Rupanya makan tiga kali sehari pun berat boleh turun banyak, ya! Tak mudah proses untuk menurunkan berat badan, apatah lagi jika berat asal mencecah tiga digit.
Namun gadis ini membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya impian itu disusuli dengan usaha tanpa jemu.
Makan Tiga Kali Sehari
Bayangkan, daripada 103 kilogram (kg), gadis ini berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kg!
Bukan sekejap, sebaliknya proses penurunan berat badannya mengambil masa sekitar dua tahun dengan semuanya dilakukan secara konsisten sehingga mencapai berat ideal 63kg.
Menerusi bebenang di laman X, gadis bernama @rimafebrr ini tidak lokek berkongsi rutin dan tip yang diamalkannya:
1) Kaedah diet yang diamalkan adalah Diet Defisit Kalori
2) Mengira keperluan kalori menggunakan aplikasi FatSecret.
Ads
3) Makan tiga kali sehari. Contoh menu seperti berikut:
* Sarapan pagi – Ubi rebus dan buah berserat. Buah kegemaran adalah epal, pear dan betik.
* Makan tengah hari – Karbohidrat (ubi rebus/nasi perang/nasi putih), serat (bayam/sayur sawi/kale/brokoli), protein (dada ayam tanpa kulit/ikan/putih telur/tauhu/tempe).
* Makan malam – Sama seperti menu makan tengah hari.
Ads
4) Hidangan dimasak tanpa minyak, hanya rebus dan bakar
5) Jika menikmati makan di luar, gemar pesan nasi bersama dada ayam bakar.
6) Memperbanyakkan pengambilan air putih
7) Menggantikan jajan tidak sihat dengan yogurt
8) Pada peringkat awal, hanya melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki (brisk walk). Seiring penurunan berat badan, tempoh melakukan aktiviti ini makin panjang sekitar sejam
Ads
9) Jika tidak melakukan brisk walk, aktiviti yang digemari adalah skipping. Semuanya dilakukan di rumah sahaja.
10) Tidak melakukan senaman setiap hari, sebaliknya dalam empat atau lima kali seminggu.
Tak Sebar Sedang Berdiet Sampai Dapat Hasilnya
“Semasa diet, saya sengaja tidak menyiarkan perkembangan saya di media sosial. Sehingga akhirnya apabila berat saya mencecah 63kg, barulah saya berkongsi.
“Rakan yang pernah mengejek saya pula minta kongsi tip diet,” ujarnya.
Melihat gambar yang dikongsikan, ternyata diet yang dilakukan gadis ini benar-benar mengubah penampilannya. Daripada gadis comel, terus berubah menjadi gadis jelita.
Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum saya mulakan , saya harap di sini cukup jelas bahawa setiap yang saya lakukan semasa proses penurunan berat badan adalah sangat berkesan dengan diri saya. Saya BELUM CAPAI target berat badan saya, tapi ramai yang PM untuk minta TIPS dan cara pemakanan saya selama 3 bulan.
Saya rasa sangat rendah diri dan daif sebenarnya. Saya belum kurus ya. Saya tidak ambil apa-apa ubat kurus, protein powder, air detox, krim pembakar lemak atau apa-apa pun ubat ubatan. Jangan risau ini bukan skrip jualan produk
Apapun jua, jika ada segala silap melanggar peraturan yang tidak sepatutnya atau tidak sihat, saya mohon sila PM saya. Saya cuba sebaiknya untuk kongsikan beberapa tips dan amalan yang saya buat supaya kita sama- sama SLIMFIT 2020.
PALING PENTING ‼️
1.Sentiasa letakkan Allah swt dalam segala urusan. Percaya bahawa setiap apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah. Kita dah usaha, hanya tinggal keizinan daripadaNya sahaja. Teruskan usaha. Jika niat anda untuk berhenti dan putus asa, sentiasa ingat keizinan Allah seiring dengan usaha kita. Adakalanya, berat anda statik dan inchiloss tak bergerak. Sentiasa ingat kita dah buat dengan betul, cuma perlu sabar dan hadapi hari-hari menuju kemenangan.
2.Jaga disiplin. Jika anda rasa jalan ini sangat membebankan, ingat kembali asbab kenapa kita mulakan. Dah mula kan? Jadi habiskan.
3.Nawaitu(Niat). Perbetulkan niat supaya kita sentiasa didorong ke jalan yang betul. Semoga Allah sentiasa memellihara aurat kita terutamanya apabila Dia telah memberikan kenikmatan tubuh badan yang sihat dan cantik.
Ini adalah diari Diet SAYA:
BULAN PERTAMA 8KG (TIADA SENAMAN)
Bulan Pertama
1 JUN 2020
-Air Kosong ikut keperluan badan anda. Setiap 25kg = 1 liter.
-Sarapan (7 Pagi-9 Pagi)
-3 biji telur rebus
– (untuk berat badan 100kg ke atas, sila kurangkan 2 biji setelah berat badan anda turun ke 2 digit sahaja)
-*cheat* kalau rasa loya tekak nak telan telur kosong, saya tambah setengah sudu kicap masin. Jangan ‘strict’ dan stres dalam berdiet. Itu yang buat anda ke laut sudahnya.
10 pagi
-Pisang 1 biji
Tengahari (12 tengahari-2 petang)
-Eat Clean (DIET SUKU SUKU SEPARUH)
-Tengahari saya tak ambil karbohidrat.
-Protein besar tapak tangan (Prep dengan garam,blackpeper dan daun dill sahaja)
-Sayur Salad
-Jagung Rebus Kosong
3 petang
-Epal Hijau 1 biji
Malam
-(Ulang makanan tengahari) + KARBOHIDRAT (nasi 3 sudu/roti wholemeal sekeping)
Untuk jaga selera, saya akan ulang makanan yang sama setiap minggu. Contoh minggu pertama saya cuma makan Suuhoon Goreng Sihat, jadi selama seminggu tu saya cuma makan itu sahaja sehingga jemu. Minggu seterusnya saya akan tukar menu lain, contohnya Tacos Plain Chicken.
Saya hanya cheat day sekali sebulan sahaja. Jika graf penurunan berat badan anda turun dengan baik, tolong jangan cheat day. Waktu yang sesuai untuk cheat day adalah sewaktu berat anda tengah statik.
Bagi yang malas bersenam macam saya, saya tidak lakukan apa-apa senaman pada mulanya semasa bulan pertama. Akan tetapi, sewaktu bulan pertama itu, saya banyak belajar tentang senaman .
Guna dumb bell 1kg untuk permulaan, dan sekarang saya masih 3kg. Slowly but surely. Kalau tak dapat buat 3 round, buatlah 1 round sahaja. Pastikan setiap hari ada peningkatan dalam senaman.
Skipping (Cardio)
Buat 20 kali dahulu sehingga dapat buat sampai 1000 lompatan sehari.
Torso (guna penyapu)
10 minit.
Saya percaya yang turun 20kg ini hanyalah air sahaja. Sekarang saya dah masuk dalam fasa penurunan lemak dan binaan otot yang sebenarnya agak mencabar. Doakan saya sentiasa istiqamah, kerana doa kalian semua dah mendorong saya sehingga sekarang.
Semoga bermanfaat!
Untuk mengetahui pemakanan saya setiap hari, bolehlah follow instagram story/highlight saya
Buat sis di luar sana yang mahu berubah juga tapi tiada semangat, jadikanlah kisah Ainun ini sebagai motivasi. InsyaAllah anda juga boleh lakukannya!
Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF. Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Namun ada insan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semulajadi walaupun setelah beberapa lama berkahwin.
Kata orang belum ada rezeki dan selagi itulah kita akan terus berusaha untuk hamil walau dengan apa cara sekalipun.
Begitu juga situasi bagi pemilik nama Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu apabila mencuba kaedah rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil anak pertamanya.
Ternyata rezeki selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya pasangan ini disahkan hamil anak pertamanya melalui kaedah IVF ini.
Namun begitu, proses menjalani IVF ini bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi empunya diri dalam pengorbanan mendapatkan zuriat sendiri.
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurut wanita cantik ini, fasa itu agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar.
Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
“Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental.
“Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
“Bukan mudah untuknya mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberi kekuatan,” ujarnya yang turut mengalami perubahan emosi sepanjang menjalani proses ini.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.
Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
“Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Madammu perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022.
“Pada tarikh ini bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya,” tambahnya memberitahu jika berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Ternyata segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Dirinya sah mengandung 5 minggu hasil prosedur IVF yang dilakukan. Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil.
“Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya. Buat masa sekarang kalau scan tidak nampak apa-apa dan akan membuat rawatan susulun minggu berikutnya,” ceritanya lagi.
Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home,” pesan pakar yang merawatnya.
Sebenarnya tidak kira berapa usia kita dalam usaha memastikan bentuk badan sentiasa kekal sihat dan langsing.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang sudah mencecah usia 52 tahun, tetapi masih bertenaga melakukan pelbagai aktiviti dalam memastikan berat kekal ideal.
Ikuti perkongsiannya kepentingan menjaga kesihatan dan antaranya adalah bagi memudahkan ibadah dan kerja-kerja rumah.
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan tentang TIPS kecergasan saya akan cuba jawab dalam tulisan ini.
Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak.Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa berasa letih.
Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas.Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!
Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum.Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.
Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah.Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.
Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah.
Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan.Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.
Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak.Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.
Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri.Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun….
Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.
Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri.Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas.Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik.Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan.Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit.Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah.Pergerakan akan terbatas.Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus.Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil.
Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo.Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu.Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali.Anda pasti boleh!
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh.Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan.Kerja bertangguh tidak akan menjadi.
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan.Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti.
Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan.Untuk memudahkan kita beramal.Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai.
Untuk anak-anak.Untuk berikan yang terbaik kepada diri.Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna.Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan.Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar.Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga.Jangan mudah putus asa.Jangan cepat mengalah.Jangan buat separuh jalan.Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu.Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda.Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat.Cubalah…
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya.Jaga tidur anda dengan baik.Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang.Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti.Matikan telefon bimbit anda.Elakkan dari tidur di hadapan televisyen.Tutup mata.Dan tidurlah…
Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat.Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman.Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda.Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin.Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.
Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin.Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama.Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar aktiviti hiking saya sepanjang Ramadhan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.