Setiap wanita pastinya mahu tampil cantik. Pantang mendengar ada produk kosmetik yang dijual untuk memutih atau mencerahkan wajah pasti akan dibeli di pasaran.

Namun jangan terpedaya dengan segala promosi dilakukan kerana ada sesetengah produk kosmetik ini sangat berbahaya untuk kesihatan.

Seperti yang dimuat naik dalam Public Health Malaysia memberi ingatan kepada penjual dan pengedar produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan serta-merta.

Ini kerana krim yang dijual berkenaan dikatakan boleh sebabkan kerosakan saraf dan buah pinggang.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

IKLAN

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

Sementara itu menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan pada Rabu berkata, produk berkenaan mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kesan sampingan jika tiada pengawasan profesional kesihatan.

Menurutnya, salah satu bahan produk tersebut, Betamethasone 17-Valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Betamethasone 17-Valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

IKLAN

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Selain itu:  Sekadar Suka-Suka Tapi Wanita Ini Berjaya Lenyapkan 29KG. Enjoy Makan Apa Saja, Syaratnya Jaga Portion!

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, notifikasi produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Jelasnya, penjualan dan pengedaran produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya lagi

IKLAN

Lagi Produk Kosmetik Bahaya Dikesan, Boleh Sebabkan Kerosakan Muka & Buah Pinggang

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli produk ini di pasaran walaupun dijual dengan harga promosi.

Artikel Berkaitan:

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

Bahaya Guna Minyak Masak Berulang Kali, Doktor Jelaskan Boleh Sebabkan Kerosakan Hati

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI