Air beras banyak manfaatnya lebih-lebih lagi untuk kecantikan. Zaman dulu-dulu wanita tidak perlu pun beli produk kecantikan mahal-mahal. Hanya guna air beras sahaja untuk rawat kulit wajah.
Ajaibnya Air Beras, Boleh Buat Toner Dan Pencuci Untuk Cantikkan Kulit!
Ada yang jadikan air beras sebagai pencuci wajah (cleanser) atau (penyegar wajah) toner. Bagi yang tidak tahu, ianya juga rahsia masyarakat China dan Jepun memiliki kulit wajah yang berseri-seri (glowing). Memang menjimatkan. Tidak perlu pun hendak beli produk yang mahal.⠀⠀⠀
Sebearnya air beras mengandungi allantoin yang mempunyai sifat anti radang, yang menjadikannya toner semulajadi yang hebat untuk kulit anda. Apa yang paling menarik ialah air beras boleh menegangkan kulit wajah dan mengurangkan liang-liang pori terbuka.
Ads
Selain itu air beras ini mengandungi vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangat bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat pencuci wajah (cleanser) dan penyegar wajah (toner).
Ads
PENYEGAR WAJAH (TONER) DAN PENCUCI WAJAH (CLEANSER) AIR BERAS
⠀⠀⠀
1. Sediakan 1/2 cawan beras, dan basuh sebersihnya. Basuhan pertama untuk buang kotoran pada beras.⠀⠀⠀
2. Selepas itu masukkan beras yang sudah dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam. (Sukatan lebih kurang seinci).⠀⠀
3. Biarkan selama 15 minit..⠀⠀⠀
4. Selepas 15 minit, tapis airnya ke dalam bekas yang sesuai untuk penyegar wajah (toner)/pencuci wajah (cleanser). Dan beras yang dibasuh itu janganlah dibuang pula. Masaklah seperti biasa.
Anda boleh jadikan air beras sebagai pencuci muka (cleanser). Guna sebelum atau selepas dengan pencuci biasa. Gunakan air beras selalu bagi mendapatkan vitamin dan mineral untuk kulit wajah.⠀⠀⠀
Ads
Atau nak jadikan sebagai penyegar wajah (toner) muka, ‘dap-dap’ sahaja kulit wajah apabila air beras ini digunakan sebagai penyegar wajah (toner). Gunakan pada waktu pagi dan sebelum tidur untuk kesan yang maksimum.
Hah, jadi selepas ini, jangan buang air beras selepas membasuh beras. Gunakan ia sebagai pencuci wajah (cleanser) atau pun penyegar wajah (toner). Jika digunakan setiap hari kulit wajah akan kelihatan lembut dan gebu.
Kredit video: nura.zila
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara señaman paling mudah dilakukan tanpa mengeluarkan modal tetapi tetap sihat adalah brisk walking.
Anda dinasihatkan untuk mencapai langkah 10 ribu sehari dan jika dilakukan secara konsisten dapat membantu menjaga jantung.
Apa itu brisk walking? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.
Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek. Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidapi diabtetes type 2.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.
Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh anda ikuti. Berikut beberapa teknik brisk walking:
– Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
– Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus.
– Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
– Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki.
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.
Siapa tidak mengenali pelakon berbakat sekitar zaman 90-an, Datin Seri Noniswara Baharudin. Walaupun kini usianya sudah mencecah setengah abad, namun kejelitaan wajah tetap terserlah.
Menjalani kehidupan penuh keceriaan ditemani keluarga serta teman tersayang menjadikan dirinya sentiasa dikelilingi aura positif.
Menyambut ulang tahun ke 50 baru-baru ini, ternyata Noniswara dirai penuh kesederhanaan oleh anak-anaknya.
Mempunyai tiga cahayamata yang meningkat dewasa, Naveer Mihshon Zakaria, 27 tahun, Nur Erysha Emyra, 22 tahun dan Nazeer Danish, 14 tahun.
Namun yang paling mencuri tumpuan adalah gambar dimuat naik gandingan beliau bersama anak perempuannya.
Masing-masing memuji dan mengaku kejelitaan anak perempuan tunggalnya, Erysha Emyra seiras Noniswara sendiri. Malah sekali dilihat seperti adik dan kakak.
Melihat pada pekongsian di laman Instagram Noniswara, beliau rupanya sering mengamalkan gaya hidup sihat dan ceria. Ini agaknya rahsia kecantikan dan kekal awet muda Noniswara.
Biarpun masih aktif dalam dunia lakonan, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anaknya.
Ayuh kita lihat, kemesraan foto ibu dan anak yang sama cantik sama jelita ini.
Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri terutama untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.
Oleh sebab itu harganya agak mahal sedikit di pasaran dan penggunaannya juga tidak perlu banyak seperti minyak masak lain. Jom, kita lihat khasiatnya mengikut kategori.
Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.
Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.
Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.
Sebagai skrub bibir:
Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.
Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.
Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.
Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.
Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.
Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.
Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.
Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.
Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.
Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.
Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.