Warna putih sering dikaitkan dengan pilihan rona yang suci dan bersih. Malah menurut My Health salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar.
Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi.
Tetapi juga dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.
Oleh sebab itu tidak ramai gemar pilih warna ini kerana dikatakan senang kotor dan boleh mencacatkan penampilan seseorang nanti.
Tetapi minggu lalu pelakon, pengacara popular Neelofa berani memilih warna putih untuk majlis perkahwinannya.
Bukan sahaja pengantin memilih warna putih untuk baju digayakan, tetapi juga tetamu tetapi yang hadir turut mengenakan pakaian berwarna putih bagi meraikan tema majlis penuh barakah ini.
Ads
Ayuh kita lihat, antara selebriti yang hadir menggayakan putih di majlis yang dikatakan juga wedding of the year.
Sebagai seorang wanita pastinya kita sangat menjaga penampilan dan kecantikan diri.
Pantang mendengar pelbagai lambakan produk kecantikan menjual item terbaru di pasaran.
Namun kita sebenarnya perlu sentiasa berhati-hati kerana ada antaranya disahkan mengandungi racun.
Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dan mengingatkan orang ramai supaya elak membeli beberapa produk kosmetik ini kerana mengandungi racun berjadual.
Ini kerana kesannya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan antaranya kemerahan pada kulit, berjerawat, kulit jadi nipis dan juga meningkatkan risiko kanser kulit.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Produk yang mengandungi hydroquinone dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal! Wanita yang sedang hamil sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan sepanjang tempoh kehamilan.
Justeru itu, mereka ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dari awal kehamilan hingga waktu untuk melahirkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini seperti kematian.
Dalam perkongsian Public Health Malaysia mendedah salah satu wanita hamil yang mengalami masalah Deep Vein Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah beku di saluran darah boleh menyebabkan kematian.
DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.
DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)
Apakah punca?
– Berusia lebih 60 tahun
– Mempunyai berat badan berlebihan
– Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
– Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
– Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
– Mengalami dehidrasi
Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT, alami sesak nafas atau sakit dada.
Baru-baru ini viral kematian mengejut seorang wanita sarat hamil telah mendapat perhatian ramai. Dia yang hamil anak kelima telah pergi bersama bayi yang dikandungnya.
Sebelum dijemput Ilahi, arwah Aizura Zulkifli sempat menulis posting memberitahu situasi dirinya seperti mengalami simptom ‘angin tak lepas’ yang berkaitan dengan pernafasan dan penghadaman.
Nikmat bernafas, nikmat membuang air besar, nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri kerana setiap hari dapat melakukannya tanpa masalah.
Bangun pagi sahaja sudah boleh menghirup udara segar. Masuk tandas boleh membuang air seperti biasa.
Sejak semasa membuka buku pink (mendaftarkan kehamilan) tempoh hari, aku sudah terbatuk-batuk kecil. Jururawat ada bertanya masa tu, tetapi aku beritahu sebab muntah lepas gosok gigi, maka tekak tidak selesa. Rupa-rupanya batuk itu bukan sekejap sahaja.
Batuk-batuk ini menyebabkan aku semakin mengah untuk bernafas hinggakan rakan sepejabat beranggapan aku berjogging.
Apabila batuk semakin teruk, apa yang dimakan semua aku muntahkan semula. Semuanya. Aku jadi tidak berselera untuk makan selepas itu. Muntahkan makanan, tidak makan, maka aku tidak membuang air besar
Beberapa hari selepas itu, Selasa 18 OKtober, aku batuk, mengah dan sakit dada sebelah kanan. Kahak pula ada sedikit darah. Aku ke klinik dan doktor berikan ubat batuk herba sahaja. Sarannya jika sakit dada keterlaluan boleh ambil paracetamol. Ubat lain memang tidak sesuai.
Hari Khamis, rasa agak baik dan ada selera makan. Jadi pada paginya makan bihun di pejabat. Tengah hari aku makan limau sejuk, selepas makan limau rasa tidak selesa pada dada kanan. Bukan rasa ketat dada tetapi sakit mencucuk. Aku agak ini angin.
Khamis malam sudah mula rasa tidak larat, beritahu suami tetapi beliau seperti berbelah bahagi untuk balik, ada urusan lagi.
Aku sudah tidak kisah kalau suami tidak balik, aku boleh telefon sahaja ambulans. Anak-anakm Yam dengan Haajar pandai-pandailah jaga diri. Aku tidak boleh berbaring, rasa sangat sakit. Tiada posisi yang selesa dan hanya boleh tidur duduk sahaja. Setiap kali tarik nafas dan batuk akan rasa sangat sakit pada dada.
Sebelum Subuh, suami sampai Johor, sekitar pukul 4.00 petang dadaku sangat sakit, nafas tercungap. Apabila tarik nafas dlam, dirasakan seperti ditikam. Aku buat keputusan untuk ambil ubat paracetamol, maka berkurangan sedikit rasa sakit. Tidak boleh tidur langsung, hanya pejamkan mata menahan sakit.
Pada Jumaat aku sekali lagi ke klinik. Oksigen turun sedikit maka doktor bagi rawatan nebulizer. Aku diberikan ubat sembelit juga kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.
Alhamdulillah kini aku sudah boleh bernafas agak baik.Cuma kalau baring masih tidak selesa. Tarik nafas dalam pun ada rasa mencucuk dada, jadi aku bernafas pendek sahaja.
Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut seperti batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam, semuanya membuatkan aku rasa sakit. Kahak pada waktu pagi masik ada darah pekat. Agaknya aku batuk kuat sangat.
Aku tidak penah hadapi situasi seperti ini. Penyakit refluks asid (gastroesophageal reflux disease – GERD) atau apakah ini, memang tidak pernah.
Aku memang sudah berhenti minum kopi, kurangkan makanan gluten keranan rasa kembung selepas makan. Makanan tinggi histamin memang jarang ambil sepanjang kehamilan kerana aku memang ada isu berkaitan makanan itu.
Doakan aku sihat seperti biasa, gambar aku masa sakit sangat buruk. Aku masih tidak buang air besar, doakan ya. #catatanpregnantdiusia40.
Aizura dalam hantaran lain turut berkongsi degupan jantungnya laju dan rasa hendak pitam. Malah beliau berkongsi sakit pada kaki kanan dan terpaksa berjalan terhincut.
“Sakit kaki kanan dan mula kejang pada betis. Semasa memasak tempoh hari sedikit terpelecok. Urut sendiri, selepas urut esoknya rasa sakit hinggakan tidak boleh berpijak atas lantai. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak, tetapi tidak makan
“Perasan ada biji pada tapak kaki, siang tadi memang sakit sangat. Kawan kata biji itu angin. Biji angin pada tapak kaki? Bagaimana hendak pecahkan, aduhai seksanya. Kaki kiri pun sudah mula sakit kerana berjalan tidak seimbang.
Takziah untuk keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Baik perempuan atau lelaki, anda kena pandai pilih produk muka yang sesuai. Andai dah tersalah pakai dan tak serasi, kulit wajah boleh jadi rosak.
Terbaik untuk anda yang jenis suka menjaga kulit wajah, La Roche-Posay bekerjasama dengan pakar dermatologi di seluruh dunia untuk menghasilkan produk penjagaan kulit muka yang mengubah kehidupan, selamat dan berkesan.
Kalau ikutkan pun, setiap wanita pasti mengimpikan kulit yang bersih, lembut, glowing bak artis Korea kan? Masing-masing kalau boleh nak tampil cantik walaupun tanpa solekan. Tapi kalau dah sekali terjerumus dalam masalah kulit sensitif ni memang susah dibuatnya. Pakai apa pun serba tak kena. Kulit rasa tegang, merah merekah, dan paling teruk bila munculnya ‘Miss J’ yang tumbuh melata di seluruh kulit muka.
Tak kira bahan kimia mahupun keadaan persekitaran, perubahan hormon dan kondisi klinikal, banyak faktor yang boleh mengakibatkan kulit sensitif. Nak rawat kulit sensitif ni bukan mudah tetapi paling penting ialah elakkan memilih produk yang salah!
La Roche-Posay bekerjasama dengan pakar dermatologi di seluruh dunia dengan menghasilkan produk penjagaan kulit muka yang mengubah kehidupan malah selamat digunakan dan berkesan. Jenama ini menumpukan kepada inovasi produk yang selamat dan berkesan untuk semua jenis kulit seperti kulit alergik, kerengsaan matahari, kulit berjerawat dan kulit yang merengsa.
Mengulas tentang kulit sensitif, perunding dermatologi, Dr.Mazlin Mohd Baseri menjelaskan bahawa sensitif kulit boleh menjejaskan semua jenis kulit, daripada kulit berminyak dan berjerawat kepada kulit kering dan matang.
Dengan misi untuk memberi kelegaan kepada kulit sensitif, pelbagai rangkaian produk La Roche-Posay boleh didapati termasuklah Effaclar untuk kulit berjerawat dan berminyak, Pigmenclar untuk memudarkan bintik hitam, Cicaplast yang memulihkan dan melindungi fungsi pelindung kulit dan Anthelios yang menyediakan perlindungan matahari spektrum luas.
Bahan eksklusif La Roche-Posay adalah air daripada kolam air panas yang kaya dengan selenium. Ini merupakan bahan utama dalam formula penjagaan kulit muka yang terkenal dengan sifat menenangkan dan aktioksidan yang diperolehi daripada Thermal Dermatology Centre di Perancis yang merupakan No.1 di Eropah hari ini.
Jadilah pengguna yang bijak dalam menentukan apa yang terbaik untuk rawatan kulit wajah anda. Untuk maklumat lanjut tentang La Roche-Posay dan rangkaoan produknya, layari laman web La Roche-Posay Malaysia.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.