Kalau betul nak wajah bersih di tahun baru, anda kena lah rajin manjakan kulit. Ada dua pilihan untuk anda yang suka menjaga kecantikan, sama ada keluar pergi Spa atau cuba amalkan petua orang lama di rumah sahaja.
Jika anda jenis suka jimatkan poket, anda hanya perlu kemas peti dan ambil bahan alami yang sesuai untuk dibuat masker.
Nah, ini salah satunya!
Wajah Bersih Di Tahun Baru, Ini Masker Teh Boleh Dibuat Dalam 5 Minit
Masker Teh Hijau
Ads
Anda boleh membuka bungkusan teh hijau yang sudah diguna untuk mengambil isinya. Kemudian campurkan teh hijau tersebut bersama dengan madu dan sedikit perahan lemon.
Campuran itu boleh disapu pada wajah yang sudah dicuci bersih dan dibilas setepas 15 minit. Nanti anda akan memiliki kulit yang lebih lembut, nak-nak kalau kulit anda sedang iritasi.
Ads
Letak Uncang Teh Di Mata
Ads
Selama pakai masker itu, anda boleh juga manjakan bahagian mata yang penat dengan menggunakan uncang teh yang sudah basah. Maksudnya bukan guna uncang teh yang kering, ya. Lepas ini kalau guna uncang teh, simpan dulu dalam bekas dan masukkan peti. Jangan buang terus!
Uncang teh yang sejuk boleh membantu meredakan mata yang bengkak serta membuatnya lebih segar.
Sesuai untuk manjakan diri di rumah secara jimat, boleh lah anda habiskan masa di rumah di tahun baru dengan cantikkan wajah. Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Arahan Work From Home (WFH) disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, menyebabkan ramai yang perlu menggunakan telefon atau pelbagai gajet untuk berhubung.
Bukan itu sahaja, malah gajet ini jugalah yang menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui perkembangan terbaru isu semasa dan juga bertanya khabar ahli keluarga masing-masing.
Selepas beberapa hari anda pastinya berasa lenguh di bahagian tangan terutamanya di ibu jari. Skrol tanpa henti melayari laman media sosial dan pelbagai content boleh menyebabkan tangan berasa lenguh.
Jadi ada beberapa senaman jari dan tangan boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa lenguh dan sakit tersebut.
1. Pertama sekali genggam tangan anda dengan memasukkan ibu jari ke dalam.Tahan selama 30 hingga 60 saat kemudia buka tangan perlahan-lahan seluas yang mungkin. Ulang beberapa kali.
2. Letakkan tapak tangan anda di atas permukaan rata. Perlahan-lahan rapatkan tapak tangan menjadi serata yang mungkin. Tahan selama 30 saat dan ulang selama dua atau tiga kali.
3. Ini senaman untuk berikan kelegaan pergerakan jari. Buka tapak tangan dan bengkokan jari ke dalam seperti melakukan cakar. Tahan selama 30 saat kemudian lepas. Ulang sebanyak dua atau tiga kali.
4. Dapatkan stress ball atau anda boleh guna sebarang objek lembut contohnya plush toy. Ini senaman unutk menguatkan otot jari dan ibu jari. Tekan dengan perlahan-lahan di antara celah jari dan tahan selama 30 ke 60 saat.
5. Sekali lagi rapatkan tapak tangan di atas permukaan. Kemudian perlahan-lahan angkat satu demi satu jari ke atas. Ulang sebanyak 10 kali untuk setiap tangan.
6. Senaman tangan dan jari ini pula memerlukan anda seutas getah pengikat. Letakkan tangan di atas meja kemudian letak gelung getah meliliti tangan. Perlahan-lahan buka ibu jari ke luar. Lakukan sebanyak beberapa kali.
Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik. Pantang mendengar ada produk kosmetik yang dijual untuk memutih atau mencerahkan wajah pasti akan dibeli di pasaran.
Namun jangan terpedaya dengan segala promosi dilakukan kerana ada sesetengah produk kosmetik ini sangat berbahaya untuk kesihatan.
Seperti yang dimuat naik dalam Public Health Malaysia memberi ingatan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan serta-merta.
Ini kerana krim yang dijual berkenaan dikatakan boleh sebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya
Sementara itu menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu berkata, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan jika tiada pengawasan profesional kesihatan.
Menurutnya, salah satu bahan produk tersebut, Betamethasone 17-Valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.
“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya lagi
Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli produk ini di pasaran walaupun dijual dengan harga promosi.
Pernah tak anda wapkan wajah untuk rutin kecantikan kulit? Mungkin ramai masih tak percaya tetapi cara ini sangat bagus untuk membantu kecilkan liang pori terbuka dan masalah jerawat.
Menurut saudari Farah Farzana, wapkan wajah adalah standard protocol facial treatments kalau setiap kali kita ke spa untuk membuat facial.
Wapkan wajah ini sangat best. Menenangkan dan banyak faedah untuk cuci dan segarkan kulit dengan cara mudah di rumah.
1. Cuci liang pori. Steaming ini sangat beneficial for acne-prone skin, steaming wap mampu untuk membuka liang pori muka dan dapat membersihkan from clogged pores. As the pores open up, lebih senang untuk untuk cleaned out.
2. Meningkatkan penyerapan kerana liang pori yang terbuka lebih senang untuk our skincare masuk ke dalam dan merawat.
Steaming is great for skin types that can handle it.
Tapi sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif seperti ECZEMA SKIN sangat tidak disarankan.
Follow these simple steps kalau korang nak buat face steaming at home.
Jom cuba!
1. Clean your face thoroughly dengan cleanser untuk memastikan kulit bersih dan tiada sebarang jangkitan kuman selepas melakukan steaming.
2. Pour hot water dalam mangkuk untuk membuat face steaming. Be careful supaya tidak terkena air panas.
3. Pour 1-2 drops of face oil supaya kita dapat menghidu aroma dan ini dapat menyerap terus ke dalam liang roma.
4. Tutup over the steam water with a clean towel to trap the steam and stay distance your face to avoidoverheating.
Jangan wapkan wajah lebih daripada 10-15 minit dalam satu masa ya.
5. Once your face is freshly steamed, biarkan seketika sehinggu wap air kering pada muka.
Semoga rutin keccantikan ini berguna untuk anda yang ada masalah liang pori terbuka dan kulit berjerawat. Nanti cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!