Ada orang waktu sahur memilih nasi sebagai kekal bertenaga sepanjang berpuasa. Dan ada juga memilih sajian lain seperti oat yang juga baik sebagai penambah tenaga.
Namun begitu, untuk makan begitu sahaja oat pastinya berselera lebih-lebih lagi waktu pagi.
Jadi apa kata anda cuba résipi sihat overnight oat ini yang disajikan dengan pelbagai hidangan sampingan lain.
Nampak menyelerakan apatah lagi dtambah pelbagai bahan lain seperti buahan dan kekacang.
Nur Mastura Othman menerusi entri Facebooknya berkongsi 26 resipi overnight oats yang mudah untuk dibuat. Hanya menggunakan 5 bahan asas, dia pelbagai idea resipi overnight oats dengan buah-buahan dan bijirin berkhasiat.
Jadi bagi anda yang sedang berdiet mahupun yang ingin menurunkan paras kolesterol, bolehlah ikuti resipi yang dikongsikan sepanjang Ramadan ini.
Bismillah.
Mudah sahaja nak buat overnight oatmeal ni. Hanya 5 bahan asas. (Untuk bekas sederhana besar)
Bahan-bahannya:
1) 5-6 tbs rolled oats (oats ini lebih berkhasiat dan tidak terlalu lembik bila dibiarkan semalaman)
2) 1 cup fresh milk (saya gunakan susu segar farm fresh/ goodday kerana tiada bahan pengawet, susu segar dari ladang)
3) 1-2 tbs natural yogurt (jenama farm fresh, natural tiada bahan pengawet atau perasa tambahan. Boleh juga guna natural greek yogurt tapi oats akan jadi lebih pekat)
4) 1/2 tbs Chia Seeds (nak kurus, ni makanan yang sangat sesuai jadi amalan. Terlalu banyak kebaikan antaranya kandungan omega-3 8x lebih dari ikan salmon, control blood sugar, buat kita rasa kenyang, penambah kesuburan dan bermacam-macam lagi.)
5) 1-2 tbs honey (pemanis semula jadi. Madu bagus untuk kekalkan tenaga)
Cara nak buat:
Campur semua dalam 1 bekas (saya guna bekas kaca kerana proses penyejukan akan lebih sekata). Biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Tambahkan buah-buahan, kekacang, kismis mengikut selera masing-masing.
Sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan nak kurangkan tahap kolesterol dalam badan.
1. Nuts Heaven Overnight Oats
Bahan tambahan: Pistachio Pecan nuts Walnuts
2. Red Plums Overnight Oatmeal
Bahan tambahan: Red plums Black raisins
Ads
3. Choc-Chips Cinnamon Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc-chips Drizzle of cinnamon dusting
4. Plain Overnight Oatmeal
5. Choc-Pomegranate Overnight Oats
Bahan tambahan: Choc powder Pomegranate
6. Pistachio Joy With Black Raisins Overnight Oats
Bahan tambahan: Pistachio Black raisins
7. Orange And Vanilla Overnight Oats
Bahan tambahan: Vanilla flavor Black raisins Orange juice
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet. Strict Jaga Makan & Rajin Ke Gym, Hasilnya Mantap! Semuanya bermula sewaktu zaman PKP dua tahun lalu. Ketika itu disebabkan aktiviti terhad, jadi berat badan semakin naik sehingga mencecah 100 kilogram.
Waktu itu Hisham Jejai Musa, sudah mula insaf untuk melakukan diet dan akhirnya berjaya turun sebanyak tiga kilogram.
Hajat untuk menurunkan lebih lagi kilogram agak terbatas dengan pelbagai alasan. Namun itu semua bukan alasan untuk terus melakukan diet sebenarnya bagi mengurangkan berat badan.
Berat Naik Mendadak Masa PKP, Terus Nekad Diet
masa kat sabah.. baju yang sama.. tak letak mana-mana pic ni
Memulakan diet pada 17 Jun lalu dan nekad melakukannya hingga betul-betul jadi. Ini kerana sebelum itu dia kecewa gambar ketika bercuti di Sabah semuanya nampak tidak cantik dan memuaskan hati.
Biarpun dihiasi dengan background dan view sudah cantik tetapi gambar subjek (dirinya) kelihatan tidak cantik. Malah dia tidak sanggup untuknya posting di mana-mana media sosial.
Ketika memulakan diet beratnya sekitar 97 kilogram dan sehingga hari ini dia sudah berjaya mengurangkan sehingga 15 kilogram menjadikan beratnya sekitar 82 kilogram.
Namun begitu tidak berpuas hati dengan penurunan itu, dia masih lagi dalam target untuk sampai ke angka 70 kilogram.
Tidak lokek berkongsi tip berjaya turunkan 15 kilogram dalam empat bulan ini dengan kebanyakan ilmu diet yang dipelajari melalui grup diet suku-suku separuh.
Antara tip diperoleh: 1. Sedut ilmu-ilmu dalam grup ini dan hadamkan 2. Korbankan rutin yang biasa kita buat. Contoh: makan bertambah kurangkan, minum manis kurangkan. 3. Selain pemakanan yang betul. Petang-petang abang ke gym.. malam lepas Maghrib.. abang berjalan 5km. Ya abg jalan jaa. Tak larat ceq aii. Lagipun kaki sakitt nak lari.. *ok tu jaa laa.. nanti dah dapat 70kg abg up lagi..la abg cuti diet.. sebab abg ada kat oversea.. balik ni sambung
Nak tahu kelebihan guna Vaselin, bukan dengan membaca sahaja, tetapi anda sendiri kena cuba sapu dan amalkan.
Antara yang selalu kita dengar tentang Vaseline atau petroleum jelly ini adalah mampu melembapkan kulit kering dan merawat masalah bibir kering.
Kelebihan Guna Vaseline, Kulit Glowing Dan Lembap
Namun sebenarnya masih banyak kegunaan Vaseline dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Ini antaranya:
1. LEGAKAN KULIT KERING, BIBIR & KELOPAK MATA
Kulit kering akan membuatkan mengelupas, gatal, retak dan juga berdarah. Jadi kalau guna Vaseline, cara ini lebih berkesan dan kurang merengsakan daripada losyen. Malah boleh dioles pada pada bibir dan kelopak mata.
Kulit pada kelopak mata adalah kulit paling nipis pada badan dan boleh merengsa dengan mudah. Jika kelopak mata anda kering dan menggelupas, sapukan sedikit jeli petroleum untuk kelembapan dan perlindungan.
Bagi hasil terbaik, sentiasa sapukan jeli petroleum apabila kulit lembap.
2. BANTU KULIT CEDERA CEPAT SEMBUH
Bagi luka ringan seperti luka, goresan dan calar, gunakan jeli petroleum untuk memastikan luka itu sentiasa lembap. Ini membantu mengelakkan luka daripada kering dan membentuk kudis. Hal ini kerana, kudis mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Ini juga akan membantu mengelakkan parut daripada menjadi terlalu besar, dalam atau gatal. Selagi luka dibersihkan setiap hari, tidak perlu menggunakan salap antibakteria.
3. CEGAH MELECET
Melecet adalah kerengsaan kulit yang menyakitkan, berlaku apabila bahagian badan saling bergesel bersama atau bergesel dengan pakaian.
Bagi mengelakkan melecet, sapukan jeli petroleum pada kawasan yang bermasalah seperti di kaki atau peha.
4. RAWAT RUAM LAMPIN
Cara terbaik untuk mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih. Tetapi jika bayi anda mengalami ruam, sapukan jeli petroleum semasa setiap kali menukar lampin.
Ruam bayi anda akan hilang dalam masa tiga hingga empat hari, dengan penjagaan yang betul. Jika ruam tidak hilang, berjumpa dengan pakar dermatologi yang disahkan oleh lembaga kesihatan.
5. HIDRAT SEMULA KUKU
Jika anda kerap melakukan rias kuku dan pedikur, sapukan jeli petroleum pada kuku dan kutikula anda. Ini akan mengurangkan kerapuhan dan membantu mengelakkan kuku daripada terkelupas.
Bagi hasil terbaik, sapukan apabila kuku anda lembap.
Walaupun jeli petroleum mempunyai banyak manfaat, ini tidak bermaksud boleh digunakan pada segala-galanya.
Elakkan menyapu jeli petroleum pada muka jika anda mempunyai jenis kulit muka yang mudah berjerawat. Sebab ini boleh menyebabkan jerawat pada sesetengah orang.
Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kulit anda atau cara menjaganya, berjumpa dengan pakar dermatologi yang diperakui oleh lembaga kesihatan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain senaman, faktor pengambilan pemakanan juga sangat penting dalam membantu mengurangkan berat badan.
Kita sangat digalakkan mengambil makanan dalam kadar suku-suku separuh selain perlu pastikan minum air masak mencukupi.
Melalui Hello Doktor, disenaraikan panduan 8 jenis makanan yang boleh membantu kita boleh kurus dengan sihat dan selamat.
1. Telur
Telur adalah makanan untuk diet yang popular, terutamanya sewaktu sarapan pagi, yang bantu mengurangkan berat badan.
2. Oatmeal
Oatmeal menyediakan lebih banyak protein, serat, dan kurang gula berbanding bijirin.
3. Sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau seperti kale, bayam, collard dan swiss chards mempunyai rendah kalori dan karbohidrat serta sarat dengan serat yang baik untuk menurunkan berat badan.
4. Sup
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa makan makanan bersup boleh membuatkan seseorang rasa lebih kenyang dan mengambil kalori yang jauh lebih rendah.
5. Kekacang
Dalam satu kajian populasi menunjukkan bahawa orang yang makan kacang cenderung lebih sihat dan lebih kurus berbanding mereka yang tidak memakannya. Hanya pastikan anda tidak makan berlebihan!
6. Buah-buahan
Walaupun buah mengandungi gula semula jadi, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya membantu menghalang gula daripada dikeluarkan terlalu cepat ke dalam aliran darah.
7. Yogurt
Yogurt adalah makanan tenusu yang sangat baik. Sesetengah jenis yogurt mengandungi bakteria probiotik yang dapat meningkatkan fungsi usus anda.
8. Salmon
Ikan berlemak seperti salmon sangat sihat dan menjadikan kita kenyang selama beberapa jam dengan sedikit kalori. Salmon mengandungi protein berkualiti tinggi, lemak sihat dan pelbagai nutrien penting.