Scha Al-Yahya

Masuk umur 40-an sudah Scha Al-Yahya, tetapi melihat kecantikannya, rasa teruja nak tahu rahsia awet mudanya. Agaknya apa set penjagaan wajah dan gaya hidup yang ibu kepada Lara Alana dan Lila Ameena ini amalkan, ya.

Bekas Juara Dewi Remaja 2005 / 2006 ini yang juga merupakan suri hati kepada pengacara, Awal Ashaari ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-40 tahun pada 30 Mei lalu. Eh, jom selongkar rahsia cantiknya, dulu!

Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!

Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!

Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.

“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.

IKLAN

“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.

Antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.

Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!

IKLAN

Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan

Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!

Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.

Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.

IKLAN
Selain itu:  Rajin Workout Lepas Bersalin. Rahsia Ratu Tenis Maria Sharapova Kembali Langsing Lepas Lahirkan Anak!

“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”

“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” jelasnya.

Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.

Sumber: Instagram Scha Al-Yahya

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI