Dedah rahsia awet muda lewat 30an, Anne Ngasri rajin makan buahan untuk sumber Vitamin C. Walau sudah berusia lewat 30an, namun wajah selebriti ini kelihatan seperti gadis remaja.

Dengan senyuman manis terukir menggambarkan kehidupannya kini begitu gembira dan ceria disamping keluarga tersayang.

Ditambah dengan raut wajah Baby Face, ramai tidak percaya rupanya Anne Ngasri sudah memiliki 6 orang anak.

Dedah Rahsia Awet Muda

Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan wajah, Anne tidak lokek berkongsi petuanya.

Artikel Lain: Jangan Memandai Ubah Resipi Air Rebusan Magik, Kalau Nak Turun Berat Badan Lebih Cepat

“Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.

“Ramai juga yang tanya saya pakai apa untuk kulit, nampak cantik dan sentiasa muda remaja. Semestinya saya menggunakan produk ‘Glopink Beauty Skin by Anne Ngasri’ secara konsisten selama empat tahun. Alhamdulillah ia membantu dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.

IKLAN

“Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” ujarnya yang mengakui menjaga 6 orang anak tanpa kehadiran pembantu rumah.

Lewat 30an, Anne Ngasri

Menurutnya biarpun penat tetapi dia enjoy menguruskan keluarga kerana dapat menghabiskan masa bersama anak-anak.

“Ramadan baru-baru ini mencabarlah juga kerana saya perlu memasak mengikut selera anak-anak sahaja.

“Namun alhamdulillah suami dan anak-anak yang sudah besar banyak membantu saya di rumah. Terawih tahun ini pun meriah sebab semua dapat solat berjemaah bersama-sama. Alhamdulillah.

IKLAN
Selain itu:  "Kalau Kulit Kering, Sunscreen Jangan Tinggal!" Patutlah Irma Hasmie Cantik Walau Tanpa Mekap

“Saya juga kurangkan aktiviti-aktiviti seni, sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen. Kalau keluar pun kadang-kadang sahaja, itupun hanya untuk membeli barangan keperluan,” katanya yang turut memiliki jenama tudung sendiri iaitu ‘AnneNgasri Exclusive’. Dia juga turut berkongsi petua sentiasa kekal fit walaupun menjaga anak ramai.

Rajin Makan Buahan Untuk Sumber Vitamin C

Artikel Lain: Yakin Bertanding Ratu Cantik Tanpa Pakai Mekap, Finalis Miss England Percaya ‘Natural Beauty’

“Menguruskan anak yang ramai kadangkala membuatkan ibu-ibu mudah penat dan stres. Itu saya tak nafikan. Saya faham kerana kita sebagai manusia memang tak boleh lari daripada ujian.

IKLAN

“Apa yang saya amalkan ialah sentiasa berzikir dan beristighfar setiap kali melakukan kerja-kerja rumah. InshaAllah akan berkurang stres. Secara tak langsung jiwa pun akan terasa lebih tenang kerana apa jua yang kita lakukan adalah ibadah. Atas pertolongan Allah SWT jugalah segala urusan kita dipermudahkan.

“Allah SWT menjadikan wanita sebagai seorang yang lembut jiwanya walaupun luaran nampak kasar atau lasak. Wanita juga seorang yang cukup teliti.

Jadi, jangan terlalu memaksa diri kita untuk melakukan semua kerja dalam satu masa. Lakukan secara perlahan-lahan, InshaAllah semuanya akan selesai dengan baik,” tambahnya lagi.

Sumber: Nona

Artikel Lain: Nak Masuk Usia 40-an, Anne Hathaway Kekal Remaja. Ini Rutin Harian Nak Kekal Sihat & Cantik Macam Anne!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI