Walaupun usia sudah melewati separuh abad, tetapi tidak menjadi alasan seseorang itu untuk malas menjaga kecantikan diri.
Malah semakin berusia, kulit wajah kita sebenarnya sangat sensitif. Jika salah penjagaan boleh menyebabkan kulit rosak dan masalah jeragat.
Namun bagi pelakon Laila Nasir, 52 tahun sangat rajin dan begitu menitik beratkan penjagaan kulit wajah.
Minum Air Suam Setiap Pagi
Menurutnya tidak ada petua tertentu diamalkan, hanya menggunakan cara biasa seperti amalkan minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.
“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.
Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.
Kena Jaga Anugerah Allah
“Dan masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.
“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.
Ads
“Jangan menyalah gunakan kecantikandan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.
Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.
Laila yang juga ibu tunggal kepada dua putera sejak kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.
Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.
Anak Suntik Semangat
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasibbaik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
Ads
“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggaldengan pandangan serong mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anakdan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Ads
Jadi Pemangkin Semangat
Baru menjadi antara penerimaanugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Kejayaan ini juga turut memberikan lebih semangat untuk melipat gandakan usaha untu melangkah terusbersama T’Lasabella Perfume by Laila Nasir dan T’Lasabella Kitchen yang bermula dari bawah.
Dan ini merupakan hadiah tidak ternilai atas usaha dan kerja keras Team T’Lasabella bersama stokis dan agent.
Sebagai Founder T’LaSabella HQ, Laila turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada agent & stokis seluruh Malaysia termasuk Singapura. Tambahnya dia begitu terharu apabila dapat pegang award ini dan rasa penat lelah selama ini berbaloi.
Tandatangan yang kreatif biasanya akan menjadi perhatian dan nampak menarik, tetapi tahukah anda salah satu itu simbolik kepada peribadi kita?
Menerusi satu perkongsian daripada Puan Farizal Radzali, tandatangan sebolehnya jangan senang dan susah sangat. Bukan salah tetapi ada sebabnya. Nah, jemput baca dulu pendapatnya.
Tandatangan Itu Simbolik Kepada Peribadi
Menurut ceritanya, “Cikgu saya dulu pernah cakap, masa tu baru nak belajar tandatangan borang sendiri. Cikgu cakap, tandatangan kita, jangan senang sangat, jangan susah sangat. Bila bekerja dalam bidang yang menjadikan tandatangan sebagai suatu yang amat penting, saya dah faham.”
Senang sangat atau susah sangat, orang mudah meniru.
Senang sangat atau susah sangat, menyebabkan tiap kali kita tandatangan, nampak lain. Takut orang kata kita pulak yang meniru.
Lagi satu, setiap tandatangan itu adakala menunjukkan peribadi pemiliknya.
Kalau yang susah sangat sampai tak tahu apa yang dia tulis, itu maksudnya orangnya agak komplikated.
Kalau yang senang sangat tu, bermakna dia bukan seorang yang berahsia. Siapa-siapa pun boleh baca nama dia.
Kalau yang bersimbol-simbol tu, love, smile, itu selalunya orang yang periang, penuh kasih sayang, dan adakala suka bersendirian.
Yang paling selalu ialah kalau tandatangan dia ringkas tapi masih tak tahu apa dia. Bermakna orang yang kenal dia sahaja yang tahu siapa dia.
Kalau tandatangan tak pernah berubah walau berapa lama, sama je dari sekolah dulu, maknanya dia seorang yang setia, tapi boleh jadi juga seorang yang tak sukakan perubahan.
Tidaklah tepat 100% tapi banyak yang betul. Cuba semak tandatangan kawan-kawan, mesti ada yang tersama.
Haa.. lepas ini boleh lah pastikan tandatangan anda itu menunjukkan karakter yang baik-baik. Tidak terlalu senang untuk ditiru dan tidak terlalu payah nak buat jika ditakdirkan bekerja dalam bidang yang memerlukan tandatangan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka kecacatan yang dialami tidak mematahkan semangat untuk menempa nama di peringkat antarabangsa.
Malah menjadi pendorong kuat untuk terus berjaya seterusnya membuka mata dunia bahawa mereka yang cacat juga boleh melakar impian masing-masing.
Bagi Victoria Salcedo, 23 tahun, berasal dari Guayaquil, Ecuador menempa sejarah apabila berjaya melayakkan diri menjadi salah seorang finalis pertandingan Miss Ecuador 2021.
Jika menang, dia bakal mewakili negara berkenaan ke pertandingan Miss Universe 2021 yang dikatakan akan berlangsung penghujung tahun.
Victoria yang juga seorang pelajar hilang kedua belah tangan dan sebelah kaki dalam insiden renjatan elektrik ketika berusia 5 tahun.
Sejak daripada itu, kehidupannya berubah 100% dan dia tidak mampu hidup seperti gadis normal tetapi ia sedikitpun langsung tidak mematahkan semangat Victoria untuk terus maju ke depan.
Biarpun dikategoikan sebagai orang kurang upaya (OKU) disebabkan kecacatan kekal dialami, namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan memburu impian.
Malah dia yang sangat berpengaruh di media sosial juga turut menyampaikan mesej di medium sosial agar masyarakat lebih bersikap memahami.
Dia yang juga pelajar dalam bidang kewartawan berkata insiden berlaku bukan penghalang untuknya mengejar impian.
Setiap wanita yang mengalami masalah berat badan pastinya mengimpikan bentuk fizikal ideal dan langsing.
Namun bukan senang untuk mendapat apa yang dihajati kerana tanpa keazaman tinggi impian pasti tidak akan tercapai.
Bagi seorang rakan Grup Diet Suku-Suku Separuh, Azie Yonie berjaya mengurangkan sebanyak 19 kg dalam masa beberapa bulan.
Memulakan diet sekitar tahun 2019 hingga membawa ke 2020 dan masih lagi berusaha untuk mendapat angka 55 kg.
Tidak lokek berkongsi caranya menurunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang produk kurus. Biarpun ada kalanya naik dan turun, tetapi berjaya dengan caranya tersendiri.
Nak cerita serba sedikit kesusahan untuk menurunkan berat badan saya yang terlalu berat mata memandang ni.
Saya bermula diet tahun 2019, masa tu berat saya 94kg. Saya tolak nasi dan air manis selama 1 tahun. Alhamdulillah saya dapat turun sampai 75kg. Total lost sya 19kg la dalam 1 tahun tu. Membawak ke tahun 2020.
Puasa hari tu saya dpt turun smpai 69kg. Masalah raya kan, naik balik jadi 73kg. So, lepas tak senang duduk tengok berat naik kan, saya pun try laa buat DSSS ni dah masuk hari ke-5 kalau tak silap itu pon kalau rajin masak, berat saya dah jadi 70kg.
Masih mencuba diet DSSS nie. So, target bulan nie saya harap dapat la 60kg walaupun seksanya nak mula dari awal. Saya nak cuba buat DSSS bulan ni walaupun hakikat saya ni malasnya nak masak.
Selalu saya buat diet yang simple, makan lauk je dengan sayur itu pun beli sebab faktor kerja kan. Saya banyak buat IF la dan tak makan malam dan yang wajib 4 liter air sehari.
Tapi diet ni kena ada disiplin je awak. Buat ikut kemampuan kita dan yakin dengan diri kita. Jangan dengar apa orang cakap, orang rendah kan cara kita, kita kutip kata-kata tu dan bukti kan yang kita boleh buat.
Jangan terus down, kalau down duduk depan cermin dan cakap pada diri kita ” AKU BOLEH !!! “
Tip Kurankan Berat Badan:
– Joging & skipping 500×1000
– Kurangkn kuantiti nasi
– Tolak gula
– Amalkan buah dan sayur yang bnyak
GOOD LUCK SEMUA! Doakn saya capai target saya 55kg tahun ni.