Biasanya apabila berbelanja barangan atau bahan mentah basah untuk memasak, kita akan membelinya dalam kuantiti yang banyak.
Tetapi hanya gunakan sedikit untuk memasak dan stok selebihnya akan disimpan dalam peti sejuk.
Cara ini adalah untuk lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu berulang alik ke kedai membeli barangan mentah ini.
Walau bagaimanapun kita perlu hati-hati dalam penyediaan makanan yang disejuk bekukan atau ‘defrost’ ini bagi mengelak keracunan makanan.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadanmemberitahu bagaimana cara betul untuk atau nyahbeku bahan mentah tersebut agar tidak terdedah pembiakan bakteria.
Katanya, sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
“Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak.
IKLAN
“Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
“Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali.
“Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Selain itu, cara nyahbeku bahan mentah yang betul adalah;
1. Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
IKLAN
2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.
Menurutnya, jika tidak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.
IKLAN
“Nanti bila korang masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah!
“Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
“Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!”
Gadis Ini Kongsi Pilihan Foundation Ikut Jenis Kulit | Nak nampak cantik dan berseri, anda kena tahu teknik solekan yang betul dan sempurna dengan penggunaan bedak asas atau foundation.
Namun pelbagai foundation yang ada di pasaran menyebabkan kita keliru yang mana sesuai untuk kulit wajah.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Farhah Jamaluddin berkongi pilihan bedak asas yang sesuai untuk menjadikan mekap on point di pagi aidilfitri nanti.
Pilihan foundation yang disyorkan ini adalah mengikut jenis kulit anda sama ada kering, berminyak atau normal.
Pilihan terbaik drugstore foundation untuk kulit kering.
Masalah bau badan adalah suatu situasi yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa bukan saja pada diri sendiri tetapi orang yang berada di sekeliling.
Pelbagai cara digunakan untuk mengatasi masalah yang satu ini tetapi kadang kala produk digunakan tidak begitu menjadi.
Dan masalah bau badan ini akan terus menghantui kita hinggakan timbul rasa tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
Namun begitu ada cara tertentu untuk selesaikan masakan ini. Seperti perkongsian dari pengguna twitter menggunakan akaun @reenarazak yang mencadangkan penggunaan produk untuk mereka yang ada masalah bau badan teruk.
Posting ini juga turut mendapat reaksi dari warganet lain. Ada yang turut berkongsi pengalaman menggunakan produk lain bagi yang ada masalah sama.
Tiada bau dan penggunaan alkohol
Boleh juga berfungsi hilangkan bau kaki
Sesuai juga digunakan untuk lelaki adalah masalah sama
Dah lama pakai & memang terbukti boleh hilangkan bau badan
Sudah gunakan sejak sekian lama
Sangat selesa dan menyegarkan
Satu keluarga gunakan produk sama
Boleh juga digunakan ketika berjogging
Boleh juga gunakan produk lain untuk atasi masalah bau badan
Ini pula hanya guna produk body mist untuk atasi masalah
Setiap tahun usia kita akan bertambah. Biarpun kata orang apa ada pada usia, tetapi menjengah ke angka 30-an, banyak perkara termasuk ujian kesihatan perlu diambil kira.
Ketika usia beginilah, kita perlu menitik beratkan soal kesihatan kerana pencegahan awal itu penting bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti.
Jadi anda sangat digalakkan untuk melakukan ujian saringan secara berkala di klinik atau hospital bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan terkawal.
Terdapat banyak ujian perubatan yang disyorkan untuk dilakukan pada usia awal 30-an. Biasanya merangkumi segalanya daripada tekanan darah sehingga pemeriksaan pergigian.
1. Pemeriksaan tekanan darah dan kolesterol
Kesihatan jantung amatlah penting dan usia 30-an adalah masa yang tepat untuk kita memastikan sistem kardiovaskular berada dalam keadaan baik.
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan agar semua orang dewasa berusia lebih daripada 20 tahun memeriksa tekanan darah mereka setiap 2 tahun dan tahap kolesterol setiap 4 sehingga 6 tahun.
2. Pemeriksaan kulit
Ahli dermatologi mengesyorkan agar setiap orang menjalani pemeriksaan kanser kulit tahunan bermula pada usia 18 tahun.
Kebanyakan individu menunggu sehingga mereka berusia lebih tua untuk mendapatkan pemeriksaan kanser kulit, tetapi barah ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Ini kerana melanoma adalah barah kedua yang paling kerap didiagnosis dalam lingkungan usia 15 sehingga 19 tahun dan merupakan kanser yang paling kerap berlaku kepada pesakit berusia 25 sehingga 29 tahun.
Dengan melakukan diagnosis awal, ia mampu membawa kepada hasil rawatan yang lebih baik dan bekas luka yang lebih mudah dihilangkan.
3. Pemeriksaan HIV dan STI
Centers for Disease Control and Prevention mengesyorkan agar semua individu yang aktif secara seksual antara usia 13 sehingga 64 tahun harus diuji dengan ujian HIV sekurang-kurangnya sekali setahun tanpa mengira faktor risiko.
Bagi individu yang mempunyai aktiviti seksual berisiko lebih tinggi pula, mereka disyorkan untuk melakukan ujian setiap 3 sehingga 6 tahun.
Sekiranya anda aktif secara seksual dengan sering bertukar-tukar pasangan, dinasihatkan juga untuk melakukan ujian jangkitan kelamin seperti klamidia dan gonorhea setiap tahun, terutama bagi para wanita di bawah usia 25 tahun.
Jika dibiarkan, klamidia dan gonorhea yang tidak dirawat dapat merebak ke bahagian pelvis dan menjangkiti rahim, tiub fallopio, dan ovari, yang mampu menyebabkan kemandulan.
4. Pemeriksaan kanser kolorektal
Pemeriksaan kolorektal mampu menjadi pengalaman yang agak kurang menyelesakan bagi segelintir individu.
Walau bagaimanapun, kolonoskopi boleh menjadi ujian yang sangat penting untuk dilakukan oleh lelaki dan wanita kerana para doktor akan merujuk pemeriksaan ini sebagai pengesanan awal kanser usus.
Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang mempunyai kanser kolon, masalah kronik seperti sindrom iritasi usus (IBS), atau tabiat merokok.
5. Ujian pelvis (untuk wanita)
Bertemu pakar sakit puan adalah penting untuk kesihatan seseorang wanita, terutama pada usia remaja dan awal dewasa.
Untuk mengekalkan kehidupan yang sihat, amat penting bagi wanita berusia 21 tahun ke atas untuk menjalani ujian pelvis dan pap smear setiap 3 tahun untuk mengesan kehadiran kanser.
Tidak kira sejarah seksual, wanita berusia 21 tahun ke atas harus menjalani pap smear setiap 3 tahun. Ia membantu dalam mencari tanda-tanda kanser serviks.
Di samping itu, para wanita turut harus melakukan pemeriksaan kanser payudara dengan menjalani pemeriksaan klinikal dan pemeriksaan mamogram.
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap barah payudara, doktor akan memeriksa untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghidap jenis barah yang lebih berbahaya berkaitan dengan gen tertentu (BRCA1 atau BRCA 2).
Walaupun anda masih muda dan tidak mempunyai faktor risiko penyakit mata, namun anda perlu menjalani pemeriksaan mata.
Persatuan Optometri Amerika mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan mata dan penglihatan yang komprehensif setiap 2 tahun sekali antara usia 18 dan 39 tahun.
Sekiranya anda belum pernah melakukannya, usia 30-an adalah masa yang tepat untuk membuat janji temu dengan pakar oftalmologi atau pakar mata.
Mata juga boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan di bahagian lain badan anda.
Pemeriksaan ini juga mampu mengenal pasti masalah kesihatan lain yang tidak berkaitan dengan mata seperti diabetes, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, atau kanser.
7. Pembersihan gigi
Senyuman menawan dilengkapi dengan susunan gigi dan kesihatan mulut yang baik. Jadi, cara terbaik untuk mengekalkannya adalah melalui lawatan ke klinik gigi secara konsisten.
Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan agar orang dewasa menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Tambahan itu, pemeriksaan gigi pada usia 30-an adalah sangat penting kerana doktor gigi akan dapat mengenal pasti sebarang kerosakan atau penyakit gusi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut yang teruk pada kemudian hari.
Semakin meningkat usia kita, semakin banyak perhatian yang harus ditumpukan terhadap kesihatan.
Dengan melakukan ujian saringan kesihatan secara konsisten dan berkala, sebarang komplikasi kesihatan yang serius pasti akan dapat ditangani dengan lebih baik.
Mencegah lebih baik daripada mengubati, sudah tiba masanya kita menjadi lebih proaktif untuk mengambil cakna dan menjaga kesihatan demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan.