air beras

Air beras banyak manfaatnya lebih-lebih lagi untuk kecantikan. Zaman dulu-dulu wanita tidak perlu pun beli produk kecantikan mahal-mahal. Hanya guna air beras sahaja untuk rawat kulit wajah.

Ajaibnya Air Beras, Boleh Buat Toner Dan Pencuci Untuk Cantikkan Kulit!

Ajaibnya Air Beras, Boleh Buat Toner Dan Pencuci Untuk Cantikkan Kulit!

Ada yang jadikan air beras sebagai pencuci wajah (cleanser) atau (penyegar wajah) toner. Bagi yang tidak tahu, ianya juga rahsia masyarakat China dan Jepun memiliki kulit wajah yang berseri-seri (glowing). Memang menjimatkan. Tidak perlu pun hendak beli produk yang mahal.⠀⠀⠀

Sebearnya air beras mengandungi allantoin yang mempunyai sifat anti radang, yang menjadikannya toner semulajadi yang hebat untuk kulit anda. Apa yang paling menarik ialah air beras boleh menegangkan kulit wajah dan mengurangkan liang-liang pori terbuka.

IKLAN

Selain itu air beras ini mengandungi vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangat bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat pencuci wajah (cleanser) dan penyegar wajah (toner).

Ajaibnya Air Beras, Boleh Buat Toner Dan Pencuci Untuk Cantikkan Kulit!

IKLAN

PENYEGAR WAJAH (TONER) DAN PENCUCI WAJAH (CLEANSER) AIR BERAS

@nura.zila Jom diy toner air beras🌾 #youngcreators🇲🇾 #petuakulitcantik #airberas #kulitputih #cerahkankulit ♬ Okdal – Ahmad Pratama Mulya

 ⠀⠀⠀
1. Sediakan 1/2 cawan beras, dan basuh sebersihnya. Basuhan pertama untuk buang kotoran pada beras.⠀⠀⠀
2. Selepas itu masukkan beras yang sudah dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam. (Sukatan lebih kurang seinci).⠀⠀
3. Biarkan selama 15 minit..⠀⠀⠀
4. Selepas 15 minit, tapis airnya ke dalam bekas yang sesuai untuk penyegar wajah (toner)/pencuci wajah (cleanser). Dan beras yang dibasuh itu janganlah dibuang pula. Masaklah seperti biasa.

Anda boleh jadikan air beras sebagai pencuci muka (cleanser). Guna sebelum atau selepas dengan pencuci biasa. Gunakan air beras selalu bagi mendapatkan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.⠀⠀⠀

IKLAN
Selain itu:  Sapu Minyak ZamZam, Ini Rahsia Wanita Dulu-dulu Rambut Lebat

Atau nak jadikan sebagai penyegar wajah (toner) muka, ‘dap-dap’ sahaja kulit wajah apabila air beras ini digunakan sebagai penyegar wajah (toner). Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang maksimum.

Hah, jadi selepas ini, jangan buang air beras  selepas membasuh beras. Gunakan ia sebagai pencuci wajah (cleanser) atau pun penyegar wajah (toner). Jika digunakan setiap hari kulit wajah akan kelihatan lembut dan gebu.

Kredit video: nura.zila

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI