Minyak zaitun mempunyai khasiat yang tersendiri terutama untuk kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan.

Oleh sebab itu harganya agak mahal sedikit di pasaran dan penggunaannya juga tidak perlu banyak seperti minyak masak lain. Ayuh, kita lihat khasiatnya mengikut kategori.

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kulit:

1. Melembapkan Kulit

Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.

2. Memperbaiki Kesihatan Kulit

Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

3. Membantu Buang Mekap

Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik tanpa merosakkan kulit anda.

4. Mempunyai Elemen Antipenuaan

Apabila umur anda meningkat, kulit akan mula mengendur dan kedutan akan terbentuk. Anda boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan ini dengan menggunakan minyak zaitun.
Sebagai skrub bibir:

Minyak zaitun boleh membuatkan bibir anda nampak lembut dan cantik dengan mencampurkan beberapa titis minyak zaitun bersama gula perang yang telah dihancurkan dan sedikit jus lemon, kemudian sapukan campuran ini di permukaan bibir anda.

5. Menyembuhkan Tumit Merekah

Gosokkan tumit anda dengan menggunakan air lemon yang panas dan sapukan sekali minyak zaitun pada tumit untuk menambahkan kelembapan dan kelembutan. Anda boleh memakai stoking untuk kelegaan yang lebih cepat.

IKLAN

Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

1. Memperbaiki Kesihatan Kuku

Vitamin E dalam minyak zaitun boleh meningkatkan penampilan kuku yang terjejas oleh penyakit.

2. Membantu Cegah Kanser Payudara

Dalam kajian Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, sebatian semula jadi yang terdapat pada daun zaitun, mempunyai potensi sebagai antikanser payudara. Di dalam percubaan klinikal yang lain yang dijalankan di Sepanyol, didapati bahawa wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.

3. Bantu Cegah Diabetes

Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya dengan lemak mono dan “polyunsaturated’, seperti yang terkandung dalam minyak zaitun, dapat membantu mencegah diabetes. Dalam kajian lain yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan berkurangnya risiko diabetes dalam kalangan wanita.

4. Elak Penyakit Alzheimer

Menurut Scientific American, oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga turut menjumpai penemuan yang serupa. Dalam kajian Amerika, minyak zaitun “extra virgin” didapati dapat meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus, menyokong kemungkinan replikasinya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

IKLAN

5. Memperkukuhkan Tulang

Dalam kajian yang melibatkan lelaki yang mengamalkan diet Mediterranean, didapati minyak zaitun mungkin menyumbang kepada tulang yang kuat. Darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

6. Rawat Kemurungan

Minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin, bahan kimia dalam otak. Ini, telah dijumpai, serupa dengan kesan beberapa antidepresi.

7. Bantu Kurangkan Berat Badan

Satu kajian yang diterbitkan di Harvard School of Public Health telah menyokong keberkesanan minyak zaitun dalam membantu penurunan berat badan. Kehilangan berat badan yang berlaku disebabkan oleh dua jenis diet yang berbeza (diet Mediterranean berlemak sederhana yang mengandungi minyak zaitun dan diet rendah lemak) dibandingkan. Menjelang akhir kajian, hanya 20 peratus daripada sukarelawan dalam kumpulan rendah lemak yang masih mengikut diet.

8. Bantu Kawal Kolesterol Dalam Badan

Minyak zaitun mengandungi tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima. Ini membolehkan ia mengawal paras kolesterol dalam darah pada badan. Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.

9. Legakan Sembelit

Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated”. Ini membantu dalam meningkatkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu dalam mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

IKLAN

10. Bantu Hapuskan Batu Karang Pada Buah Pinggang

Penggunaan minyak zaitun juga dapat membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang.

11. Bantu Cairkan Tahi Telinga

Ia membantu melembutkan tahi telinga, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk mengeluarkan tahi telinga. Sebaik sahaja ia telah disapu secukupnya, tahi telinga akan pecah menjadi kepingan yang lebih kecil, dan mula bergerak keluar di saluran telinga, di mana ia boleh dibersihkan dengan kain lembut atau tisu.

Artikel Berkaitan:

Ikan Siakap Kaya Sumber Protein & Kandungan Omega-3. Baik Untuk Kesihatan Jantung!

Masalah Kecacatan Pada Jari Kaki Atau Bunion. Guna Kaedah Pembedahan Buang Benjolan Tulang!

“Tinggi Kandungan Lemak Tepu & Garam. Jangan Jadikan Sosej Makanan Harian, Elak Risiko Kanser” – Pakar Kima