Kembungkan pipi di bahagian kanan dan tahan selama 10 saat. Diikuti bahagian atas mulut, tahan selama 10 saat. Kembungkan bahagian kiri, selama 10 saat, ulang step sekurangnya seminit.
Cukup senang, tapi kena konsisten dan rajin buat, kalau tak pakai gua sha pun tak apa. Boleh guna tangan dan jari. Nak senang guna tightening face oil untuk kulit lebih anjal.
Awal-awal buat memang macam tak nampak result, tetapi percayalah kalau anda selalu amalkan dalam 3 minggu pasti nampak perubahan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang sedang berdiet, selain mengamalkan kaedah Intermittent fasting, ramai juga yang menggunakan cara diet suku-suku separuh dalam pengambilan makanan seharian.
Selain merupakan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, konsep diet ini juga dipercayai sangat bagus untuk diamalkan oleh semua orang dan ia tidak tertakluk kepada mereka yang ingin menguruskan badan sahaja.
Seperti perkongsian gadis ini Syabella Huda yang memberitahu dia berjaya menurunkan berat sehingga 21 kg hanya dengan mengamalkan kaedah diet suku-suku separuh.
Menerusi laman Facebook Diet Suku Suku Separuh, Syabella Huda telah berkongsikan menu makanan yang diamalkannya sehingga berjaya mengurangkan berat badan daripada 90kg sehingga 69kg dalam masa 3 bulan sahaja.
Saya start dari 90kg, masa tu saranan doktor sebab saya sakit. Jadi, saya buat selama 3 bulan 69kg dan sekarang saya tengah usaha untuk dapat berat ideal 65/63kg macam tu.
Senaman saya hanya exercise ikut rentak lagu dalam bilik untuk tak nak saya stress fikir nak ‘gym’ bagai. ‘Gym’ saya pergi 3 bulan 2 kali je sebab student. Takde masa. Diet saya macam 95% pada food. Exercise hanya sampingan, now berat latest 69.
Skipping boleh buat jugak. 100 pagi, nak senja sebelum Maghrib 100.
Senarai menu dari saya selama saya makan. Meal ini kebanyakkan saya tak makan nasi. Boleh jadi sebagai idea korang yang nak cepat kenyang.
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Pilih tema irama tradisional, #RapiWerkit rai 30 peserta join Zafina Fitness sempena Hari Malaysia. Sempena sambutan Hari Malaysia ke 59 baru-baru ini, #RapiWerkit meneruskan kesinambungan dengan aktiviti workout zumba yang mengangkat tema lain daripada yang lain.
Kali ini dengan menghimpunkan hampir 30 peserta, membuka langkah zumba dengan lagu-lagu berirama tradisional yang sangat kena dengan tema Zafina Fitness, Irama Zapin Tari Senaman.
Zafina Fitness kali ini dipimpin oleh Coach Zaim Yazid yang cukup cantik menggayakan gerak tari lemah gemalai mengikut muzik dimainkan. Rata-rata peserta turut enjoy sama-sama berzumba zapin ini untuk tempoh satu jam setengah.
Hampir 6 lagu campuran tradisional dan pop berentak rancak untuk Zafina Fitness kali ini yang berlangsung di Star Fitness, Centro Mall.
Sebelum itu seawal jam 8 pagi, kebanyakan peserta sudah menghadirkan diri ke Star Fitness dengan lengkap berpakaian sentuhan tradisional mengikut tema diberikan pihak penganjur.
Biarpun dengan bersongket, dokoh dan hiasan di kepala, masing-masing leka menari irama zapin mengikut rentak muzik dimainkan.
Masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman zumba non stop ini.
Aktiviti kali ini turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah untuk lima peserta. Lebih istimewa juga, pihak penaja turut berbesar hati memberikan hadiah kepada tiga pemenang Best Dress yang diadili oleh pihak juri.
Biarpun penat, tetapi masing-masing teruja untuk terus menyertai aktiviti sebegini dan mahukan ia dilakukan dalam skala besar.
Zafina Fitness kali ini mendapat tajaan Star Fitness, Bliese, Dermeden, Yatt Beauty, Mysterious Hand Sanitizer, SofeaRose dan Faery Beauty.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.