Pernah tak anda ambil peduli tentang pasangan narsisistik, mungkin ada yang kurang tahu tetapi sedang melalui dalam hubungan rumahtangganya.
Parah dan hati boleh retak seribu jika anda berdepan dengan pasangan Narsisistik. Nak tahu lebih jelas lagi ciri-ciri dan maksud Narsisistik, jemput baca perkongsian daripada Puan Syahirah Omar.
Dapat Pasangan Narsisistik
Rasa nak menulis tentang mereka yang berhadapan dengan pasangan Narsisistik dalam perkahwinan.
Pendapat saya ni secara umum dan bukan berkaitan dengan mana-mana individu. Sekadar untuk memberi awareness tentang NPD ni.
Kemungkinan anda salah seorang mangsa pasangan NPD.
Apa sebenarnya narsisistik?
Individu yang mempunyai ciri Narcissistic Personality Disorder (NPD) memang mempunyai gangguan mental dan sentiasa beranggapan bahawa dirinya jauh lebih penting daripada orang lain dan mengagumi diri sendiri.
Jadi dalam perkahwinan, memang boleh merana ya pasangan yang hidup dengan individu begini.
Karakter individu narsisistik memang dia sangat ketagih untuk lihat pasangan menderita. Bila pasangan menderita tu mereka rasa sangat puas.Suka sangat lihat pasangan menangis, merayu. Psycho sangat kan?
Ads
Kononnya Dia Tak Pernah Salah
Memang sentiasa rasa tak pernah salah, ego sangat tinggi, takkan sesekali memujuk dan jauh sekali untuk meminta maaf.
Kemudian, bila mula rasa pasangan sudah tidak memberi faedah untuk hidup, memang dia akan seksa mentally, verbally, malah ada yang physically.
Dia takkan beri ruang untuk communicate ( stonewalling). Dia akan cut off dan pergi cari orang baru yang ada keuntungan untuk diri dia.
Dalam masa yang sama, dia akan buat pasangan berada di posisi yang salah dan dia adalah mangsa keadaan. Selagi boleh dia tak akan ceraikan pasangan sebab biar kesalahan tu di pihak pasangan bukan dia.
Ads
Memang iras Syaitan betul karakter narsistik ni. Tak mustahil pasangan trauma, anxiety, gangguan mental disebabkan hidup dengan pasangan begini.
Dan kenapa mangsa pasangan narsisistik susah untuk keluar dari perkahwinan sedangkan sepatutnya dari awal lagi perlu angkat kaki?
Tak semudah yang kita fikirkan.
1.Pemikiran mangsa sudah di dibentuk bertahun untuk rasa takut, confuse dengan diri sendiri.
2. Sentiasa rasa diri sendiri yang tak berguna kerana sentiasa disalahkan dan dibuat untuk rasa bersalah.
Ads
3. Trauma dan ketakutan sehingga hilang keyakinan diri untuk bertindak.
4. Dan ada waktu yang pemangsa akan balik, dan buat pasangan terbuai buai disayangi semula ( love bombing sama seperti awal perkahwinan). Selalunya bila scandal pemangsa sedang buat perangai.
5. Pemangsa sangat jelas dengan kelemahan mangsa dan akan gunakan segala kelemahan untuk buat mangsa hidup merana. Dan mereka sangat pandai manipulate mangsa.
6. Masih percaya satu hari nanti pasangan akan berubah dan insaf. Buat pengetahuan semua, individu yang narsisistik tidak akan berubah melainkan melalui terapi dan berjumpa dengan pakar psychiatrist/psychologist.
Hanya dengan keinginan mereka sendiri untuk berubah bukan dipaksa oleh sesiapa. Selalunya mereka tak mengaku pun mereka ada ciri narsisistik.
Jika pilih untuk hidup dengan pasangan narsisistik, kalian perlu belajar bagaimana untuk berhadapan dengan mereka. Sebab mereka memang ada kelemahan.
Cuma bila mental mangsa tidak lagi kuat dan waras, sukar untuk cuba lawan.
Sekali lagi, penulisan saya ini sekadar memberi awareness tentang karakter pasangan narsisistik. Saya doakan jika ada di antara kalian sedang struggle berhadapan dengan pasangan begini, semoga Allah beri kekuatan untuk keluar dari perkahwinan dan mulakan hidup baru.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi satu kejayaan apabila seseorang itu berjaya melepasi perjalanan sukar dalam misi menurunkan berat badan.
Memulakan perjalanan diet sekitar September tahun lalu setelah melihat kejayaan teman baiknya menjadikan dirinya turun bersemangat untuk mencapai berat ideal.
Perkongsian Deeja Aisyana yang berjaya mengurangkan sebanyak 4 kg pada bulan pertama tanpa senaman, sebaliknya mengira sendiri kalori diambi menjadi penguat semangat untuk meneruskan misi diet.
Siapa sangka hampir 10 bulan, dia akhirnya berjaya menghilangkan 18 kg daripada berat asal sebelum itu 88 kg.
Ikuti perkongsiannya yang hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dan workout tanpa henti.
Assalamualaikum..terima kasih admin..approve post saya..saya tak pernah kongsi apa-apa gambar pun..cuma pernah tanya soalan-soalan saja.. Saya nak share progress tentang diri saya yang saya sendiri tak sangka boleh capai sampai tahap ini..dlm keadaan yang sangat santai..
Saya mula dsss ini stat Sept 2020 lepas tengok kejayaan kawan baik saya Ummu Najahyang berjaya dapat berat ideal sejak amalkan dsss ini..hari-hari tengok dia update menu dia makan, dan senaman dia buat (run dan jogging)..lama-lama terinspirasi la nak cuba..
Bulan pertama saya cuba, saya lost 4kg (tanpa senaman berat 88kg)..saya belajar kira kalori sendiri, saya banyak membaca dari post-post coach dan member dalam ini..banyak tengok youtube tentang diet dann ilmu-ilmu diet macam mana cara bakar kalori lebih ketika senaman.
Then terus bersemangat sampai skang. Progress dari ikut dsss dan workout dari umah(hiit workout chloe ting stat masa berat 80kg) dann pergi gym hari ahad je ikut husband (yang nak naikkan berat badan) memang cepat dan berkesan.
Sampai skang ini dah Jun 2021, saya masih teruskan lagi dsss dan workout chloe ting 3kali seminggu..total lost 18kg dah..berat sekarang 70kg..saya target dari awal-awal diet itu nak turun sampai 65kg..dah last-last ini agak slow, tapi saya tak pernah give up sebab saya seronok dengan diri saya sekarang..
InshaAllah saya akan teruskan dsss ini sampai bila-bila sebab ini adalah cara pemakanan saya sekarang.. Alhamdulillah, Saya dapat sokongan penuh dari husband saya yang nak naikkan berat badan (dari 58kg now 70kg), saya pulak nak turunkan berat badan.
Sama-sama workout kat umah, workout kat gym, sama-sama jaga makan, sama-sama minum protein, yang paling penting sama-sama saling mengingatkan..
Yang paling best husband dah boleh angkat saya. Pagi tadi dia cakap nak buat squat sambil angkat saya kat belakang..saya yang seram pulak pikir keadaan itu nanti..
Viral baru-baru ini dikatakan biskut kraker kegemaran ramai, Hup Seng dikatakan mendapati bahawa 60 sampel biskut dan keropok yang diuji mengandungi elemen mendorong kanser, seperti glycidol atau acrylamide.
Ia susulan laporan hasil penemuan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar biskut terkemuka tempatan itu baru-baru ini.
“Kami percaya bahan cemar ini boleh dielakkan kerana menurut penemuan kami beberapa bahan dalam biskut ini adalah minyak sawit. Anda boleh meminimumkan bahan cemar sebanyak mungkin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HKCC, Gilly Wong Fung-han.
Badan pengguna itu juga mendapati sebanyak 40 peratus produk yang dianalisis mempunyai label nutrisi mengelirukan.
Ramai yang kecewa dengan dakwaan ini memandangkan sejak turun temurun sudah menjadikan biskut ini sebagai makanan tambahan yang sangat sedap dicicah dengan minuman panas.
Namun Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.
Menurut laporan Berita Harian Hup Seng dalam satu kenyataan berkata, sebagai pengeluar makanan yang bertanggungjawab secara sosial sejak 1958, kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan tertinggi syarikat.
“Kami berterima kasih di atas keprihatinan anda terhadap laporan yang dibuat ke atas produk kami oleh HKCC.
Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap siasatan mereka, jika diperlukan.
“Kami dengan ikhlas berterima kasih kepada pelanggan setia dan kakitangan di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu tersebut, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu berkata siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.
Ia juga mengatakan Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.
Jadi bagi peminat biskut kraker ini jangan risau untuk menjadikan ia makanan tambahan kerana selamat untuk dimakan pada bila-bila masa.