yana teruskan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Tetapi alhamdulillah, dengan langkah penjagaan kesihatan diri yang betul seperti mengambil ubat sepatutnya, paling penting mental kita main peranan perlu yakinkan badan kita yang diri kita ok sebenarnya.
“Kita kena tentukan untuk jaga tidur, rehat secukupnya, makan kena on time, makan ubat sepatutnya dan insyaAllah semuanya akan ok.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi episod (seperti pertama kali melaluinya) dan harapnya akan berterusan. Yana rasa dah tahu bagaimana nak menjaga diri dan jaga kesihatan. paling penting rest, rest dan rest,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis Pencarian Superwomen anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Tambahnya dia juga jika masuk kereta, akan mengambil masa untuk berehat dengan melelapkan mata seketika. Menurutnya inilah waktu terbaik curi masa untuk tidur dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.
Ketika ditanya petua untuk menjaga kesihatan diri pula, Uyaina memberitahu dia lebih gemar mengamalkan cara tradisional.
“Kakak Yana selalunya akan blend tomato. Kalau Ummi Yana pulak akan blend daun pegaga dibuat jus. Yana juga suka minum cuka epal yang dicampur dengan madu. Tiga benda ini dah cukup untuk Yana jaga kesihatan dalaman berbanding pengambilan suplemen lain.
“Cuma Yana ada juga cuba minum campuran air kunyit halia, manjakani yang diadun macam jamu tradisional. Dan Yana rasa benda ini bagus untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Sebagai wanita bab menjaga kesihatan dalaman ini sangat penting. Selalunya Yana blend pegaga yang dibuat jus untuk stok seminggu,” jelasnya yang kelihatan tampil cukup berseri-seri ketika di majlis pernikahannya baru-baru ini.
Dia yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Raja Syahiran pada Disember lalu di Colony Star Boulevard.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.
Dalam satu posting di laman sosial Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu seramai 40 petugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19.
Menurutnya sebanyak sembilan kes dijangkiti lebih dua minggu selepas dos kedua manakala 31 kes dijangkiti kurang dua minggu selepas dos kedua vaksinasi.
Seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti selepas dos pertama, katanya.
Bagaimanapun katanya, kesemua mereka mengalami simptom jangkitan yang tidak teruk.
“Ia jelas kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi, tetapi mungkin kurang teruk,” ujarnya
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan agar kita semua terus mematuhi semua garis panduan kesihatan awam.
“Tiada yang selamat sehingga semua orang selamat. Tolong teruskan patuh semua garis panduan kesihatan awam (3S dan 3w).”
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.