Rutin kecantikan Datuk Syafinaz Selamat sentiasa menjadi inspirasi. Walaupun sudah berusia 51 tahun, wajah penyanyi dan guru vokal terkenal ini masih kekal awet muda, cantik dan sihat. Rahsia Datuk Syafinaz? Amalan yang konsisten sejak usia remaja!Rutin kecantikan Datuk Syafinaz Selamat – kekal awet muda dan berseri.
Cara Jaga Kulit – Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz
Datuk Syafinaz mengakui beliau mempunyai kulit jenis sensitif. Oleh itu, penjagaan kulit wajah dan berat badan adalah keutamaan. Sejak usia 16 tahun, beliau tidak teragak-agak melabur masa dan wang untuk mendapatkan kulit yang bersih, lembap dan sihat.
Pakai Dua Sheet Mask Sehari
Ads
Pemakaian sheet mask adalah rutin wajib harian Datuk Syafinaz.
Beliau memakai sekurang-kurangnya dua sheet mask setiap hari, tidak kira murah atau mahal.
Mempunyai lebih 10 jenis sheet mask berbeza untuk memenuhi keperluan kulit sensitifnya.
Kelembapan yang cukup dari sheet mask membantu kulit sentiasa segar dan lembut.
Minum Air Kosong Setiap Pagi
Setiap pagi, Datuk Syafinaz minum dua gelas air kosong selepas bangun tidur.
Amalan ini membantu ‘mencuci’ perut dan menstabilkan sistem limfa badan.
Bila sistem limfa seimbang, imun badan lebih kuat dan risiko jatuh sakit berkurang.
Tip Awet Muda & Kulit Sihat – Inspirasi Datuk Syafinaz
Konsisten dengan rutin kecantikan yang sesuai sejak remaja.
Utamakan kelembapan kulit, terutamanya jika berkulit sensitif.
Rajin minum air kosong untuk kesihatan kulit dan badan.
Berani melabur masa dan wang untuk kebaikan jangka panjang kulit.
Kenapa Sheet Mask & Air Kosong Penting?
Sheet mask: Memberi kelembapan, membantu pembaikan kulit, kurangkan masalah jeragat dan jerawat.
Air kosong: Meningkatkan metabolisme, cuci toksin dari badan, dan bantu elak dehidrasi kulit.
Ads
Kesimpulan:Rutin kecantikan Datuk Syafinaz membuktikan, konsistensi dan penjagaan diri sejak remaja adalah kunci untuk kekal awet muda dan sihat. Jom amalkan tip mudah ini untuk kulit yang lebih berseri dan tubuh yang sihat!
Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.
Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.
Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.
Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.
“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.
Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.
Nak kulit glowing tanpa skincare, anda boleh cuba tips cantik yang tanya menggunakan bahan alami yang lebih selamat dan jimat poket.
Masker ini bukan hanya orang dewasa boleh guna, malah anak-anak remaja yang ada masalah jerawat halus atau kulit terbakar pun digalakkan amalkan tips cantik yang dikongsikan Puan Fatin Amierah Zabri ini.
Cukup tiga bahan yang anda boleh dapat dari dapur, jom mulakan buat masker ini.
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt ( Perisa Asli )
1 sudu madu
1 – Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nanti kunyit tu akan lekat warnanya.
2 – Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3 – Tak pun pakai sahaja sudu yogurt tu.
4 – Gaulkan sampai sebati semua .
5 – Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6 – Ratakan di muka guna belakang sudu .
7 – Biar dalam 30 minit sehingga kering
8 – Basuh muka guna air suam dan cuci muka anda dan scrub muka terus (amat digalakkan).
PESANAN: Sediakan towel muka yang anda dah tak sayang sebab nanti kena kesan kunyit.
Kulit jadi cerah dan flawless
Glowing kan kulit
Sembuhkan jerawat
Kurangkan pigmentasi
Anti Aging (penuaan)
Kurangkan infection
Kulit rasa lembab je
Pulihkan dari surnbun ( terbakaq)
Kurangkan gelap bawah mata
Fatin dah amalkan setahun lebih, seminggu 2 kali. Paling malas seminggu sekali .
” Tak jadi kuning ke muka tu nanti? “
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebab itu fatin galakkan scrub muka selepas tu .
” Berapa lama nak nampak kesan ? “
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba-tiba orang dah tegur perubahan kulit nampak lebih sihat dan glowing.
Sebenarnya, petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap, tapi glowing gila kulit dia! Sebiji jerawat pun tak ada. So dia bagi petua ni .
Dia kata orang India memang amal benda ni. Lagi-lagi masa nak kahwin. Diorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin. Jadi kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari .
Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita tak tahu isi dia apa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika dilihat pada susuk tubuhnya, penyanyi kecil molek ini bagaikan tidak menang tangan menguruskan perniagaan yang dusahakannya.
Biarpun sibuk, namun bukan alasan untuk pemilik lagu Persis Mutiara ini dalam bab menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Memberitahu tidak ada rahsia tertentu, pemilik nama Noorsyarmila Jirin ini memberitahu salah satu tip adalah melakukan aktiviti bersama keluarga.
“Alhamdulillah, tak adalah rahsia spesifik, tetapi saya rasa tips yang paling berkesan untuk kekal sihat dan tidak berdepan kemurungan adalah melakukan banyak aktiviti bersama keluarga.
“Selain itu saya juga turut menguruskan jadual harian dengan seimbang dari segi urusan perniagaan, keluarga dan waktu untuk diri sendiri. Seperti saya, saya akan cuba uruskan masa saya 8 Jam untuk urusan kerja, 8 Jam untuk rehat, 1 jam untuk aktiviti membaca sama ada membaca buku secara fizikal atau secara online.
“Kebiasaannya dan buku-buku yang saya sering baca adalah buku motivasi, buku inspirasi dari penulis penulis hebat di Malaysia dan luar negara.
“Saya juga turut akan memperuntukkan beberapa jam untuk aktiviti bersama anak sama ada di rumah atau membawa berjalan jalan,” katanya yang menganggap pembahagian masa yang bagusdan seimbang ini antara terapi yang terbaik agar kehidupan tidak penuh dengan tekanan kerja.
Dia yang sejak dulu memang saiz fizikalnya dilihat kecil molek memberitahu tidak pernah berdepan dengan masalah kenaikan berat badan mendadak kecuali ketika melahirkan anak pertamanya.
“Alhamdulillah, saya adalah seorang hamba Allah yang tidak diberi ujian berat badan. Seingat saya, paling berat yang pernah saya kecapi adalah sewaktu hamil anak pertama saya pada 2017 dengan berat mencecah 50KG ++.
“Berat badan saya boleh dikira bertambah selepas berkahwin, dari 40KG sebelum berkahwin dan kini berat saya adalah lingkunagn 43KG. Dan berat itulah saya maintain hingga sekarang,” katanya yang juga tidak berdepan dengan masalah wajah teruk kecuali kering dan kusam.
“Tidak ada masalah kulit yang teruk, cuma wajah jadi kering dan kusam. Disebabkan sebelum berkahwin dulu saya sangat sibuk dalam menguruskan perniagaan sehingga mengabaikan kesihatan kulit
“Tetapi kini, ia tidak lagi berlaku kerana saya memaksa diri untuk mengekalkan momentum minum air putih dengan banyak setiap hari dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang dari segi rehat dan juga makanan yang diambil.
“Di samping itu, saya juga tidak lagi mengenakan sebarang foundation (alas bedak) sewaktu menatarias wajah saya bagi aktiviti harian kerana saya ingin memberikan kulit saya bernafas dengan baik,” jelasnya Mila yang tular baru-baru ini kerana menaja majlis resepsi untuk pengantin baru, Heliza Helmi dan suami mencecah puluhan ribu ringgit.
Majlis resepsi berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin pasangan mempelai yang juga sahabat baiknya.
“Hadiah dan nilaimajlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang tekad merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama yang bermula dari kata kata seloroh.
Mila mendedahkan Heliza sebenarnya sangat pemurah dan tidak berkira. Bahkan Heliza juga sentiasa memberi hadiah.
Malah Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi pernah tiba tiba muncul di hospital beberapa tahun lalu melawat saya ketika diserang demam denggi.
“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.
“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.
“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.
Pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.
Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19.
Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Syarikatnya sehingga kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis dari tahun 2013 dan mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama itu kesemua bandar utama di seluruh negeri dan menjadi pengurusan majlis kahwin dengan Dewan terbesar di Malaysia.
Pakej perkahwinan ditawarkan kini bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut di www.bizmillacatering.com
10 Tips Atasi Stres Hadapi Kerja & Hidup :
1: Pastikan ada Jadual harian kerja / list to do agar tugasan kerja dan tugasan dirumah dapat diuruskan sebaiknya
2 : Sering berkongsi rasa dengan pasangan, andai penat atau tak cukup masa dalam uruskan sesuatu, berbincang secara terbuka agar pasangan dapat bantu membantu dalam menguruskan apa yang perlu
3 : Luang masa 1 hari untuk rehat dari urusan kerja dan pergi bersiar siar / menonton tv / luangkan masa dengan anak dan keluarga
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.