Senang rupanya nak pudarkan parut jerawat, sediakan bahan alami sahaja dan gaul jadikan masker. Tetapi pastikan konsisten.
Okay, tip yang dikongsikan oleh saudari Putri ini sesuai untuk anda yang ada masalah jerawat aktif dan parut jerawat juga. Dan kalau kulit anda sedang breakout sebab salah pakai produk (merkuri), pun digalakkan amal petua ini, insya-Allah ada hasilnya.
Lebih kurang selepas 5 hari pun anda dah dapat kesannya, parut jerawat semakin pudar malah kulit semakin sihat.
Ini Cara Nak Buat
Ads
Sediakan tepung beras.
1 sudu serbuk kunyit.
Ads
Masukkan sedikit madu.
Perlukan sedikit air, bagi sebati elok jadikan masker.
Ads
Boleh pakai dan selebihnya simopan dalam bekas, masuk peti. Nak pakai, ambil dan sapu.
Tip Pemakaian Masker
1. Bersihkan muka dengan air (biar kering sendiri).
2. Oleskan masker itu dekat bahagian yang perlu.
3. Tunggu 15 minit dan cuci muka dengan pencuci muka masing-masing.
Haaa… dah siap! Senang bukan? Rugi tak cua petua ini tau, sebab bahan pun cukup jimat dan senang dapat.
Jangan lupa cuba hilangkan parut jerawat di wajah sebelum raya, gais!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Letak sudu sejuk bawah mata merupakan salah satu cara mudah dan jimat untuk hilangkan eye bag.
Cara ini adalah paling senang dilakukan dengan hanya meletakkan sudu dalam bekas berisi ais ketul sebelum ditekap di bawah mata.
Guna Sudu Hilangkan Eye Bag
Bahan:
Sudu
Ais ketul
Ambil sudu besi, rendam ke dalam ais batu sehingga sejuk. Biasanya lebih kurang 20 minit.
Gunakan sudu yang sejuk, letak di bawah mata dan gosok-gosok secara lembut. Kalau sudu dah hilang sejuk, ulang letak dalam ketulan ais semula.
Kalau kerap tidur lambat pun akan menyebabkan masalah eye bag atau popular dengan nama mata panda.
Jika mengalami eye bag ini akan juga memperlihatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Namun jangan risau, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk menghilangkan eye panda ini mengikut cara tradisional.
Ini Cara Lain Hilangkan Eye Bag
Perkongsian dari Zulaikha Leman memberitahu beberapa cara mudah dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan salah satunya letak sudu sejuk bawah mata.
Hai semua selamat malam hari ni Zue nak share macam mana tips nk hilangkan eye bag bawah mata maklum lah kejadian mata panda sering terjadi pada kita semua disebabkan keletihan dan tak cukup tidur.
Eyebag ni juga terjadi bukan semata-mata faktor keletihan dengan tak cukup tidur tapi boleh jadi disebabkan kekurangan air dalam badan,masalah buah pinggang Dan juga anemia.
Ini antara tips bahan yang boleh digunakan untuk merawat masalah eyebag:
1. Uncang teh -Ambil uncang yang telah digunakan dab bersihkan ambil uncang tersebut masuk dalam peti ais. -Ambil uncang teh tersebut dalam peti ais letak dibawah mata dan biarkan selama 20 minit ke 30minit.
2. Minum air secukupnya -Tapi elakkan minum sebelum tidur sebab ia akan menyebabkan eyebag di pagi hari nanti.
3. Hirisan timun -Keluarkan timun di peti sejuk anda. -Hiriskan 2 atau ke 3 hiris kemudian letakkan di atas mata.
4. Cara emergence hilangkan eyebag dengan sejukkan sudu didalam peti ais selama 15minute kemudian letak dibawah eyebag.
5. Putih telur juga boleh digunakan sebagai bahan untuk hilangkan eyebag bawah mata.
Kalau nak tahu, rasa sejuk sudu itulah yang membantu kulit sekitar mata tenang. Hilang penat mata. Boleh rajinkan diri buat waktu pagi dan sebelum tidur. Dan untuk anda yang suka amal petua tradisional, boleh guna tip di atas ya. Pilihan masing-masing mana yang mudah.
Tak susah sebenarnya bagi seorang wanita itu untuk kekal awet muda. Apa yang penting kena rajin menjaga kecantikan wajah.
Menerusi laman sosial Facebook Public Health Malaysia memberi tip penjagaan wajah supaya awet muda secara semula jadi tanpa menggunakan produk kecantikan terlarang.
Tip Kekal Awet Muda
Antaranya tip diberikan adalah menggunakan sunscreen SPF30 dan ke atas.
2. Gunakan pelembap muka non comedogenic
3. Kena rajin cuci muka sebelum tidur
4. Cukup minum supaya badan tidak hydrate
5. Sewaktu mencuci muka usap dengan lembut dan jangan gosok.
6. Amalkan juga pengambilan makan sayuran dan jangan asingkan sayuran kerana memang rugi hilang khasiatnya nanti.
7. Juga amalkan pengambilan green tea, delima, buah berry sebagai aktioksidan.
8. Perlu cukup tidur untuk menjaga kecantikan (beauty sleep).
Ada juga yang menambah perlu lakukan senaman untuk kekal berkulit cantik dan body fit. Cukuplah lakukan 4 hingga 5 kali seminggu.