Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.

Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.

Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah

TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH

1. Melakukan Senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

2. Kawal Pengambilan Karbohidrat

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.

3. Meningkatkan Pengambilan Serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.  Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.

4. Minum Banyak Air & Kekal Hidrasi

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.

Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.

IKLAN
Selain itu:  Dengkur Boleh Ganggu Tidur Pasangan, Doktor Ini Kongsi Rawatan Terbaik Atasinya

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

5. Kawal Pengambilan Makanan

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.

6. Pilih Makanan Yang Kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

7. Kawal Stress & Dapatkan Tidur Mencukupi

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.

Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

IKLAN

8. Pantau Tahap Gula Dalam Darah

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.

9. Mengamalkan Makanan Kaya Magnesium & Kromium

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.

Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.

10. Turunkan Berat Badan

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes

• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.

IKLAN
Selain itu:  Virus Herpes Kekal Dalam Badan Penghidap Seumur Hidup. Boleh Rawat Tapi Tak Boleh Sembuh!

Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan

• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.

Makanan yang boleh diambil secara bebas

• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.

Bahaya Diabetes, Selain Tolak Makanan Manis Doktor Ini Kongsi Tip Turunkan Gula Dalam Darah

#HealthDrZubaidi

Artikel Berkaitan:

Doktor Ini Kongsi Cara Betul Defrost Bahan Mentah Elak Bakteria Membiak, Punca Keracunan Makanan

Kenal Pasti Warna Air Kencing Normal Atau Tak, Rupanya Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI