Rahsia nak rambut cantik ini biasanya orang kongsi jenama syampu dan perapi yang ada di kedai-kedai tetapi kali ini ada seorang lelaki yang mengamalkan air beras untuk jaga rambutnya.
Agak menarik dan mestilah boleh jimat dengan penggunaan air beras macam ini. Menerusi ciapan Hunain Kebulor petua ini sangat popular di Jepun. Anda boleh rujuk caranya seperti di bawah.
Guna Air Beras Cuci Rambut
Ads
Cara nak guna air beras ini cuci rambut dengan syampu dulu kemudian lepas bilas baru basuh rambut itu balik dengan air beras. Selepas itu urut rambut tu dalam 5 minit dan bilas balik guna air bersih.
Rendam Dulu, Jangan Terus Pakai
Owh ya, air beras ni nak buat dia kena rendamkan dalam beras dengan air selama 30 minit. Sebelum rendam basuh dulu beras tu.
Ads
Haaa… jangan keliru, basuhan pertama atau kedua ni stepnya untuk airnya.
1. Sediakan 1/2 cawan beras.
2. Kemudian, cuci hingga bersih.
3. Salin beras ke dalam mangkuk dgn tambah 2-3 cawan air.
4. Biarkan selama 30 minit.
5. Akhir sekali, tapiskan beras ke dalam mangkuk yang bersih.
Jangan guna hari hari ya anak, seminggu sekali dua sahaja dah cukup.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buah naga bukanlah antara pilihan sajian buah-buahan yang popular bagi yang gemar mengambil pencuci mulut sebelum menjamah hidangan berat.
Mungkin disebabkan rupanya yang menggerunkan atau rasanya tidak begitu enak. Namun sebenarnya buah naga mempunyai khasiat tersendiri yang ramai tak tahu.
Selain berfungsi sebagai anti penuaan dan bantu penghadaman, buah naga juga sesuai diambil bagi mereka yang diabetes.
Ayuh kita lihat enam manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.
Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit. Kehadirannya membantu menentang radikal bebas di seluruh badan untuk menghalang pengaktifan sel kanser.
Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
Selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.
Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.
Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.
Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.
Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.
Di dalam kajian sama turut menemui buah berkenaan mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang dikaitkan dengan kencing manis.
Buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.
Tahap kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah naga membantu meningkatkan sistem imun selain merangsang aktiviti antioksidan lain.
Kehadiran jumlah vitamin C, mineral dan fitoalbumin yang tinggi juga membantu melawan radikal bebas selain memiliki sifat antioksidan. Vitamin B1, B2, B3 dan kalsium, fosforus, zat besi, protein, niasin serta serat juga menyumbang kepada peningkatan fungsi sistem imun badan.
Bagi mendapatkan manfaat buah naga kepada kesihatan tubuh, boleh cuba nikmati jus minuman yang menyegarkan ini. Caranya juga mudah dan tidak memerlukan kos besar untuk mengamalkan pengambilan diet yang menyihatkan.
Sepatutnya semalam penyanyi Siti Sarah Raisudin memotong gelang pink setelah hampir seminggu menjalani kuarantin kendiri di rumah akibat Covid-19.
Namun dia yang sedang sarat tujuh bulan dikejarkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun semalam.
Perkara ini dikongsi oleh suaminya Shuib menerusi laman Instagram (IG), semalam.
Dalam perkongsian video 14 saat itu, Siti Sarah kelihatan duduk atas kerusi roda sambil memakai oksigen dan dipeluk oleh tiga cahaya mata sebelum dibawa menaiki ambulans.
“Assalamualaikum, saya memohon doakan isteri, Siti Sarah Raisuddin. Doakan semoga Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali serta dipermudahkan segala urusan,” tulis Shuib.
Sementara itu, syarikat pengurusan, Indigital Music dalam kenyataan memaklumkan Siti Sarah sepatutnya memotong gelang semalam, tetapi mengalami batuk dan mengadu tidak selesa, sejak kelmarin.
“Siti Sarah dibawa dengan ambulans kira-kira jam 6.30 petang semalam untuk mendapatkan rawatan. Sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin, tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan.
“Tahap oksigen semakin menurun menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke HCTM,” kata pengurusnya, Nana Mohd Rom.
Perkongsian ini mendapat perhatian rakan selebriti dan warganet. Masing-masing mendoakan kesejahteraa Siti Sarah dan bayi dalam kandungan.
yanasamsudin Allahuakbar… semoga segalanya lancar dan diberi kesihatan amin amin …
anuarzain70 Semoga Adik @sitisarahraissuddin dikurniakan kesembuhan & kesihatan yang baik oleh ALLAH SWT… begitu juga buat seluruh ahli keluarga… Aamiin Yaa Rabb
aznilnawawihm Ya Allah Kau beri lah kesembuhan buat Sarah dan bayi dalam kandungannya. Bebas kan lah Ya Allah Keluarga ini dari wabak ini. Amin
shahidadherbs semoga sembuh dah kembali seperti sediakala sarah..
zarulumbrella Semoga Sarah kuat dan redho serta tabah dengan ujian ni, Allah bg sakit utk hapus dosa2 kita, Abg doakan Sarah diberi kesembuhan dan dijauhkan segala kesulitan dan ringankan kesakitan Amin YRA
Tidak dinafikan ramai antara kita tak dapat dipisahkan dengan masakan pedas. Jika setangkai dua cili tidak terasa pedasnya, tetapi kalau yang ambil banyak mesti tak cukup segelas minum air.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tip untuk hilangkan pedas yang keterlaluan. Antaranya adalah makan mentega kacang selain gula.
Namun beliau turut menasihat agar tidak keterlaluan makan pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastritis dan juga cirit birit.
“PEDAS GILA! MACAM MANA NAK HILANGKAN?”
Kalau tak pedas, tak sedap, tapi kalau terlebih pedas, merana! Pijar lidah, berpeluh-peluh dahi, dan kadang-kadang tak tahu kenapa, sampai gatal kepala.
Apa nak buat kalau termakan makanan yang pedas gila? Minum air? Kemam air? Itu tak berapa berkesan. Ada cara lebih cepat dan efektif untuk kurangkan pijar lidah.
Rasa pedas pada cili dan cabai adalah disebabkan bahan yang dipanggil #capsaicin. Ia mempunyai sifat tidak larut air, sebab itu minum air atau kemam ais tak berapa efektif kurangkan kepedasan.
Capsaicin adalah bahan yang mudah larut dalam bahan berminyak atau berlemak. Oleh itu, bahan-bahan berikut sangat efektif untuk kurangkan kepedasan di lidah.
Susu
Susu dan keju mengandungi lemak serta casein( protein) yang boleh memisahkan capsaicin dari tunas rasa. Santan dan soya pun boleh.
Coklat
Ini sedap! Coklat, terutamanya coklat susu mempunyai banyak minyak dan lemak, maka ia efektif larutkan capsaicin.
Mentega Kacang
Ini pun sedap! Kacang mengandungi minyak, ia membuatkan rasanya berlemak dan berkesan untuk basmi kepedasan.
Asid
Makanan Thai banyak gunakan cili padi, serta limau, cuka dan mangga muda. Kenapa? Sebab bahan berasid boleh mengurangkan rasa pedas.
Gula
Biasa dengar kan, orang tambah gula dalam masakan untuk kurangkan kepedasan? Rasa manis boleh membantutkan pedas. Nak sihat, guna madu.
Roti
Roti serta makanan berkanji seperti nasi boleh serap capsaicin. Mungkin sebab tu makan makanan pedas, mesti nasi bertambah. Haha!
Makanan pedas-pedas ini memang nikmat, tapi hendaklah berpada-pada. Makanan terlalu pedas boleh menyebabkan gastritis, cirit birit, dan masalah kesihatan yang lain.
Kalau kepedasan dah tahu nak buat apa? Apa lagi, kongsi tips ni supaya orang lain pun tahu!
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Tips Hilangkan Pedas
Nota: baca senarai terfikir Nutella. Ada coklat, susu, kacang hazel, gula. Sapu pula atas roti. Fuh!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.