Ada orang tubuh tak besar sangat pun tapi lengan menggeleber sebab kurang senaman dan kurang kesedaran untuk menjaga bahagian itu.
Sepatutnya bahagian lengan juga dijaga sekali, barulah pakai apa-apa baju pun nampak cantik terletak di tubuh. Saiz lengan yang kecil, pejal dan cantik membuatkan seorang wanita itu tampil dengan lebih berkeyakinan.
Kecilkan Bahagian Lengan Menggeleber
Namun bukanlah perkara mudah untuk mendapat dan mempertahankan saiz lengan yang ideal. Jadi Rapi kongsikan beberapa tip mudah yang boleh dijadikan panduan jika mahu kecilkan bahagian lengan.
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
LANGKAH 5
LANGKAH 6
Hah, nanti cuba ya! Jangan dibiar lengan menggeleber dan anda jangan kata tak ada masa sebab duduk sambil tengok televisyen pun boleh buat. Yang penting, ada kesedaran dan rajin amalkan gaya hidup sihat.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara Asyik Main Game, Tangan Jadi Kejang & Lenguh. Doktor Kongsi Cara Atasi Bengkak!
“Assalamualaikum, doKtor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam handphone. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
JAWAPAN:
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.
Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak.
Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakan adalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu.
Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan ini boleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan menyuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebengkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan.
Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.
Semoga menjawab soalan yang diberikan.
Artikel Berkaitan:
Tak Rugi Derma Darah. Boleh Selamatkan Nyawa Orang Lain & Kurangkan Risiko Sakit Jantung!
Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty!
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’. Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty! Kebiasaannya wanita dan dunia kecantikan tidak boleh dipisahkan.
Pantang keluar rumah tanpa sebarang calitan mekap di wajah kerana ada yang merasa kurang yakin dengan penampilan diri.
Tetapi bagi selebriti ini tiada masalah untuk melakukannya kerana lebih senang berwajah natural.
Bagi pelakon Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya lebih senang berwajah natural tanpa sebarang mekap dikenakan jika keluar ke mana-mana.
‘Dah Tak Peduli Keluar Tanpa Mekap’
Artikel Lain: Pantang Makan Malam & Rajin Bersenam. Rahsia Cantik & Awet Muda Kuza Di Usia Lewat 49 Tahun!
Dalam satu artikel di Astro Gempak, Lisa mengakui dia sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata wajahnya ketika keluar ke mana-mana.
“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.
“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa pasti berkenaan itu.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya yang ditemui ketika pelancaran program Next To Neelofa di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.
Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!
Lisa Surihani Kini Lebih Selesa Tampil Natural Beauty
Lisa juga turut berkongsi mengenai melatih dirinya untuk terus beristiqomah.
“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah. Walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.
“Apabila bercerita mengenai istiqomah itu bukan perkara mudah. Hati kita sentiasa berbolak balik, namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain. Insyaallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipermudahkan.
“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin. Tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya yang juga salah seorang tetamu jemputan untuk program itu nanti.
Artikel Lain: Lisa Surihani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Di Usia 35 Tahun. Baby & Mummy Dalam Keadaan Baik!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Sakit Kepala Menyerang Sebelah Kiri Berterusan, Ini Petanda Migrain
Pernah atau tidak anda diserang rasa sakit kepala berdenyut-denyut hingga menyebabkan segala urusan terganggu.
Sakit kepada yang selalunya menyerang di bahagian kiri ini boleh berterusan hingga dua hari atau lebih bergantung pada tahap kesakitan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter Dr Samhan memberitahu perkara ini adalah disebabkan masalah migrain. Beliau turut menjelaskan punca dan cara untuk mengatasinya.
Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!
Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?
Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia bermula dengan salur darah otak yg mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen
Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.
Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.
APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?
– Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang.
– Tabiat merokok
– Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi,teh dan alkohol
– Pengambilan ubatan: pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon.
– Tidak cukup tidur
– Perubahan hormon ketika haid
– Psikologi: Tekanan, kemurungan,cemas dan marah
Artikel Lain: Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
ADAKAH INI MIGRAIN?
Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.
Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:
– Sakit kepala sebelah sahaja
– Rasa berdenyut
– Sakit kepala sederhana sehingga teruk
– Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian
APA RAWATAN MIGRAIN?
– Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)
– Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan)
– Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine
3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:
– Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.
– Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.
– Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Ini Antara Petua Dicadang Elak Migrain
Bantu saya untuk #share info ini sebab masih ramai yang belum tahu tentang migrain.
Artikel Lain: Hati-Hati Guna Pressure Cooker, Bahayanya Boleh Buat Muka Melecur & Hilang Penglihatan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI