Buat masa sekarang kita digalakkan untuk terus berada di rumah jika tiada urusan di luar.
Ini adalah bagi mengelak jangkitan virus Covid-19 jenis Varian Delta yang sangat merbahaya.
Rupanya bukan jenis ini sahaja perlu dibimbang, rupanya ada lagi varian yang lebih ganas iaitu, jenis Varian Lambda.
Perkongsian dari doktor wanita ini Erna Nadia Noordin memang sangat menakutkan jika seseorang itu dijangkiti varian ini.
Sila pakai mask apabila keluar dari rumah. Pakai mask dengan betul.
Pakai double mask lebih baik, atau pakai mask dan shield. Dan sila jaga jarak anda.
Dikhabarkan sudah ada lambda variant dikesan di Jepun dan melibatkan pesakit berumur 30-an.
Varian lambda atau C.37 ini lebih ganas dari varian delta.
Ianya lebih cepat merebak dan menyebabkan simptom yang lebih teruk
– demam yang sangat tinggi, boleh dirasa panasnya hanya dengan menyentuh dahi dan dada.
Ads
– batuk yang teruk dan berpanjangan, boleh melebihi sejam tanpa henti
– hilang deria rasa dan bau yang ekstrim
Kes pertama lambda dikesan di Peru dan menyebabkan banyak kematian.
Merisaukan adalah varian delta dan lambda sudah mudah menyerang golongan muda 20,30,40,50 tahun.
Tolonglah jangan sesekali tanggalkan face mask apabila keluar rumah.
Ads
Nak makan di restoran? Boleh tunggu dulu rasanya kan.
Kerana varian lambda ni nampaknya sedikit kebal vaksin.
Masih boleh tapau makanan dan makanlah di rumah. Lebih selamat.
Varian delta ini, simptomnya tidak nampak awal awal, hanya beberapa hari selepas itu, boleh jadi hari ke 5, ke 10 atau ke 17 baru nampak simptomnya. Dan ianya sangat cepat menjadi teruk. Dari rasa sengal badan biasa, cirit sikit terus kepada kerosakan paru paru yang dahsyat.
Varian lambda boleh lebih ganas dari itu.
Ads
Maka, berhati hatilah. Kita tak tahu siapa yang bawa virus. Kita tak tahu varian apa yang sesiapa bawa.
Disiplin untuk patuhi SOP ini bukan semua orang boleh ikut, disuruh jangan buat maksiat pun masih engkar, di suruh solat pun ramai culas.
Walau bagaimanapun buat masa ini masih tiada kes varian ini dikesan di negara kita. Namun itu tidak boleh menjadikan kita alpa. Sentiasa amalkan SOP kendiri jika terpaksa keluar untuk lakukan urusan.
Masih lagi memperkatakan tentang durian memandangkan jualan secara terbuka di pasaran disebabkan musim raja buah ini.
Sebelum itu kita sering dengar kata orang tua atau mitos memberitahu elakkan makan durian dengan makanan lain, misalnya air bergas atau kopi.
Adakah mitos ini benar atau sebaliknya. Dalam hal ini Pakar Kimia Dr Fatimah Salim menjelaskan tentang larangan mencampur makanan lain ketika makan durian.
LARANGAN MENCAMPUR MAKAN DURIAN ADALAH MITOS
Kita sering mendengar dan membaca tentang pantang makanan yang tidak boleh diambil bersama dengan durian contoh seperti ss di bawah kerana dibimbangi berlakunya tindak balas komponen durian dan makanan lalu memberikan risiko kepada kesihatan badan.
Contoh larangan memakan durian bersama dengan kopi, coke, susu, ketam, daging (kambing dan lembu) dan sebagainya. Kebimbangan dan larangan ini semuanya adalah mitos yang sudah lama tertanam dalam minda. Jika kita ‘google’ pun, banyak sangat ‘hits’ sebegini.
Cerita-cerita sebegini biasanya terjadi disebabkan ada individu yang mungkin ‘kebetulan’ berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan, dan ada juga yang pakat ikut tanpa asas selain perasaan takut.
Sebenarnya mencampur makan durian dengan makanan TIDAK akan mencetuskan sebarang penyakit tertentu jika diambil secara bersederana sesuai dengan tahap sensitiviti badan individu (threshold).
Apa-apa pun, seperti yang selalu dipesan ialah mohon ambil tahu tahap kesihatan badan sendiri. Sedar diri kita macam mana. Jadilah seorang yang kritikal terhadap pemakanan jika anda adalah individu yang sensetif, mudah sakit dan telah disahkan menghidap sesuatu penyakit.
Bilamana doktor atau dietitian melarang anda mengambil makanan tertentu, pastinya kerana kandungan signifikan bahan kimia semulajadi dalam makanan itu yang berpotensi memberikan risiko kepada masalah kesihatan sedia ada anda.
Contoh mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis yang memang boleh terkesan dengan durian kerana kandungan bahan kimia potassium yang tinggi. Potassium yang berlebihan dalam badan akan mengganggu fungsi kontraksi otot jantung, seterusnya boleh membawa kematian.
Selain itu, durian kaya dengan bahan kimia mudah meruap bersulfur yang berkumpul dalam bentuk gas di perut lalu menyebabkan senak dan pedih ulu hati (heartburn). Mereka yang mempunyai masalah GERD boleh terkesan.
Bahan kimia jenisini juga boleh mengaktifkan protein tertentu pada sistem penghadaman yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation), jika diambil dalam kuantiti signifikan. Keadaan ini membuatkan kita merasa ‘panas’, kesan sama boleh berlaku dengan mengambil bawang putih, halia dan cili.
Durian juga kaya dengan bahan kimia sukrosa, glukosa, glukosa dan maltosa (aka gula) yang banyak. Gula ini boleh menaikkan paras gula dalam darah apabila diserap badan. Maka pesakit kencing manis kronik perlu berwaspada dengan jumlah pengambilan durian.
Gula semulajadi dan bahan kimia bersulfur yang tidak berjaya dihadam atau diserap dalam darah kerana terperangkap dalam serat tidak larut durian pula akan difermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
Proses fermentasi ini akan menghasilkan gas hidrogen sulfida, hidrogen, karbon dioksida dan metana. Pengumpulan gas-gas yang berlebihan dalam usus besar ini akan menyebabkan kembung (bloated) jika tidak dikeluarkan sebagai kentut. Inilah yang juga dipanggil dengan istilah ‘angin’.
Untuk mereka yang sihat dan tidak sensetif pula, tidak ada masalah untuk menggabungkan makanan tersebut. Tidak akan berlaku tindak balas kimia yang berbahaya dalam sistem penghadaman. Makanan yang tidak sesuai untuk anda, belum tentu tidak sesuai kepada orang lain.
Oleh itu, usahlah pukul sama rata melarang atau mengiakan semua. Sebenarnya sudah ada banyak produk yang dihasilkan melalui gabungan komponen durian dengan makanan larangan diambil sama di bawah, contoh aiskrim (susu +durian), kopi durian dan sebagainya.
Pun begitu, ingatlah setiap yang berlebihan itu boleh membawa mudarat. Maka, bersederhanalah… Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan, berjumpalah dengan doktor perubatan.
Ini kerana setiap kesakitan yang kita rasa adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia pada bahagian itu dan mungkin menjadi ‘signal’ kepada masalah yang lebih serius.
Tips untuk mengurangkan kesan ‘gas’ dan ‘panas’ dari durian:
1) Minum air sejuk secukupnya. Air berupaya menyerap haba dari badan dan mengeluarkannya dalam bentuk kencing.
2) Makan durian bersama dengan susu. Susu mengandungi casein yang boleh meneutralkan bahan kimia bersulfur dalam durian.
3) Minum air kelapa segar juga boleh membantu menurunkan ‘panas’ badan dengan menyeimbangkan elektrolit dalam sel. Dan ambil tahu yang air kelapa juga mengandungi gula semulajadi.
Nota tambahan: Durian mungkin boleh melambatkan proses pertukaran kimia alkohol dalam badan. Maka, elakkan mengambil minuman beralkohol (contoh arak) bersama dengan durian terutamanya mereka yang memang ada masalah kesihatan sedia ada.
Paru-Paru Berdarah & Terpaksa Ditidurkan. Nad Zainal Kini Terima Rawatan Rapi Di Unit ICU! Pelakon genit, Nad Zainal dikatakan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Dalam artikel di Kosmo memberitahu pelakon ini dimasukkan ke wad ICU Hospital Pakar Ampang Puteri dua hari lalu dan besar kemungkinan mengalami gejala Long Covid selepas sembuh daripada virus maut tersebut beberapa bulan lalu.
Nad juga dikatakan sebelum itu mengadu tidak sedap badan dan membiarkan keadaan berlarutan hinggalah dia tidak boleh bangun dan terpaksa dimasukkan ke hospital.
Menurut perkongsian dimaklumkan rakan baikkan Aina Liza, Nad ditidurkan dua hari sebab keadaan paru-parunya berdarah. Namun, Doktor sudah keluarkan semua darah dan dia ditidurkan supaya boleh berehat dan paru-paru kembali kering.
Menurutnya ketika itu, keadaan Nad okey saja, cuma kelihatan wajahnya sedikit letih dan stres. Namun dia tidak menyangkan Nad sedang menanggung kesakitan dan rasanya pelakon ini pun tak tahu mengenai penyakitnya itu.
Justeru Shahrulezad bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya Nad kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya.