Bermula petang ini program vaksinasi diberikan secara percuma di seluruh negara dan antara penerima pertama adalah Perdana Menteri.

Namun begitu untuk program ini wanita mengandung serta menyusukan anak disuruh untuk menangguhkan pengambilan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud.

Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib berkata, ini kerana buat masa ini belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan golongan berkenaan.

“Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan ‘live virus’ dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan ‘live virus’, tetapi ia menggunakan messenger ribonucleic acid (mRNA).

“Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

“Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu,” katanya dalam satu program.

IKLAN
Program Imunisasi Covid-19 Dah Bermula, Tapi Wanita Mengandung & Susukan Bayi Kena Tangguh Ambik. Ini Sebabnya!
Kredit: Pexel.com

Mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata, orang ramai tidak usah khuatir jika tidak mempunyai apa-apa alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Beliau berkata, vaksin Pfizer-BioNTech, selain mRNA sebagai kandungan aktif utama, ia juga mempunyai pelbagai bahan kimia yang tidak aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang berkemungkinan menyebabkan alahan.

“PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit.

IKLAN

“Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubat-ubatan, dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” katanya.

Niazlin berkata, bagaimanapun mereka yang mempunyai alahan tetap boleh mengambil suntikan tersebut dengan langkah berjaga-jaga, malah akan ada pekerja bahagian kecemasan bersedia untuk bertindak dengan segera sekiranya berlaku alahan.

Selain itu:  Selain Guna Aplikasi MySejahtera, KKM Kongsi 4 Lagi Kaedah Mendaftar Untuk Dapatkan Vaksin Covid-19

Pada masa sama, katanya, mereka yang pernah mendapat alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut, malah mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi, dikecualikan daripada mengambil vaksin berkenaan.

IKLAN
Program Imunisasi Covid-19 Dah Bermula, Tapi Wanita Mengandung & Susukan Bayi Kena Tangguh Ambik. Ini Sebabnya!
Kredit: Pexel.com

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan:

Tawar Diri Jadi Sukarelawan Kajian Vaksin Covid-19, Lepas Suntikan Lelaki Ini Akui Jalani Kehidupan Seperti Biasa

Tabiat Pemakanan Punca Utama Kanser Usus, Ini Bahayanya Perlu Tahu Lepas Payudara & Serviks

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI